20 Januari 2012

Yang Dah Pergi Tak Akan Kembali

Assalam peeps...

Yang Pergi Tak Akan Kembali (YPTAK).. Betul ke? Cerita saya kali ini bakal mengaplikasikan pepatah (ke? simpulan bahasa? Peribahasa? Maaf pakar bahasa, saya tak berapa ingatlah) dengan peristiwa2 yang telah berlaku sepanjang ketiadaan updet di C&B ini...

1) YPTAK Satu
Keputusan peperiksaan @CC@ untuk seating June lepas (2011) telah pun meng'prove' keputusan saya untuk berhenti kerja semata2 untuk belajar sepenuh masa. YPTAK boleh diaplikasikan ke subjek2 yang telah saya repeat banyak kali yang tak payah diambil kembali.(sampai ada lecturer tanya sudah berapa kali ambil paper ini, saya pun tak dapat jawab. Saya jawab, sudah banyak kali mem!) Boleh juga merujuk kepada satu paper yang saya tak lepas, peluang nak perbaiki jawapan untuk seating itu juga tidak sekali2 kembali. Terpaksalah ekau amik next sem.

2) YPTAK Dua
Ingat tak Enche' B saya cakap nak pergi ke Londang, negara omputih tu? Ya, setelah dihantar pergi ke airport beserta linangan air mata sedih sebab akan berjauhan untuk kali pertama ternyata hanya untuk tunjuk-menunjuk sahaja. Enche' B telah pun kembali setelah berada 4 hari di sana, setelah terre naik tube sampai boleh ajar orang naik tube - setelah naik Cruise Sungai yang banyak jambatans (pastu bawak saya ke Melaka cakap Duck Cruise tu lebih kurang macam Cruise di sana - cess!) - selepas berjalan2 di SOHO dengan rakan baik merangkap tuan tanah tak berbayar - selepas naik kapal terbang kelas pertama selama 13 jam (turn saya dah tak boleh nikmati kelas pertama sebab duit tiket saya terpaksa dibahagi 2 dengan dia), Enche' B telah pun kembali ke tanah tumpah darahku. Alasan? Biarlah rahsia ... haha, macam g**p**g (merujuk diri sendiri sebab konon2 nak jadi cam Mek Siti). Perasaan saya, geram sebab makin lambatlah saya ke sana... suka sebab saya tak dapat imagine macam mana saya nak teruskan hari2 tanpa Enche' B menasihat/ membebel/ memarahi/ bergaduh/ untuk dipau/ drive masa jam/ dan banyak lagi... owww..so schwwweeetttt..ihiks! Ini satu contoh yang pergi sudah pun kembali

3) YPTAK 3
Last December habis sudah peperiksaan saya ditempuhi. Jawaban sudah pun ditulis dan disubmit ke UK untuk disemak. Hari2 saya berdoa dan berharap biarlah lepas kesemua papers yang diambil. Sukar tapi tak impossible. Penat tapi sudah dibuat orang. Berbaloi lebih2 lagi kalau lepas semua papers. Wah, boleh berbangga dengan diri sendirilah! Tak payah dah nak compare dan rasa tak best dengan 'kawan2' yang aku sendiri macam dah malas nak jumpa sangat sebab bila jumpa mesti cerita pasal kompeni derang, bosan la macam tak paham inside jokes/ info - kita cerita benda lain boleh? Dah dapat result, terasa nak kerja sebab ... (sila rujuk YPTAK 4)

4) YPTAK 4
Dari 17/12/2011, saya duduk rumah SAHAJA. Best jugak sebab boleh tido meninggi hari, berkawan dan jadik BFF dengan tv sendiri (kenapa tak nak jumpa kawan2? rujuk YPTAK 3) , masak laksa johor dan nasi lemak (setakat hari ini), skandal dengan b@r15t4 Setabak biar boleh dapat karamel lebih..muahahaha. Itu je. Rumah berhabuk, rumput panjang dah sampai kepala lutut, porch rumah kotor sebab dah lama tak bercuci... ish ish ish. Tak tau la kenapalah saya layankan sangat malas ni. Tapi mungkin lepas ni harapan lebih cerah sebab saya dah start updet C&B. Kalau malas takde lah luahan hati pukul 1.30 pagi. Kali ni, masa yang dah terbuang tu tak akan kembali lagi (pandai ekau cakap, buatnye idak!) Oh yer, saya tetiba dah suka Y0g4... WOW.

Oklah, macam dah ngantuk jugak sebab siang tadi tak tido pergi Subang Pered hantar baju raya..wow, awalnya! Cepat you, nanti tak dapat melaram kain beli kat JayKel masa cuti sekolah baru ni, hihhi. Tailors pun dah start open slot nak jahit baju raya... jgn cakap ai tak bagitau yer...

17 Jun 2011

London, not Londang

Hihi, teringat attempt we locals nak rasa best dengan menamakan tempat2 kat Malaysia dengan nama tempat di tanah seberang..
1) London aka Londang
2) Greece aka Grik
3) Toronto aka Toronto
4) UK (United Kingdom) aka Ulu Klang
5) Newcastle aka Kota Bharu
... the list goes on and on and on ...

So, the time is 12.10 am and I still can't sleep. Maybe because dah banyak tido dah sangat. Enche' B dah sound asleep dah. Tadi mintak credit card terus bagi tak banyak tanya. Nasib baik I ni baik. Nak book tiket wayang nak buat marathon Sabtu ni coz dah lama tak tengok wayang sama2. Nak diikutkan mau saja beli Proenza Scholer purse.. hehe (walaupun I ni student minat lama tidak lah dilupakan)..

Having problems when I wanted to book the tickets online, so nak buat research lah on accomodations kat sana nanti. Apparently there are a lot of websites yang offer online viewing on the accomodations (at least boleh la pilih nak tengok rumah mana kan?) So here are the websites that I have used, so far lah, untuk mencarik rumah.

1) http://www.foxtons.co.uk
2) http://www.rightmove.co.uk
3) http://www.nestoria.co.uk

(List above will be updated from time to time, if I find it useful and user-friendly, I will list it here)

TAPIII... Sebelum tu, sebelum tu, dah set ke kat area mana, rumah apa, yang nak dipilih? Budget?

Saya rasa nak pilih kat tempat yang dekat ngan tube, senang takyah lah bawak kereta kat sana. Owh, tahukah anda driving license Malaysia ni boleh dipakai setahun je dari tarikh kita sampai di sana? Saya pun tak tau, ini ada orang yang bagitau. Kawan Enche' B di sana.

Pilihan pada waktu ni nak carik 2 bedroom flat/ apartment. Senanglah awak2 semua singgah rumah saya bila ke London nanti. Budget paling tinggi kami boleh ialah 1000 pounds per month.

Kalau boleh juga, nak lah tempat yang senang carik makanan halal kat sana. (OK, sedar tak makanan jadi priority utama kami, haha). Tapi Enche' B dah bagi friendly reminder yang dia nak suruh saya masak. Saya tak kisah - cuma jangan paksa saya, kalau paksa saya tak suka.. (bukan Lu Langsi, Lu Mati). haha, lawak selitan. But what is Langsi anyway?

Ok dah tersasar jauh, setakat tu je lah criteria kami. Tapi saya rasa saya kenalah kenali Londang ni dahulu. Tak kenal maka tak cinta, ye tak? Fun fact nombor 2 - tahukah anda London di pun sangat besar - ia terbahagi kepada :
a) Central London
b) East London
c) North London
d) North West London
e) South East London
f) South West London
g)West London
Nah.. 7 kawasan semuanya. Mari buat research untuk setiap satu area!

Esei mengenai setiap kawasan akan saya bahagikan kepada 8 topik utama:
1) Background
2) Jarak dari El-Es-Ee
3) Populasi dan luas kawasan
4) Senarai perkhidmatan awam (eg tube, high roads)
5) Dimana hendak mencari makanan halal di sini?
6) Tarikan pelancong (eh, saya kan pelancong.. sambil menyelam minum air lah)
7) Kebaikan dan keburukan tempat ini
8) Other Matters

Wow, buat list dah rasa mengantuk pulak. So saya akan start buat research itu esok k! Esok pagi ada appointment pukul 830 pagi.

16 Jun 2011

Peristiwa Tiga : We're Going to London Bay-bee!!

Ya, tempat baru, orang baru, cabaran baru. Eksaited kah?

Disebabkan peristiwa inilah, saya decided nak aktif berblog kembali. Alhamdulillah, Enche' B dapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sekolah yang berprestij di sana. Di El-Es-Ee. Tak pernah terfikir pun dapat menjejakkan kaki ke sana (untuk melancong mestilah pernah, tapi tidak untuk bermastautin sementara selama 2 tahun).

Walaupun ini bukan pilihan pertama Enche' B (nampaklah ada sedikit terkilan bila dia tak dapat menyambungkan pelajarannya di Ha-Vad) tapi sekurang2nya ini pilihan kedua, bukan calang2 sekolahnya. Alhamdulillah, sempat saya sujud syukur berterima kasih pada Yang Maha Besar atas rezeki ini. Ya, saya pulak yang terlebih seronok. (Heh, tak tau malu).

Disebabkan terlalu eksaitednya, adalah jugak terganggu konsentrasi sebab masa dapat tahu tentang berita ini, saya sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan. Sorry Enche' B, I can't help it. It was too much to handle (in a good way-lah).

So selepas ini, blog ini akan saya penuhi dengan research saya tentang apa yang perlu dibuat sebelum settling down di sana, contoh urusan visa, medical check-ups, yadda yadda... Hopefully dapat jugaklah jadik guide untuk orang2 di luar sana untuk tahu apa yang perlu disediakan, keadaan di sana, dan banyak lagi.

Rumah kesayangan kami di sini, buat masa ini perancangannya dibiarkan kosong. Sebab takut ditinggalkan lama2, kami telah pasang sistem keselamatan Eh-Dee-Tee, di samping pertolongan pak gad di kawasan ini. InsyaAllah boleh selamat. Parents saya pun tinggal di kawasan yang sama, merekalah yang akan menjaga rumah ini juga.

Oh ye, Enche' B akan pergi ke sana dahulu (bulan September) dan saya akan susuli pada bulan December pula, selepas peperiksaan akhir dan sebelum Boxing Day! Hehe, nak jugak merasa suasana Boxing Day di sana kan? Kalau posting saya lepas ini ada post melepas rindu dendam, layankanlah sahaja yer. Laki akak jauh dek oiii.. =)

p/s : Owh lupa, saya tak bagitau byk orang pun pasal ni. So saya harap awak (the reader) and 6 org yang saya dah bagitau termasuk beautician saya (sebab lepas ni dah tk berfacial lah selama 2 tahun) tak bagitau org lain yer. Hehe, kenapa? Sebab saya rasa tak perlu. (mode : me against the world hehe)

Peristiwa Dua : Kawan jangan sebarang kawan

Mungkin saya ni bukan kawan yang baik, ye ke?

Tapi kalau kawan kita tak hormat dengan masa kita, perlu kah kita kawan dengan dia?

Tapi kalau kawan kita dah berjanji, lepas tu tak tepati, macam mana kita nak percaya dengan kawan kita?

Tapi kalau kawan kita dah memburuk2kan kita, publish di Twitter pasal kononnya kita ni tak dapat terima org seadanya (kenapa kawan kita tu tak dapat terima seadanya yang kita ni suka menjaga masa), siap declare di Twitter (pandangan saya twitter ni bukan idea yang baiklah sebab kita tend to publish benda yang kita rasa pada masa tu tanpa fikir panjang - buruk padahnya) yang dia sudah tak nak kawan dengan kita, perlukah kita berada di sisinya pada waktu susah dan senangnya?

Sudahlah, saya tak perlukan semua itu, lagipun kita ni dah tua. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Fullstop.

Peristiwa Satu : Kembali ke sekolah

Ya.. saya sudah pun menjadi pelajar sepenuh masa di You-Ai-Tee-Am sejak bulan Januari tempoh hari. Mengejar cita2 hendak menghabiskan professional qualification saya yang saya sudah ambil dan (berjanji untuk kommited) dari tahun 2005 lagi.

Macam mana dapat cope dengan surrounding yang rakan2 saya yang rata2 nya muda 10 tahun lebih dari saya? Saya ambil jalan untuk tidak menonjol, anti-social (ye ke? haha) dan blend in. Saya sudah start dress up macam saya muda 10 tahun, tidak mengikuti social scene (contoh Hari Sukan, Hari berkenal-kenalan) sebab saya dah lalui semua itu. Tapi bila saya maksudkan saya anti-social tu tak bermakna saya sombong dengan rakan sekelas. Rapat dengan yang menegur saya je. Fokus saya hanya satu.. ingin habiskan sisa baki papers saya yang saya target untuk habiskan dalam satu tahun.

Baru ni, saya ambil 4 papers sekaligus - aih, tak tahulah. Ingatkan senanglah belajar jika konsetret full time, tapi saya salah. Susah woo.. Rakan2 sekelas pula pandai2, masa saya belajar di YouTeePea pun tak rasa susah macam ni. Rupanya mereka yang join program ni adalah creme de la creme semasa sekolah. Patutlah susah. Saya pula hanya pelajar average di sekolah dan uni. Tapi bagus juga, jadi motivasi pada diri untuk catch up dengan mereka ni.

Kelas akan start balik pada bulan Julai ni, so saya rasa kenalah start early untuk belajar kan? Sebab dah nak buat Options paper yang susah, hopefully insyaAllah saya pass papers yang saya ambil di Fundamental level. Doakan saya yer

Apa khabar mu di sana?

Assalam peeps...

Tak nak give reasons lah kenapa saya dah lama tak berblog. Mungkin saya sudah hilang minat untuk mengetuk papan kekunci (ye ke, keyboard i mean). Tapi disebabkan satu event yang berlaku pada kami laki bini, saya rasa saya perlu mengdokumentasi perjalanan kami supaya adalah catatan yang boleh kami lihat dan gelak pada kemudian hari.

Peristiwa apa yer? Bacalah multiple posts saya yang akan saya post di dalam blog ini. Senang cerita, kami bersyukur pada Yang Maha Esa atas limpahan rezeki yang tak kami sangka-sangka ini.....

22 Disember 2010

Ho Ho Ho, Krismas makin hampir

Wow, lama sungguh dan bersawang blog ni. Macam rumah ai bersawang tak dibersihkan (bagi alasan aku periksa weiihh) pulak tu. Sekarang ni kelam kabut nak bersihkan sebab ada saudara mara nak datang dan tinggal di rumahku syurgaku. Adik lelaki nak kahwin hari Jumaat ini. (Oh yer, hari Jumaat ni birthday saya...sila wish yer..haha)

So....ermmm....tak tau nak start dari mana.
Oklah, sekarang ni saya tengah menaip dari komputer riba yang lain. Bukan komputer riba milik Syarikat Pembentungan Negara tapi dari kompeni S (nama kompeni diberi sempena nama arwah isteri pengasas kompeni.) Dah nak 3 bulan dah kerja di sini, tapi tak berapa happy. Kenapa? Sebab bahagian saya ada 2 orang sahaja. Saya dan boss. Sahaja. Boring gila. Tapi ada jugaklah pengetahuan baru sebab kompeni ini adalah salah satu kompeni yang tersenarai di BSKL. Hebat bukan? Tak berapa hebatlah, sebab kompeni saya ni subsi yang tak banyak untung, bukan subsi yang kaya raya tu. Hari tu ada jugak apply kat sana tapi tak dapat. Nasib baik tak dapat jugak sebab boss dia H-O-T! hahah, jangan marah yer Enche' B, saya sangat sayang sama kamu. Kalau kerja bawah boss H tu mesti lagi tak boleh buat kerja.

Tapi, saya dah nak berhenti kerja dah.. sebab saya dapat tawaran belajar sepenuh masa!! Yeay!! Yabbadabbadoooo!!! Tercapai juga cita2 ai. Haih, puas hati. Maka itulah juga penyebab aku malas nak buat kerja, habiskan first assignment yang tak habis2... ishh

Bila dah belajar full time ni, tak boleh belanja macam orang bekerja (kata Enche' B). Iyolah pakcik, sebab tu saya telah membeli barang2 yang dihajati sebelum berhenti kerja,heheh.
Ditambah pula BeeEnEm baru dapat durian runtuh, ai pun tumpang bahagia..

Apa lagi yer nak diupdet? Oh yer, boss lama dapat tau ai bekerja di kompeni S. Lepas ni kena buat damage control sebab saya tak nak dia ingat saya tipu sebab berhenti kerja. Saya cakap saya nak sambung belajar tapi tengok2 keje tempat lain pulak. Saya pun dah lama tak pergi gym.... itulah updet terkini

15 April 2010

Kawan Baru Saya

Presenting...jengjengjeng....
Ms Helga dari pandangan hadapan, sisi, belakang dan atas.

Pandangan Hadapan


Pandangan Sisi



Pandangan Belakang



Pandangan Atas

Sekian introducksyen kali ini, kena habiskan report by hari ni..hehe.

Tak sabar nak mengeksplor Ms Helga ni. Dah amik gambar dah sket dalam ofis ni.

12 April 2010

Tips Berguna (Un)

Bolehlah review tips ni bila dapat Ms Helga nanti...

Artikel dipetik dari website ini: http://www.associatedcontent.com/; diterbitkan pada 21 Sept 2009 oleh Heather Richards. Maka semua kredit adalah kepada pihak penulis, bukan saya. Saya hanya hendak berkongsi sahaja.


10 Tips on Taking Unique Photos with a H0l64 Camera

H0l64 cameras are low tech, inexpensive cameras that have a cult following. The cameras are not digital; they take actual film that the user has to manually advance. The camera's cheap price is a result of less than sturdy construction. The following tips tell you how to embrace these flaws in your photography. The first few tips are related to getting used to your Holga camera, followed by tips on creating unique photos.

Tip #1
Consider your first roll or two of film as trial and error. This will allow you to get used to your Holga camera as each one is unique.

Tip #2
Shop for film that has past its expiration date. It can usually be found at 75% off original price. As part of using a H0l64 camera is experimentation, the expired film just adds to the charm.

Tip #3
Develop a routine in photographing. The H0l64 camera requires you to manually advance the film after each picture. This makes it common to double expose a frame or skip a frame. By always advancing after taking a picture, you avoid both problems.

Tip #4
If you don't want light leaks, you must tape your H0l64. Each camera is unique so you may want to take a test role to see if you like your light leaks. If not, apply tape to seams located on the front above the lens on either side. Also check the seams on each side and the bottom. Gaffers tape is recommended, but can be expensive and difficult to find. First aid tape is an excellent replacement.

Tip #5
Take multiple exposures on purpose. Taking multiple shots on the same frame produces interesting pictures. For example, multiple shots of your child running on the same frame creates a unique portrait.

Tip #6
H0l64 cameras require a lot of bright light for photographs. You will need to use a flash if you are not in bright sunlight. Always try to provide the brightest light for best pictures.

Tip #7
You can add light exposure by holding down the shutter. As the shutter speed is set at 1/100th of a second, the best way to increase the light is to keep the shutter button depressed. As with all H0l64 pictures, the unknown result is part of the charm.

Tip #8
Create panoramic images with your H0l64 camera. This effect is created by taking multiple, slightly overlapping photos. Make sure that you take the pictures from left to right to ensure the overlap is in the right direction.

Tip #9
Each H0l64 camera comes with four focus settings represented by one person, three people, a group of people and a mountain. These are for 3 feet, 9 feet, 18 feet and 30 feet to infinity. Many people are not aware that you can choose a manual setting in between these preset options. As with all things Holga, experiment to see what you like.

Tip #10
The H0l64 camera has a vignette effect where the sides of the photos 'slide off' the edges. Use this to create a halo effect around your subject. Additionally make sure you fill the entire frame so that the colors that fall off form a nice border.

These ten tips will help you get the most out of your H0l64 camera. Take pictures and enjoy the unique results.

05 April 2010

They Just Tell You That You Are On Your Own

Orang yang berkata sedemikian tak patut disimpan sebagai kawan..

Minggu ni agak hektik, dengan tertinggal handphone dekat hotel (sedar masa lepas Yong Peng and terpaksa patah balik at Muar), dengan outstesyennyer ke Kluang, dengan tertinggal handphone (buat kali kedua di hotel semasa lunch Dim Sum besama family), I certainly cannot cope with the news of my so called 'close friends' talked behind me

Well, when you heard my story, you would agree that they do not deserve to be called 'close friends' anymore. Lemme tell you this.

A group of school friends that I can relate to always send emails (i want to call them spam emails, geram OK) had a gathering to celebrate a bride to be, lebih kurang hen nite. My best friend (Ms JKL) attended it coz she was obviously invited. I am not sure how my name came about but Ms JKL said that my name was 'mentioned'. I think Ms JKL asked how come I was not invited, and this Makcik Loyar (she took Law, so I decided to call her this) said that I did not make the effort to be friends with them, so that's why I am being isolated. Like waddaF**? (Capital F!!)
First, the Makcik Loyar was not even close to me, I am not sure how she came into the picture, yet she can come up with such comment of me. Ni yang saya tak faham coz, i mean , kamon..aku tak rasa aku baik ngan kau haruskah kau bagi komen? Unless the other girls who 'voices out' their dissatisfaction, i think i will not be this mad.

Kawan2 yang ada di funksyen itu adalah (tidak mengikut sebarang order):
1) Pn Ikut Saja (I am quite close to her during uni days, but somehow she likes to compete with me, it turns out she like to compete with all. Have a husband who likes to make sexual remarks with her other friends but she just kept quiet. Your own friends, for god's sake!!)
2) Pn 'I'm the one with 2 kids' (Kami rapat masa f3, occasionally gaduh pasal bola coz she's a supporter of KolamHati (sila translet). Saya ada ajak dia gi kelas sesama, tapi macam tak motivated. agak kerap guna alasan saya ada anak, buat aku boring)
3) Pn 'I like to talk about s*x' (sebelum kahwin agak suka dan teruja untuk berbincang hal yang berkaitan dengan topik di atas. Masa sekolah suka panggil saya muka bulan)
4) Cik Bride to Be (satu kelas dari form 1 sampailah form 5. she is sweet, in fact saya sms dia forwardkan msg Best Friends Day bulan lepas.)
5) Cik 'Kolam Hati' (kami pernah exchange diary masa darjah 5. Dia juga baik, tapi sebab dia rapat kepada (sila rujuk individu no 3), maka saya kurang rapat dengan dia. Peminat tegar bersama2 (sila rujuk individu no.2).)
6) Makcik Loyar (aku malas nak komen pasal engkau, bukan aku tau pape pun)
7) Cik Dokter (saya rasa dia sangat baik, tapi still tak tau nak borak ape sangat dgn dia)
8) Cik Selam (suka menyelam. rapat dengan individu no 6 & 7)

Orang2 di atas tidak berkata apa2 pun. Bermakna mereka setuju dengan pendapat Makcik Loyar!!!

Ini baru situasi 1, situasi 2 pula:

Di kenduri kahwin, sekawan uni/housemates berkumpul, tetapi tak cukup korum.(Sayalah tu). Ms JKL juga ada di majlis yang sama. Tiba2 Puan 'aku tak keep in touch juga' tiba2 mengjustifykan situasi. Tak sure juga kenapa benda ni boleh timbul tapi Puan 'aku tak keep in touch juga' cakap dengan other uni/ housemates yang saya ni terasa sebab dia tak ajak saya pergi kenduri kahwin adik dia. OK, ni satu lagi waddaF (Capital F!!). Parents dia ada ajak parents saya. Saya dapat tahu bila parents saya tanya saya tak pergi kah? Saya macam tak kisah sangat coz ini adik dia yang kahwin, bukan dia (kalau dia kahwin tak ajak memang la mengamuk). So cerita tu mati di situ. Saya tak teringat apa2 pun. Saya tak terasa pun.

Dari tak terasa jadik mengamuk sampai naik kepala. Kenapalah diorg ni yer? Saya rasa awak tak kontek saya, jadi haruskah saya yang asyik kontek awak? Saya sms awak pun bukan awak balas pun? "Gila you against the world" kata Ms JKL.

Geng 1, saya tak berapa nak kawan dengan korang sebab:
1) Korang citer pasal anak, aku takde benda nak share. Haruskah saya chip in tak tentu pasal. Korang pun tak sensitive sangat, tak pikir ke maybe saya agak terasa?
2) Asyik nak kutuk orang, boringlah makcik2. Asyik nak smash org, tak tahanlah makcik.
3) Aku cakap BM pastu cakap mentang2 aku keje gomen. Masalahnye, adakah saya keje gomen? Bukan engkorang tau pun
4) Bila I reply balik dlm thread email korang tu, ada tak orang acknowledge/ reply balik from my last reply. TARAK!

Geng 2, saya sayang korang semua cuma kenapa Puan 'aku tak keep in touch juga' boleh assume macam tu? Haih, malas tull nak pikir semua benda macam ni.

Enche' B cakap, pedulikkan orang2 yang macam ni, baik u kawan dengan kawan2 i jer. Keep the one closest only.(You know who you are). Lagipun kawan2 yang buat kepala saya berserabut ni tak worth it lah!

Inilah ceritera pasal kawan yang sama gender dengan saya ni. Macam drama swasta! Like entertainment...haha (gelak jahat)

25 Mac 2010

Trainees memang kena belajar fotostat!

Yer, kepada trainees yang di luar sana yang komplen hanya diberi kerja fotostat sahaja, sebenarnya bercakap tak tau apa..

Tau tak fotostat tu dlm proses pembelajaran jugak
Bila awak fotostat, awak belajar pasal dokumen yang awak fotostat tu..(lain lah engkau hanya masukkan sambil bawak fon nak sms / borak masa fotostat). Bila awak belajar pasal dokumen, awak akan tau pasal kegunaan dokumen tu. Bila, Kenapa, Siapa, Bagaimana, Apa nama dokumen tu.

Bila dah terrer pasal dokumen tu, awak akan belajar filing pulak.
Masa filing tu, awak akan belajar macam nak buat filing dengan betul dan teratur. Bila filing awak betul dan teratur, senanglah org lain nak carik dokumen. Bila bos awak dapat carik dokumen dengan senang, bos akan suka hati. Tapi bila bos carik dokumen yang awak failkan tu tak jumpa, dah check from cover to cover...haa..habislah awak bos awak mencarut tak henti2.

Ada kebaikan jugak filing awak hebat bila dengan auditor. Bila auditor dapat carik dokumen dengan senang, auditor akan suka audit awak. Findings pun mungkin tak signifikan.
Tapi bila auditor sumpah seranah nak carik dokumen awak...haaaa
HABISLAH SEMUA BENDA AUDITOR CARIK PASAL SEBAB BENGANG!!

haa, saya tengah bengang sebab sebab auditee saya buat filing macam budak tadika

24 Mac 2010

Pergi Tak Kembali

Pagi semalam saya belek2 Harian Metro, terbaca anak pengarang besar meninggal dunia. Baca lebih detail tengok2 dia dari sekolah Enche' B. Baca lagi, baru habis SPM? Macam tau je bdk2 from his batch. Baca lagi, macam familiar pulak nama pengarang besar (ayah Allahyarham). Innalillah, kenal (opps, bukan ...pernah nampak, berdiri pada jarak kurang 5 kaki) rupanya saya dengan Allahyarham. Kebetulan bukak TV tgh siar berita kematian Allahyarham. Terus telefon Enche' B untuk validate... Betullah, dia salah seorg daripada budak2 hoki Enche' B.

Datang office terus buka blog batch Enche' B, nampak lagi berita mengenai Allahyarham, beserta link blog Allahyarham. Hiba pulak baca semua org sedekahkan Al-Fatihah, doakan keluarganya tabah menghadapi dugaan, kawan2 yang meluahkan kerinduan.. Sebak.

Malam tadi, mimpi pulak Enche' B tiada di sisi. Saya nampak diri sendiri tak keruan, tapi roh Enche' B sentiasa ikut, konon2 ada kerja tak selesai di dunia (ini saya blame TV sebab before tidur semalam tengok cerita Pembisik Hantu). Sedih.

Ini rasanya post-3 bercerita pasal kematian. Saya nak kongsi email yang kawan saya forwardkan kepada saya.. Hidup ini hanya sementara, ingatilah kematian kerana kita tidak tahu perjalanan kita di sini sampai bila.

____________________________________________________________________
Pesan Roh Pada Manusia

Sabda Nabi saw : “Wahai Aisyhah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika org yg memandikannya masuk ke rumahnya utk memandikannya”

Di ketika itu roh melihat akan keadaan tubuhnya yg telanjang dgn suara yg seluruh makhluk mendengarnya kecuali manusia dan jin.Roh berkata : “Wahai org yg memandikan, ku minta kpdmu kerana Allah,utk menanggalkan pakaianku dgn perlahan- lahan. Sebab di saat ini aku sedang berehat dr seretan Malaikat Maut”

Mayat berkata : “Wahai org yg memandikan roh Allah jgnlah engkau menuangkan airmu dlm keadaan panas dan jgn pula terlalu sejuk. Sebab tubuhku terbakar akibat terlepasnya roh”

Roh berkata : “Demi Allah wahai org yg memandikanku, jgnlah engkau menggosok aku dgn kuat. Sebab tubuhku luka-luka kerana terkeluarnya roh”

Bila diletakkan pd kain kafan serta kedua tapak kakinya sudah diikat, maka mayat memanggil-manggil : “Wahai org yg memandikan, jgnlah kuat-kuat dlm mengafani kepalaku. Biarlah aku dpt melihat wajahku, anak-anakku dan kerabatku. Sebab ini merupakan penglihatanku yg terakhir kpd mereka. Pd hari ini aku berpisah dgn mereka dan aku tidak akan melihat mereka sampai hari kiamat”.

Bila mayat dikeluarkan dr rumahnya maka ia pun menyeru : “”Demi Allah wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka jgnlah kamu menyakitinya. Anak-anak telah menjadi yatim, jgnlah kamu menyakiti mereka. Sesungguhnya aku pd hari ini dikeluarkan dr rumahku dan aku tidak akan kembali kpd mereka selama-lamanya”.

Pd ketika mayat diletakkan di dlm sangkar peti, maka memanggillah ia : “Demi Allah wahai jemaahku, jgnlah kamu semua mempercepatkan aku dikeluarkan dr rumahku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kerabatku. Sesungguhnya aku pd hari ini berpisah dgn mereka sehinggalah hari kiamat”.Ketika mayat itu diusung dlm sangkar peti tersebut dan mereka melangkahkan kaki dgn 3 kali langkahan, roh pun menyeru dgn suara yg segala sesuatu mendengarnya kecuali jin dan manusia : “Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai anak-anakku, jgnlah kamu diperdayakan oleh dunia sebgmn ia memperdayakan aku. Jgnlah kamu dipermainkan sebgmn ia mempermainkan aku. Hendaklah kamu mengambil aku sbg contoh. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yg telah aku kumpulkan utk ahli warisku dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia Allah menghisab aku, tetapi kamu semua merasa senang dgn keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.Pd ketika mereka menyembahyangkan jenazah di mana sebhgn ahli-ahli dan temannya telah pulang dr tempat solat, maka mayat berkata : “Demi Allah wahai saudaraku bahawa sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawasanya mayat itu lupa di dlm hidup. Tetapi jgnlah kamu melupakan aku sehinggalah kamu menanam aku dan melihat tempatku. Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawa wajah mayat lebih dingin drpd air yg dingin dlm hati yg hidup. Jgnlah kamu pulang dgn cepatnya”.

Bila mereka meletakkan mayat di tepi kuburnya, maka berkatalah mayat : “Demi Allah wahai jemaahku, wahai saudaraku. Aku mendoakan kamu tetapi kamu tidak mendoakan aku”.

Apabila mereka meletakkannya di liang kubur,maka mayat berkata : “Demi Allah wahai para ahli warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yg banyak di dunia hanya utk ditinggalkan utk kamu? Maka hendaklah kamu mengingatiku dgn memperbanyakkan kebaikkanmu. Aku telah mengajar kamu Al-Quran dan adab sopan. Maka jgnlah kamu melupakan aku dalam doa mu.

22 Mac 2010

From Kluang with Love

Proposal terbaru... (kali ini mesti dirembat secepat mungkin, takut kempunan macam ini.

Chaaaannnnttteeeekkkkk tak?

(Gambar2 diprintscreen dari website ini)

a) Kristin Hobo (pernah nampak org pakai, tapi signature lah...sangat slouchy, tak berapa minat. But mungkin leather dia ada body sket. Kat sini takde Coach unless saya nak gi S'pore naik bas..)















atau (b) Kristin Tote
















ataupun (c) Kristin Satchel

Ni tak discuss nak color ape lagi...semua saya suka tapi tak boleh dapat semua...hihi

Janji Tinggal Janji

Yer, seperti biasa tak dapat nak capai kehendak hati nak buat posting kat sini hari2.

Malas nak cerita panjang sebab dah takde feel (ekceli lupa dowh)..

Wokeh

For the past 3 weeks, dah gi buat blood test. Dah kebal sket masa nak amik darah tu.
Sampai at the last trip, which is last week, tempat amik darah tu (tempat kena cucuk) tu bengkak. Maybe org yang suka cucuk2 heroin pun ada bengkak yang lebih kurang serupa. Harharhar (lawak yang takde org nak ketawa)..

Maka keputusan daripada observation cycle adalah memuaskan, cuma nak highlight statistik berguna:

Jaguh lumba lari 2%
Jaguh lari dalam guni 46%
Jaguh lompat setempat 37%
Jaguh tidur 15%

Jaguh lari dalam guni tidak boleh diasuh untuk menjadi jaguh lumba lari dengan memakan sayuran.

Sekian Warta Kluang ...(tempat siaran berita)

09 Mac 2010

Enche Oskar

Harus carik dan tengok DVD ceritera2 yang dicalonkan untuk Oskar:
1) Inglourious Basterds (by Quentin Tarantino...i heart u!!)
2) An Education (tgh download kat ofis..haha,teruk bebenor kamu nih)
3) The Hurt Locker (a low budget movie on Iraq)
4) Precious (I've always love the black movie - opps, sorry. Not sure whether it is politically correct)
5) The Blind Side (just because Sandra Bullock won the Best Leading Actress)
6) Crazy Heart (this movie has the Best Leading Actor)
7) Up (nak tengok lagi, I still watch cartoons and this is a very sweet story, maybe somehow I relate it to my current life with Enche' B)
8) Avatar (ekceli tanak tengok, but this movie won 3 awards. Memang tak best sangat pun. Maybe I am disturbed with images of blue people running around. heh)

Apa lagi movie yang best untuk dinonton?

08 Mac 2010

Peanut Butter enak dimakan begitu sahaja

Habis dah peanut butter tu saya bantai. Tak kisah dah on the nutrition fact bahawa every 100g it has 680 kcal. Yang bermaksud kalau tak dibakar maka akan melekat di bahagian perut dan peha. Dah sedap nak buat macam mana? At least kalau dah habis mesti tak makan lagi (sebab dah takde kat tepi meja).

Gym terpaksa dipostpone sbb ada report yang kena habiskan by end of today but saya tak de idea! So aktiviti yang menarik untuk dibuat ialah blog hopping. Findings untuk hari ini:
1) Jumpa lagi blog jual handbag. Link telah pun disave untuk future reference. Will update the list later in this blog.
2) Stumbled upon this blog -> http://shermythoughts.blogspot.com/. Macam tertarik coz dia pun guna the term "bebelan" to refer to comments. Saya teruja coz ada word bebelan. Baca her blog and found out that she has similar taste in music as mine. Owh, saya tak pernah cerita kat C&B coz at first blog ni nak cerita masuk rumah baru. (erk, tapi ada cerita pasal handbag?)
Eh wait saya pernah cerita pasal musik, ingat tak lirik lagu the Cardigans..haa. Aaa..her entries are entertaining. Rasanya dia keje ngan pengsponsor pembelajaran saya coz dia kat Paka.

Colleague saya yang buat report sesama ni pun dah nak balik..haha, aku nyer keje pun tak siap lagi. Better habiskan! Enche' B banyak keje, dia nak balik lepas Maghrib.

p/s : Hari Jumaat lepas tak jadi ke EsJayEmCee. Enche' B pergi on Saturday before his class. Dah la kena derma sperma kena derma duit juga? (Oklah, saja nak mention kena RM 90). Kata akauntan ma, memang berkira. Hari Khamis ni ada appointment lagi, tapi kali ni jumpa ngan Doktor Siti. MC lagi la nampaknya

p/ss : Terasa poyo pulak masthead blog ni. Cam nak lempang perempuan gedik atas tu boleh?Nak tuka sket arr

04 Mac 2010

Rawatan Kesuburan 1

Kami sampai di EsJayEmSee lebih kurang pukul 10 pagi. Tahukah anda EsJayEmSee ada tempat parking kereta bawah tanah? haha, tayar kereta pun berhabuk bila keluar dari level B3 (tak silap saya buah rambutan), derang ikut jenis buah-buahan nak distinguish each levels, macam Sungei Wang dulu2. Saya cakap dulu2 sbb saya dah lama tak ke sini.

Wokeh, so naik atas tingkat 4 terus gi Klinik Kesuburan. Rupanya kena register jugak. Ingatkan coz lain frm hospital maka takyah register.

Lepas register, that lady bagitaulah apa benda yang dia nak buat hari ni. Check darah (RM 65) dan 4 fertility tests untuk saya (each harga RM 44.50). Campur admin cost lagik dan lain2, saya punya dah mencecah RM 383. Enche' B pulak RM 65 coz dia buat check darah je. Ingatkan nak buat sperm test tapi the embryologist (betui ka?) on EL. Kami akan ke EsJayEmSee esok untuk menderma sperms (ops, bukan kami tapi Enche' B..hihi)

Masa amik darah tu sudah tentulah saya tak tgk macam mana dia buat coz saya ni takut. Sejuk jugak lah tangan saya masa dicucuk. Tapi tak sakit sangat. Masa turn Enche' B, saya nak menyebok tengok (org lain punya boleh tgk coz bukan saya yang rasa sakit, except scene bedah2 kat tv, itu sumpah takut). Agak kewl jugak cara derang amik darah. Mungkin dengan technology advancement (hence tak sakit) dan sebab hari2 pun amik darah org. Kagum!

Bila nak balik tu, macam confuse sebab derang suruh kitorg datang balik untuk menderma sperma (diulangi bukan saya). Enche' B sangat ke'bz'an, susah jugak nak dtg EsJayEmSee. Then derang pun kasi lah tabung derma bertutup merah (macam bekas yang korang pee masa nak kasi air kencing, cuma kaver dia kaler merah). Tapi, ada syarat... yaitu harus sampai hospital selewat2nya 40 minit selepas 'upacara' menderma. Har har, rasa sangat kelam kabut rasanya esok kitorg akan datang derma kat hospital. Kereta saya bukan kereta Knight Rider.

Hari ni excited nak gi gym. Enche' B dah sound, saya ada lebih kurang 9 bulan lagi untuk menggunakan kemudahan di sana. Kena kurus betullah, rugi bayar bulan2.

Owh, saya gagal dalam peperiksaan. Tapi kali ni nak amik 2 paper pulak. Tengok camne. Kelas saya tiap2 hari Jumaat. Nasib baik tak clash ngan Glee..hihi

01 Mac 2010

Apasal lemb** sangat Internet kat BeeEnEm ni?

Erm, alasan lah tu. Sambil tu boleh updet blog.

Sekarang saya berada di tingkat lebih 5 di BeeEnEm. Enche' B tgh miting ngan colleaguesnyer. Saya pulak perasan jadik manager. hahah..wadever lah..

So, apa cerita sempena bulan ketiga tahun 2010 nih? (dah 3 bulan dah? lagi 9 jer nak abis tawon dah). Lepas balik umrah tempohari, saya tak jumpa byk org sgt pun (kalau awak jumpa saya dlm masa 2 minggu lepas balik umrah, anda org bertuah!! sila hantar klaim form kat emel ni.. sayabudakbertuah[dot]bertuahnye[dot]com.)Ok, ada unsur kepoyoan di situ.

Saya bersemangat nak bercerita coz kitorg dah sign up untuk buat fertility treatment under EsJayEmSee fertility clinic. Dr Siti cakap semua OK, so dia pun referkan kitorg kat clinic tu. (Chop, saya dah bagitau ke yang saya dah takde endometriosis, dah buat HCG - nurse tu tipu woo cakap tak sakit, aku nangis tak hengat, keputusan HCG fallopian tubeku tidak ada blockage)
Masa gi sana and sign whatever forms, and dinotifykan bahawa sila sediakan at least RM800++ untuk go through observation cycle..SAHAJA, (mental note : kalau baby saya baca entri ni, u jgn degil sangat, we all go through a lot to get u, u know. whatever it is i lurvvee you)

Esok pada pukul 9.30 akan kami pergi ke sana dan bersedia buat tests yang banyak (mungkin). Enche' B tak terkecuali kerana MAYBE bukan saya saja yang ada masalah. Satu criterionnya ialah to make sure the hubby abstained the ejaculation more than 3 days but less than 5 days (kalau buat equation lebih kurang macam ni 5>=x>=3). so dah confirm Enche' B menepati ciri2 itu. Fingers crossed, doakan semua usaha kami ni membuahkan hasil yer..Amin

P/S : Tahun ni kami decide to carry forward aktiviti diving to next year, tapi nak amik something to replace this. Apa saya boleh cakap is, aktiviti ini memang AKAN menggelapkan kulit saya yang mulus ni...blewrrhh (type pun terasa nak muntah..haha)

Okelah, sehingga ketemu lagi pada waktu dan tempat yang sama..tata..titi..tutu..wo ai nee..

12 Januari 2010

Doakan aku mati syahid

Salam
Just a short note to let you all know that I'll be away for 2 weeks, from January 13th 2010 until January 26th 2010 to perform my umrah.
I understand that we're all pretty much tied up with our daily lives. So, in case we don't get the chance to meet up before I leave,
I'd like to sincerely apologize for any of my wrongdoings. You guys will be in my thoughts and prayers :o)
xoxo


(dengan copyright permission)

I came across this lady's blog when I googled for Umrah related topics (please refer to previous posting). Please refer to http://niknursabrina.fotopages.com/), thus I will not take any credits from her efforts. Notes in grey are my own notes for my own understanding because I got C6 for Agama..hihi (not proud of it, but just to illustrate the depth of my understanding on this topic). Also, I referred to http://www.hajiumrah.com/files/NotaUmrah.pdf for my notes in grey
UMRAH
Ertinya:
Mengunjungi Baitullah Al- Haram kerana tujuan ibadat, pada sebarang masa , di sepanjang tahun.

Hukumnya :
Wajib fardhu Ain, seumur hidup sekali. Di fardhukan keatas tiap2 muslim lelaki n perempuan.

Masa mengerjakan umrah:
Sepanjang tahun maksudnya ibadat umrah boleh dikerjakan bila2 masa di sepanjang tahun samaada dibulan2 haji ataupun di luar bulan2 haji.


IHRAM
Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat,sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.

Miqat - A point where you berniat for Umrah. There are 2 types of Miqat :
a) Miqat Zamani (time) - meaning you can berniat whenever (tidak mengira masa)
b) Miqat Makani (place) - depends on where you are from.
Untuk penduduk Mekah adalah di Tanah Halal
Untuk penduduk jauh, ialah di:
(i) Qamul Manazil (untuk penduduk yang datang dari timur Mekah (applies to Malaysian)
(ii) Bi'r Ali (Zulhulaifah) - jika datang dari bahagian Utara (Madinah)

Untuk mandi sunat ihram, lafaznya : " Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya sembahyang sunat Ihram. Lafaz niatnya : " Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.

Meaning you can mandi and solat sunat ihram at home, niat anywhere before you reach the Miqat (usually in the airplane. Your ketua rombongan should announce it in your flight before reaching the Miqat).

Lafaz niat Umrah :




" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "

Barang harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam.

Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.

Bacaan Talbiah :
Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

RUKUN-RUKUN UMRAH
1. Berihram (Berniat melakukan umrah)
2. Tawaf mengelilingi \kaabah
3. Sa'ie diantara Bukit Safa dan Marwah tujuh perjalanan
4. Tahallul ( Bercukur atau Bergunting )
5. Tertib

WAJIB UMRAH
1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan.
2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram.

SUNAT-SUNAT UMRAH
1. Mandi sunat untuk Ihram
2. Sembahyang sunat Ihram
3. Sembahyang sunat Tawaf
4. Mengucup Hajarul Aswad
5. Bertalbiyah.

Lafaznya: Niat dalam hati: Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.

LARANGAN SEMASA IHRAM
PAKAIAN
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum. - Lelaki
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya. - Lelaki
3. Menutup muka. - Wanita
4. Memakai sarung tangan. - Lelaki/Wanita

BERWANGI-WANGIAN
5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya (inhaled) ke dalam hidung. - Lelaki/Wanita
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi. - Lelaki/Wanita

KECANTIKAN
7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan. - Lelaki/Wanita
8. Mengerat atau memotong kuku. - Lelaki/Wanita

ALAM SEKITAR
9. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram. - Lelaki/Wanita
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal. - Lelaki/Wanita

HUBUNGAN JANTINA
11. Melakukan pendahuluan persetubuhan. - Lelaki/Wanita
12. Bersetubuh/berjimak. - Lelaki/Wanita
13. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin. - Lelaki/Wanita

TAWAF ( RUKUN )
Pengertian Tawaf :
Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
















Syarat2 Tawaf
1 - Suci dari hadas besar dan hadas kecil
2 - Suci badab, pakaian dan tempat
3 - Menutup aurat seperti dalam solat
4 - Mula tawaf dari sudut Hajar Aswad
5 - Kaabah sentiasa di sebelah kiri
6 - Berniat tawaf
7 - Cukup 7 pusingan (yakin)
8 - Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah

Sunat2 Tawaf
1 - Berjalan kaki (kecuali jika uzur)
2 - Berittibak (bahu kanan terbuka)
3 - Berlari2 anak bagi pusingan 1,2 & 3
4 - Istilam (mengucup atau mengusap) Hajar Aswad & Rukun Yamani
5 - Membaca zikir dan doa
6 - Berturut2 7 pusingan
7 - Tawadhuk dan khusyuk
8 - Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim
9 - Berdoa di Multazam
10 - Minum air zam zam sambil berdoa

Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :
" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "
(NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. )

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :
" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad. Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa.

Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan.
Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

SAI'E
Syarat2 Sai'e :
1 - Dilakukan selepas tawaf umrah
2 - Mula di Bukit Safa
3 - Cukup 7 perjalanan dengan yakin
4 - Sai'e hingga sampai ke hujung
5 - Sai'e di Batnul Wadi (landasan)
6 - Bertujuan Sai'e

Sunat2 Sai'e:
1 - Ke tempat Sai'e melalui pintu Safa
2 - Naik Bukit hingga sampai Batu
3 - Di bukit, menghadap kiblat, bertakbir sambil mengangkat kedua2 belah tangan
4 - Berlari2 anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa




5 - Berturut2 7 perjalanan
6 - Berwudhuk
7 - Berjalan kaki
8 - Berdoa


TAHALLUL (GUNTING/ CUKUR RAMBUT)
Syarat2 :
1 - Dilakukan selepas Sai'e Umrah
2 - Menggugurkan rambut kepala sekurang2nya 3 helai

Sunat :
1 - Bercukur bagi lelaki
2 - Berdoa ketika bergunting
3 - Melalukan mata pisau atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut

After Tahallul, this is where your ihram ends and all the pantang larang is no longer wajib upon you.

Lambaian Kaabah

Tadi, had a lunch get-together with my PeeDoubleYouSee ex-colleagues, and I mentioned that I will be going to perform my Umrah, sebab tu ajak derang makan lunch sesama..

They asked me whether am I ready? I am feeling 50-50 coz I don't know what is expected there, but a close friend of mine said I should be going there with an open heart. Am I feeling that way? Yes, Definitely.

Tapi lepas tu tanya so engkau dah hafal niat semua bacaan apa2 yang patut untuk tunaikan Umrah? Err, not really. Am planning to aminkan whatever Enche' B doa..boleh tak? But to make me feel good, I told them that I have just started to google through the doa2, bacaan2 semasa Umrah (oh yes, sarcastic remarks were passed - I know them very well so none were taken).

"Engkau kan suka buat last minute"
"Aah, betul. But this is not a last minute thingy coz at least I started. Kalau last minute, maybe midnight ni baru start as my flight leaves around noon tomorrow"

I've told ya, untuk sedapkan hati saya jer..hihi

Since dah upgred phone sumer, so saya akan kopy dan pes di blog ni untuk peringatan pada saya dan rujukan untuk yang lain....

Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah