Memaparkan catatan dengan label Bagaimanakah?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagaimanakah?. Papar semua catatan

22 Mac 2010

Janji Tinggal Janji

Yer, seperti biasa tak dapat nak capai kehendak hati nak buat posting kat sini hari2.

Malas nak cerita panjang sebab dah takde feel (ekceli lupa dowh)..

Wokeh

For the past 3 weeks, dah gi buat blood test. Dah kebal sket masa nak amik darah tu.
Sampai at the last trip, which is last week, tempat amik darah tu (tempat kena cucuk) tu bengkak. Maybe org yang suka cucuk2 heroin pun ada bengkak yang lebih kurang serupa. Harharhar (lawak yang takde org nak ketawa)..

Maka keputusan daripada observation cycle adalah memuaskan, cuma nak highlight statistik berguna:

Jaguh lumba lari 2%
Jaguh lari dalam guni 46%
Jaguh lompat setempat 37%
Jaguh tidur 15%

Jaguh lari dalam guni tidak boleh diasuh untuk menjadi jaguh lumba lari dengan memakan sayuran.

Sekian Warta Kluang ...(tempat siaran berita)

12 Januari 2010

Hutang Satu

Pandai punye perempuan, nak dekat sebulan janji nak updet barulah nak updet sekarang...

Haih, saya akan guna tektik kotor iaitu mengupdet dengan menggunakan list saja. Kalau periksa memang tak dapat markah sebab tak elaborate..hihi. Ada beberapa benda yang saya tak listkan sebab they are not worth mentioning.. (Berlagak gelll, woman!!! hahah) or tak ingat...

1- Nek meninggal. Innalillah. Moga2 rohnya dicucuri rahmat. Saya tengok jasad Nek dikuburkan sebab itu adalah peringatan kepada hamba2 Allah yang masih hidup di dunia tentang suatu masa yang pasti tiba untuk semua.(Note : Nek meninggal bulan puasa)

2 - Birthday Enche' B dan saya pada bulan Desember lepas. May we age wiser and richer...hihi

3 - Kami pun telah bertukar dokter. Kami tidak lagi mengunjungi KayPeeJay Kah-jung, tapi EsJayEmCee EsJay. pergi berjumpa dokter pilihan ramai. Saya disahkan tidak lagi menghadapi endometriosis (alhamdulillah). Next stage patutnye pergi x-ray Fallopian Tube, tapi tak berkesempatan sebab diorg mati2 nak hari ke-10 kitaran haid. Hari ke-10 bulan Desember saya ada periksa ACCA dan bulan January tak sempat sebab hendak pergi ke Tanah Haram..

4 - Tahun baru, azam baru.
a) Nak gi belajar diving
b) Nak pass exam dapat markah best2
c) Nak 'berusaha' lebih bersungguh2..moga2 dapat 'rezeki' lebih tahun ni
d) Nak tukar environment kerja atau post baru (naik pangkat ler babe)

5 - Menyahut lambaian Kaabah...Amin

26 Ogos 2009

KL tidak jerebu lagi!!

Sedarkah anda yang kita sudah boleh nampak KLCC dari jauh? Yang langit kita ni sebenarnya biru (yelah, bila kita replay balik video2/ gmbr langit sebulan lepas, kalernya ialah kelabu asap)..

Sedarkah anda yang saya pun sudah lama tak menulis entri di sini? Yang kita sudah berpuasa 5 hari (insya Allah, hujung hari Rabu ini)?

Semuanya kita kena berterima kasih kepada Maha Pencipta kita yang Agung...Alhamdulillah...

Terima kasih kepada hujan yang telah mencuci semua kotoran dan habuk di kaki langit bumi kita ini.

Terima kasih kepada majikan kerana H1N1 telah pun dikaver di bawah skim kesihatan kompeni.

Terima kasih kerana saya dapat berpuasa dan pergi ke Phil-lip Wa-in pada hari Isnin lepas (OK, dah tak berani sangat dah kerana kaki saya still rasa lenguh2..Agak rigorous work out hari tu). Lepas tu penat sangat, lepas buka, balik dan tidur...ZZzzZZZ

28 Julai 2009

Awak, awak..nak tau tak??

Awak, awak..nak tau tak??

Nanti Enche' B datang opis kita sebab kita berjaya konvins dia nak join kelab senaman Enchik Phil-lip Wen. Seronoknya kita. Terima kasih sayang!!
Tapi kita pulak takut kita tak dapat komit nak pergi selalu.. Tensi nye kita. Tapi kawan yang rekemen kat kita cakap..since kita dah bayar, so itu adalah motivasi kita untuk pergi selalu. Kita dah tgk kelas..kita nak pegi kelas Capoeira hari Ahad.. (alamak...ada cukur jambul laa..). Seriyes, tgh tulis entri ni baru kita sedar yang ada clash of events. Hampeh tak dapat pergi...

Awak, awak..nak tau tak??
Kita nanti dapat result exam bulan depan tujoh belas hariblan.. doakan kita pass paper ni k! Sayang awak sangat...

Awak, awak..nak tau tak??
Kawan kita baca mana ntah , lupa nak tanya dia tadi. Dia cakap, ekceli..kita boleh plan nak dapat anak gender apa.
Kalau nak anak laki2 (in jawa, we call them lanang), kena kerja keras ngan laki korang pada hari 11 hingga 17 cycle period korang tu..
Kalau nak anak pompuan pulak (kalau jawa cakap wedok), awak layanlah laki2 awak pada hari ke 18 hingga 23.
Sejauh mana kebenaran stetment di atas, saya kurang pasti. Patut la kita tak dapat anak lagi sebab kita suka masa seminggu before kita period.. (adakah terlalu banyak info? Maaf yer. Cukup di sini)
Kalau benar stetment di atas, saya bagitau awak tahun depan..ok?

Alamak, Enche' B dah sampai untuk meng'sign-up' tapi kita belum semayang lagi.

Tata..Titi..Tutu

13 Mei 2009

Sempat jugak saya merepek kat sini

Kepada Jernel-Onlineku, Apa khabar Jernel di sana? Diharap sihat2 belaka. Saya di sini baru baik dari selsema (asyik selsema je kan? terakhir sekali ialah bulan februari lepas.) Tapi saya batuk2 annoying, gatal2, tak nak berenti gatal macam nak garu jer. Penat batuk macam ni. Saya meminta maap sebab lama tak updet, takde celoteh dan bebelan. Saya asyik sibuk keje jer. Saya takde benda nak updet sangat, cuma...

a) Enche' B baru balik dari Cebu Island
Tak lama, cuma 4 hari. Tapi saya macam hilang arah (alaa...so schhwweeettt).. rasa lain bila laki takde di sisi. Bila rindu saya suruh dia beli barang..haha.. Seperti biasa Enche' B belikan saya jewelery box (wajib bila dia pergi mana2). Bukan saya suruh tapi dia nak buat konon2 tredmak dia lah tu. Sebab dulu masa kapel2 saya ada cakap kat dia, sapa belikan saya musik boks saya gerenti kawin ngan laki tu. Saya ada bagitau benda ni kat semua laki yang saya sangat suka (eks lama2)..cuma Enche' B jer yang bagi saya musik boks. So saya kawin lah ngan dia. Even saya yang ajak dia kawin..Kalau org putih kata.. Propose lah kan. Haa...hebat bukan? (Tak tau malu, nasib baik dia nak kawin ngan kau! Kalau tak tadek punya kau nak mention bukan, setan!!)Satu lagi brg yang saya pesan ialah selipar havaianas. Comel! Walaupun bukan spesifik model yang saya mintak, tapi bersyukur Enche' B belikan juga..Nanti boleh ganti gambar selipar kat atas tu kan.. Erm, macam ubah imej blog ni pun bagus jugak.

b) IUI
Sumpah saya tak tahu apa dia stands for, tapi itulah prosedur yang tak jadi saya jalankan bulan ni. Macam mana prosedur ni? Doktor injek ubat kat perut saya biar ada telur untuk disenyawakan lebih dari satu..Lepas tu bila telur dah besar lebih kurang 1.6 - 1.8 cm, barulah doktor akan menyalurkan 'tentera' Enche' B yang hebat2. Enche' B perlulah mendermakan 'tentera' untuk diproses. Tentera lemah rejek, tentera kuat akan dipilih untuk berjuang.

Tapi tak jadi nak buat bulan ini sebab saya punya telur tak besar seperti spesifikasi yang wajib. Dalam erti kata yang lain, saya gagal menyediakan medan perjuangan dan bahan latihan untuk tentera Enche' B. Dalam 2 hari sekali, saya pergi jumpa doktor untuk di-injek. Saya ni dah lah sangat 'suka'kan jarum, bila nak injek mesti mintak misi pegang tangan saya. Mana Enche' B? Kan saya dah cakap dia pergi Cebu Island. Tak best wooo pergi gynae sorang2, takde Enche' B temankan. Yerlah, semua rakan menunggu semua bawa hubby sama2 bersama perut2 yang membesar dengan indah sekali. Adakah saya sedih? Saya pun tak tau.

Bulan depan bila 1st day datang period, saya kena call doctor nak set appointment cucuk2 perut tiap2 hari pulak. Habislah saya mencapai kuota MC saya tahun ni. Nak buat camne kan? (Elleh, kau pun suka boleh lepak kat rumah kan? Boleh kemas2 rumah, boleh cuci baju sambil bau softlan). Harap2 telur dapat besar bagai johan. Mungkin kalau injek ngan Milo boleh besar? Gilo ape perempuan ni.

Oklah jernel. Saya nak solat Maghrib. Nak amik Enche' B pulak sebab dia nak gi main hoki kat Stadium Pantai. babai!!

16 Mac 2009

Cukup!!Hentikan semua ini!! (sila baca gaya emo)

Sedang saya mengunyah salad taman (garden salad), ditambah dengan coleslaw dan diselang selikan dengan macaroni n cheese (ckp nak diet, kenapa kau makan mac n cheese dak demook??) saya tak dapat makan dengan tenang. (macam mana nak tenang?bukan kau makan sambil menaip ke?) oh gila..saya sudah gila... (ckp seorang diri memang lah kau tempah nama nak masuk list orang kat Tanjung Rambutan..)

Tahukah anda...
Saya baru balik dari audit seorang diri dari JB. (mungkin saya sudah nyatakan di dalam entri sebelum ini). Saya berasa sangat penat. Sekarang di dah sampai tahap Malaslah-aku-nak-buat-report-asyik-tengok-benda-ni-updet-blog-atau-tengok-facebook-lagi-best!! Saya ada berhenti buat kerja sekejap pastu pergi nongkrong dekat Jakarta tengok Java Jazz yang best pastu sambung pergi JB pukul 11 sampai JB pukul 2 pagi. Hebat bukan?Bukan hebat, tapi penat. Tapi nasib baik Enche' B sangat memahami.. Lagilah banyak 'hadiah' saya bagi...hehehe..kan Enche' B? (cukup..semua orang tak nak tau)

Tahukah anda...
Java Jazz tu sangat best! Mungkin sebab ini adalah pengalaman pertama? Atau sebab persembahan mereka kelas dunia? Anda pilihlah tapi saya pilih dua2. Enche' B yang sebelum ini hanya rasa lagu Jazz ni lagu tido sudah berubah fikiran. Dia yang cadangkan kita pergi lagi...5 tahun lagilah (Java Jazz tiap2 tahun ada!) Siap nak bawak anak lagi. Saya setuju dan kena tambah aktiviti buat anak dalam kalendar saya dengan lebih kerap lagi..muahahaha... (cukuplah, orang lain tanak tahu pasal kau cerita lagi budak bertuah!)Antara persembahan yang kami tengok.. Brian McKnight, Quasimode, Jason Mraz, Matt Bianco, New York Voices & Ron King Big Band. Itu jer. tak sempat nak tengok semua sebab kitorang sempat singgah Bandung..

Tahukah anda...
Saya sedih sebab kereta yang berjasa dari saya tingkatan 2 sampai lah bulan lepas telah pun dijual. Ayah tukar kereta baru tapi saya tak berapa gembira (cuba kau dapat naik kereta baru mesti kau seronok kan?) Kereta keluaran Toyota bernama Estima berwarna biru memang besar. Sebelum kereta ini ada, kami empat beradik berebut2 nak dapat tempat duduk paling best dalam Volvo 240. Memanglah kereta Estima tu dah agak tua, nak start enjin kena tekan minyak 2-3 kali baru hidup, tapi sangat jauh perjalanannya membawa ahli keluarga Haji Dolah berjalan2. Balik Terengganu, balik Bandar Singa, cuti2 Malaysia ke Cameron, boleh saya simpulkan satu Semenanjung Malaysia ini kereta ini dah pergi. Masa mama bagitau yang ayah dah trade-in kereta tu dengan kereta baru, saya terkejut. saya tanya mama kenapa jual kereta tu? Mama cakap saya nak beli kreta tu ke sebab takkan mama nak simpan? Saya diam (tapi marah+sedih) sebab saya sudah ada kereta. Marah sebab mama + ayah tak nak simpan kereta tu (boleh bawak pergi pasar apa!), sedih sebab tak dapat amik gambar untuk kali terakhir bersama2 kereta. Jadi,untuk pemilik akan dtg W*V 54*5, jagalah kereta tu dengan baik yer. Kalau tak saya baling cat merah kat rumah awak..

Tahukah anda...
kumpulan Maliq n De Essentials tu best! Saya beli CD mereka tempoh hari di Jakarta. Saya beli CD Afgan, Abdul and the Coffee Theory manakala Enche' B beli 2 CD Peter Pan. (suka sangat Peter Pan, mengorat bini pun pakai lagu Peter Pan. takpe, saya suka). Kenapa lagu2 Indo best jika dibandingkan dengan lagu2 tempatan? Saya jawab soalan Ili guna jawapan mama saya - "Sebab diorang punya tamadun lagi lama dan kompleks dari tamadun kita, dah banyak kemajuan dari segi bahasa, muzik termasuk sekali". Tapi saya nak tambah lagi, dari pengamatan saya sebab orang2 sana memang minat muzik. Saya terkejut sebab dekat Java Jazz senario sekeluarga tengok dan nikmati Jazz enggak asing lagi.. Emak2, Bapak2, anak2, adik, kakak, abang semua ada. Lagi satu, boleh dikatakan semua peringat/ lapisan tak kira keadaan ekonomi keluarga tahu main muzik. Contoh - dekat Bandung ramai orang main alat muzik seperti biola, seruling, gitar memenuhi jalan2 di Bandung, mengharapkan ihsan orang yang lalu lalang, yang terhibur dengan persembahan mereka. Ya.. boleh ambik point saya untuk research anda.

Tahukah anda...
Sekarang dah nak pukul 3, boss saya nak tengok report saya siap Jumaat ini. Kalau tak siap, habislah mata KPI saya tahun ini dipotong..Ampun Pak...bisa saya habiskan sebelum hari minggu, hari libur ini. hehehe

31 Disember 2008

Peta lukisan tangan ke rumah kami

Masih sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga kami. Terlalu banyak benda yang ingin saya luahkan di sini, tetapi masa terlalu singkat dan perasaan untuk berceloteh panjang tentang kejadian2 semasa berpindah rumah belum ada. Bak kata pengarah drama "Mesti ada feel.."


Peta ini disertakan dengan entri ini kerana saya tidak tahu (pasti) bagaimana hendak menghantar gambar yang sangat jelas melalui telefon bimbit.



Kalau sesat, telefon kami ya!! (Anda ada nombor kami!)





(maaf, image saya delete yer)


Tambahan : Maaf kualiti kurang memuaskan. Kalau kabur, boleh hubungi kami.