17 Jun 2011

London, not Londang

Hihi, teringat attempt we locals nak rasa best dengan menamakan tempat2 kat Malaysia dengan nama tempat di tanah seberang..
1) London aka Londang
2) Greece aka Grik
3) Toronto aka Toronto
4) UK (United Kingdom) aka Ulu Klang
5) Newcastle aka Kota Bharu
... the list goes on and on and on ...

So, the time is 12.10 am and I still can't sleep. Maybe because dah banyak tido dah sangat. Enche' B dah sound asleep dah. Tadi mintak credit card terus bagi tak banyak tanya. Nasib baik I ni baik. Nak book tiket wayang nak buat marathon Sabtu ni coz dah lama tak tengok wayang sama2. Nak diikutkan mau saja beli Proenza Scholer purse.. hehe (walaupun I ni student minat lama tidak lah dilupakan)..

Having problems when I wanted to book the tickets online, so nak buat research lah on accomodations kat sana nanti. Apparently there are a lot of websites yang offer online viewing on the accomodations (at least boleh la pilih nak tengok rumah mana kan?) So here are the websites that I have used, so far lah, untuk mencarik rumah.

1) http://www.foxtons.co.uk
2) http://www.rightmove.co.uk
3) http://www.nestoria.co.uk

(List above will be updated from time to time, if I find it useful and user-friendly, I will list it here)

TAPIII... Sebelum tu, sebelum tu, dah set ke kat area mana, rumah apa, yang nak dipilih? Budget?

Saya rasa nak pilih kat tempat yang dekat ngan tube, senang takyah lah bawak kereta kat sana. Owh, tahukah anda driving license Malaysia ni boleh dipakai setahun je dari tarikh kita sampai di sana? Saya pun tak tau, ini ada orang yang bagitau. Kawan Enche' B di sana.

Pilihan pada waktu ni nak carik 2 bedroom flat/ apartment. Senanglah awak2 semua singgah rumah saya bila ke London nanti. Budget paling tinggi kami boleh ialah 1000 pounds per month.

Kalau boleh juga, nak lah tempat yang senang carik makanan halal kat sana. (OK, sedar tak makanan jadi priority utama kami, haha). Tapi Enche' B dah bagi friendly reminder yang dia nak suruh saya masak. Saya tak kisah - cuma jangan paksa saya, kalau paksa saya tak suka.. (bukan Lu Langsi, Lu Mati). haha, lawak selitan. But what is Langsi anyway?

Ok dah tersasar jauh, setakat tu je lah criteria kami. Tapi saya rasa saya kenalah kenali Londang ni dahulu. Tak kenal maka tak cinta, ye tak? Fun fact nombor 2 - tahukah anda London di pun sangat besar - ia terbahagi kepada :
a) Central London
b) East London
c) North London
d) North West London
e) South East London
f) South West London
g)West London
Nah.. 7 kawasan semuanya. Mari buat research untuk setiap satu area!

Esei mengenai setiap kawasan akan saya bahagikan kepada 8 topik utama:
1) Background
2) Jarak dari El-Es-Ee
3) Populasi dan luas kawasan
4) Senarai perkhidmatan awam (eg tube, high roads)
5) Dimana hendak mencari makanan halal di sini?
6) Tarikan pelancong (eh, saya kan pelancong.. sambil menyelam minum air lah)
7) Kebaikan dan keburukan tempat ini
8) Other Matters

Wow, buat list dah rasa mengantuk pulak. So saya akan start buat research itu esok k! Esok pagi ada appointment pukul 830 pagi.

16 Jun 2011

Peristiwa Tiga : We're Going to London Bay-bee!!

Ya, tempat baru, orang baru, cabaran baru. Eksaited kah?

Disebabkan peristiwa inilah, saya decided nak aktif berblog kembali. Alhamdulillah, Enche' B dapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sekolah yang berprestij di sana. Di El-Es-Ee. Tak pernah terfikir pun dapat menjejakkan kaki ke sana (untuk melancong mestilah pernah, tapi tidak untuk bermastautin sementara selama 2 tahun).

Walaupun ini bukan pilihan pertama Enche' B (nampaklah ada sedikit terkilan bila dia tak dapat menyambungkan pelajarannya di Ha-Vad) tapi sekurang2nya ini pilihan kedua, bukan calang2 sekolahnya. Alhamdulillah, sempat saya sujud syukur berterima kasih pada Yang Maha Besar atas rezeki ini. Ya, saya pulak yang terlebih seronok. (Heh, tak tau malu).

Disebabkan terlalu eksaitednya, adalah jugak terganggu konsentrasi sebab masa dapat tahu tentang berita ini, saya sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan. Sorry Enche' B, I can't help it. It was too much to handle (in a good way-lah).

So selepas ini, blog ini akan saya penuhi dengan research saya tentang apa yang perlu dibuat sebelum settling down di sana, contoh urusan visa, medical check-ups, yadda yadda... Hopefully dapat jugaklah jadik guide untuk orang2 di luar sana untuk tahu apa yang perlu disediakan, keadaan di sana, dan banyak lagi.

Rumah kesayangan kami di sini, buat masa ini perancangannya dibiarkan kosong. Sebab takut ditinggalkan lama2, kami telah pasang sistem keselamatan Eh-Dee-Tee, di samping pertolongan pak gad di kawasan ini. InsyaAllah boleh selamat. Parents saya pun tinggal di kawasan yang sama, merekalah yang akan menjaga rumah ini juga.

Oh ye, Enche' B akan pergi ke sana dahulu (bulan September) dan saya akan susuli pada bulan December pula, selepas peperiksaan akhir dan sebelum Boxing Day! Hehe, nak jugak merasa suasana Boxing Day di sana kan? Kalau posting saya lepas ini ada post melepas rindu dendam, layankanlah sahaja yer. Laki akak jauh dek oiii.. =)

p/s : Owh lupa, saya tak bagitau byk orang pun pasal ni. So saya harap awak (the reader) and 6 org yang saya dah bagitau termasuk beautician saya (sebab lepas ni dah tk berfacial lah selama 2 tahun) tak bagitau org lain yer. Hehe, kenapa? Sebab saya rasa tak perlu. (mode : me against the world hehe)

Peristiwa Dua : Kawan jangan sebarang kawan

Mungkin saya ni bukan kawan yang baik, ye ke?

Tapi kalau kawan kita tak hormat dengan masa kita, perlu kah kita kawan dengan dia?

Tapi kalau kawan kita dah berjanji, lepas tu tak tepati, macam mana kita nak percaya dengan kawan kita?

Tapi kalau kawan kita dah memburuk2kan kita, publish di Twitter pasal kononnya kita ni tak dapat terima org seadanya (kenapa kawan kita tu tak dapat terima seadanya yang kita ni suka menjaga masa), siap declare di Twitter (pandangan saya twitter ni bukan idea yang baiklah sebab kita tend to publish benda yang kita rasa pada masa tu tanpa fikir panjang - buruk padahnya) yang dia sudah tak nak kawan dengan kita, perlukah kita berada di sisinya pada waktu susah dan senangnya?

Sudahlah, saya tak perlukan semua itu, lagipun kita ni dah tua. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Fullstop.

Peristiwa Satu : Kembali ke sekolah

Ya.. saya sudah pun menjadi pelajar sepenuh masa di You-Ai-Tee-Am sejak bulan Januari tempoh hari. Mengejar cita2 hendak menghabiskan professional qualification saya yang saya sudah ambil dan (berjanji untuk kommited) dari tahun 2005 lagi.

Macam mana dapat cope dengan surrounding yang rakan2 saya yang rata2 nya muda 10 tahun lebih dari saya? Saya ambil jalan untuk tidak menonjol, anti-social (ye ke? haha) dan blend in. Saya sudah start dress up macam saya muda 10 tahun, tidak mengikuti social scene (contoh Hari Sukan, Hari berkenal-kenalan) sebab saya dah lalui semua itu. Tapi bila saya maksudkan saya anti-social tu tak bermakna saya sombong dengan rakan sekelas. Rapat dengan yang menegur saya je. Fokus saya hanya satu.. ingin habiskan sisa baki papers saya yang saya target untuk habiskan dalam satu tahun.

Baru ni, saya ambil 4 papers sekaligus - aih, tak tahulah. Ingatkan senanglah belajar jika konsetret full time, tapi saya salah. Susah woo.. Rakan2 sekelas pula pandai2, masa saya belajar di YouTeePea pun tak rasa susah macam ni. Rupanya mereka yang join program ni adalah creme de la creme semasa sekolah. Patutlah susah. Saya pula hanya pelajar average di sekolah dan uni. Tapi bagus juga, jadi motivasi pada diri untuk catch up dengan mereka ni.

Kelas akan start balik pada bulan Julai ni, so saya rasa kenalah start early untuk belajar kan? Sebab dah nak buat Options paper yang susah, hopefully insyaAllah saya pass papers yang saya ambil di Fundamental level. Doakan saya yer

Apa khabar mu di sana?

Assalam peeps...

Tak nak give reasons lah kenapa saya dah lama tak berblog. Mungkin saya sudah hilang minat untuk mengetuk papan kekunci (ye ke, keyboard i mean). Tapi disebabkan satu event yang berlaku pada kami laki bini, saya rasa saya perlu mengdokumentasi perjalanan kami supaya adalah catatan yang boleh kami lihat dan gelak pada kemudian hari.

Peristiwa apa yer? Bacalah multiple posts saya yang akan saya post di dalam blog ini. Senang cerita, kami bersyukur pada Yang Maha Esa atas limpahan rezeki yang tak kami sangka-sangka ini.....