Memaparkan catatan dengan label Mengapakah?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengapakah?. Papar semua catatan

20 Januari 2012

Yang Dah Pergi Tak Akan Kembali

Assalam peeps...

Yang Pergi Tak Akan Kembali (YPTAK).. Betul ke? Cerita saya kali ini bakal mengaplikasikan pepatah (ke? simpulan bahasa? Peribahasa? Maaf pakar bahasa, saya tak berapa ingatlah) dengan peristiwa2 yang telah berlaku sepanjang ketiadaan updet di C&B ini...

1) YPTAK Satu
Keputusan peperiksaan @CC@ untuk seating June lepas (2011) telah pun meng'prove' keputusan saya untuk berhenti kerja semata2 untuk belajar sepenuh masa. YPTAK boleh diaplikasikan ke subjek2 yang telah saya repeat banyak kali yang tak payah diambil kembali.(sampai ada lecturer tanya sudah berapa kali ambil paper ini, saya pun tak dapat jawab. Saya jawab, sudah banyak kali mem!) Boleh juga merujuk kepada satu paper yang saya tak lepas, peluang nak perbaiki jawapan untuk seating itu juga tidak sekali2 kembali. Terpaksalah ekau amik next sem.

2) YPTAK Dua
Ingat tak Enche' B saya cakap nak pergi ke Londang, negara omputih tu? Ya, setelah dihantar pergi ke airport beserta linangan air mata sedih sebab akan berjauhan untuk kali pertama ternyata hanya untuk tunjuk-menunjuk sahaja. Enche' B telah pun kembali setelah berada 4 hari di sana, setelah terre naik tube sampai boleh ajar orang naik tube - setelah naik Cruise Sungai yang banyak jambatans (pastu bawak saya ke Melaka cakap Duck Cruise tu lebih kurang macam Cruise di sana - cess!) - selepas berjalan2 di SOHO dengan rakan baik merangkap tuan tanah tak berbayar - selepas naik kapal terbang kelas pertama selama 13 jam (turn saya dah tak boleh nikmati kelas pertama sebab duit tiket saya terpaksa dibahagi 2 dengan dia), Enche' B telah pun kembali ke tanah tumpah darahku. Alasan? Biarlah rahsia ... haha, macam g**p**g (merujuk diri sendiri sebab konon2 nak jadi cam Mek Siti). Perasaan saya, geram sebab makin lambatlah saya ke sana... suka sebab saya tak dapat imagine macam mana saya nak teruskan hari2 tanpa Enche' B menasihat/ membebel/ memarahi/ bergaduh/ untuk dipau/ drive masa jam/ dan banyak lagi... owww..so schwwweeetttt..ihiks! Ini satu contoh yang pergi sudah pun kembali

3) YPTAK 3
Last December habis sudah peperiksaan saya ditempuhi. Jawaban sudah pun ditulis dan disubmit ke UK untuk disemak. Hari2 saya berdoa dan berharap biarlah lepas kesemua papers yang diambil. Sukar tapi tak impossible. Penat tapi sudah dibuat orang. Berbaloi lebih2 lagi kalau lepas semua papers. Wah, boleh berbangga dengan diri sendirilah! Tak payah dah nak compare dan rasa tak best dengan 'kawan2' yang aku sendiri macam dah malas nak jumpa sangat sebab bila jumpa mesti cerita pasal kompeni derang, bosan la macam tak paham inside jokes/ info - kita cerita benda lain boleh? Dah dapat result, terasa nak kerja sebab ... (sila rujuk YPTAK 4)

4) YPTAK 4
Dari 17/12/2011, saya duduk rumah SAHAJA. Best jugak sebab boleh tido meninggi hari, berkawan dan jadik BFF dengan tv sendiri (kenapa tak nak jumpa kawan2? rujuk YPTAK 3) , masak laksa johor dan nasi lemak (setakat hari ini), skandal dengan b@r15t4 Setabak biar boleh dapat karamel lebih..muahahaha. Itu je. Rumah berhabuk, rumput panjang dah sampai kepala lutut, porch rumah kotor sebab dah lama tak bercuci... ish ish ish. Tak tau la kenapalah saya layankan sangat malas ni. Tapi mungkin lepas ni harapan lebih cerah sebab saya dah start updet C&B. Kalau malas takde lah luahan hati pukul 1.30 pagi. Kali ni, masa yang dah terbuang tu tak akan kembali lagi (pandai ekau cakap, buatnye idak!) Oh yer, saya tetiba dah suka Y0g4... WOW.

Oklah, macam dah ngantuk jugak sebab siang tadi tak tido pergi Subang Pered hantar baju raya..wow, awalnya! Cepat you, nanti tak dapat melaram kain beli kat JayKel masa cuti sekolah baru ni, hihhi. Tailors pun dah start open slot nak jahit baju raya... jgn cakap ai tak bagitau yer...

16 Jun 2011

Peristiwa Satu : Kembali ke sekolah

Ya.. saya sudah pun menjadi pelajar sepenuh masa di You-Ai-Tee-Am sejak bulan Januari tempoh hari. Mengejar cita2 hendak menghabiskan professional qualification saya yang saya sudah ambil dan (berjanji untuk kommited) dari tahun 2005 lagi.

Macam mana dapat cope dengan surrounding yang rakan2 saya yang rata2 nya muda 10 tahun lebih dari saya? Saya ambil jalan untuk tidak menonjol, anti-social (ye ke? haha) dan blend in. Saya sudah start dress up macam saya muda 10 tahun, tidak mengikuti social scene (contoh Hari Sukan, Hari berkenal-kenalan) sebab saya dah lalui semua itu. Tapi bila saya maksudkan saya anti-social tu tak bermakna saya sombong dengan rakan sekelas. Rapat dengan yang menegur saya je. Fokus saya hanya satu.. ingin habiskan sisa baki papers saya yang saya target untuk habiskan dalam satu tahun.

Baru ni, saya ambil 4 papers sekaligus - aih, tak tahulah. Ingatkan senanglah belajar jika konsetret full time, tapi saya salah. Susah woo.. Rakan2 sekelas pula pandai2, masa saya belajar di YouTeePea pun tak rasa susah macam ni. Rupanya mereka yang join program ni adalah creme de la creme semasa sekolah. Patutlah susah. Saya pula hanya pelajar average di sekolah dan uni. Tapi bagus juga, jadi motivasi pada diri untuk catch up dengan mereka ni.

Kelas akan start balik pada bulan Julai ni, so saya rasa kenalah start early untuk belajar kan? Sebab dah nak buat Options paper yang susah, hopefully insyaAllah saya pass papers yang saya ambil di Fundamental level. Doakan saya yer

01 Mac 2010

Apasal lemb** sangat Internet kat BeeEnEm ni?

Erm, alasan lah tu. Sambil tu boleh updet blog.

Sekarang saya berada di tingkat lebih 5 di BeeEnEm. Enche' B tgh miting ngan colleaguesnyer. Saya pulak perasan jadik manager. hahah..wadever lah..

So, apa cerita sempena bulan ketiga tahun 2010 nih? (dah 3 bulan dah? lagi 9 jer nak abis tawon dah). Lepas balik umrah tempohari, saya tak jumpa byk org sgt pun (kalau awak jumpa saya dlm masa 2 minggu lepas balik umrah, anda org bertuah!! sila hantar klaim form kat emel ni.. sayabudakbertuah[dot]bertuahnye[dot]com.)Ok, ada unsur kepoyoan di situ.

Saya bersemangat nak bercerita coz kitorg dah sign up untuk buat fertility treatment under EsJayEmSee fertility clinic. Dr Siti cakap semua OK, so dia pun referkan kitorg kat clinic tu. (Chop, saya dah bagitau ke yang saya dah takde endometriosis, dah buat HCG - nurse tu tipu woo cakap tak sakit, aku nangis tak hengat, keputusan HCG fallopian tubeku tidak ada blockage)
Masa gi sana and sign whatever forms, and dinotifykan bahawa sila sediakan at least RM800++ untuk go through observation cycle..SAHAJA, (mental note : kalau baby saya baca entri ni, u jgn degil sangat, we all go through a lot to get u, u know. whatever it is i lurvvee you)

Esok pada pukul 9.30 akan kami pergi ke sana dan bersedia buat tests yang banyak (mungkin). Enche' B tak terkecuali kerana MAYBE bukan saya saja yang ada masalah. Satu criterionnya ialah to make sure the hubby abstained the ejaculation more than 3 days but less than 5 days (kalau buat equation lebih kurang macam ni 5>=x>=3). so dah confirm Enche' B menepati ciri2 itu. Fingers crossed, doakan semua usaha kami ni membuahkan hasil yer..Amin

P/S : Tahun ni kami decide to carry forward aktiviti diving to next year, tapi nak amik something to replace this. Apa saya boleh cakap is, aktiviti ini memang AKAN menggelapkan kulit saya yang mulus ni...blewrrhh (type pun terasa nak muntah..haha)

Okelah, sehingga ketemu lagi pada waktu dan tempat yang sama..tata..titi..tutu..wo ai nee..

27 Julai 2009

Hari Senin yang biru...

Agak gembira bila check baki dalam akaun bank ada duit lebih banyak daripada biasa. Staf di syarikat pembentungan negara dapat duit bonus untuk dibuat raya. Terima Kasih K3m3nt3r1an K3w4ng4n! Saya akan pangkah anda untuk pilihanraya umum seterusnya!!

Jadi bila terasa banyak duit, maka terasalah 'kena' berbelanja lebih (Ya, mama dah bagitau saya ni pantang ada duit, tak sabar2 nak berbelanja.) Tapi, bukankah sudah penat bekerja maka haruslah penat berbelanja...hahah (Okeh, tak boleh pakai punya statement..)

Setelah ditolak bahagian yang ada lebih sikit (untuk simpanan, bagi mama n ayah duit, bayar bil telefon, parking dan segala)..dan ditambah pula dapat tahu yang BeeEnEm dah tak kasi para isteri bekerja keras dan membelasah barang di gym tak ingat dunia, saya pun pergilah ke Phil-lip Wa-in yang berada dekat dengan office saya, untuk chekaut apa yang ada di sana.

Tengok keadaan sekeliling, tak lah se-gah nama2 lain yang ada di dalam industri yang sama.. tapi tarikan utama saya ke sini ialah :
(a) Dekat dengan tempat kerja, bolehlah konon2 pergi semasa lunch time (pastu makan balik during kerja time?) dan time tunggu Enche' B habis kerja atau habis jogging
(b) Ladies Club!! Semua untuk wanita, tak ada lelaki. Bolehlah berb.. opps .. bersenam tak payah control maksud saya.
(c) Sebab dia ada promotion sempena anniversarry 33 tahun.. so dapatlah ekstra benefits. Dengan membayar RM 2,988 (kalau guna V1s4, bayar ansuran 6 bulan, nett yer), saya akan/ boleh (bergantung pada keputusan mutlak, veto, besar dan seangkatan dengannya - akan dijalankan secepat mungkin, tak payah tunggu malam Jumaat) :
- 100% rebate (dapat poins sebanyak 2,988 juga)
- kerana saya masuk through buddy, dapat ekstra 330 poin
- total poin yang saya akan/ boleh (sila rujuk sebab di atas) ialah 3,318. Saya boleh tukarkan poin ini kepada facial, slimming program ataupun massage, ikut saya punya suka. Konsultan tadi cakap, dengan poin ini, saya boleh dapat 17 sesi massage. Seronoootttnnnyyyaaaa....

Selepas ini, perut saya akan/ boleh bertukar bentuk fizikal. Dari (kesukaran memakai jeans):

gambar 'google-able' di sini : http://www.getfitorangecounty.com/

kepada bentuk yang lebih menarik, sihat dan cergas (juga tak dilupakan lengan macam jeli bila melambai2, peha yang kalau boleh menjerit minta dibebaskan dari seluar yang dah tak muat lagi) seperti (feeewweeetttt):


gambar 'google-able' di sini : http://weblogs.newsday.com/

Ditambah lebih 'cantik-menarik-tertarik-kau memang the bomb!' bila berjalan2 bersama anak2 (dalam kes saya pada tarikh ini, dengan anak2 buah la kan)

gambar 'google-able' di sini : http://www.peoplestylewatch.com/

Seronoknya berangan..haih. Saya solat dulu, Enche' B dah habis berjogging.

Tata, titi, tutu..

23 Mac 2009

Saya tak bersihkan rumah minggu lepas

...
Sungguh keji.
Apa punya bini.
Rumah berhabuk tebal seinci.
Nanti laki lari!

...
Sabar
Jangan tuduh kasar
Saya ada penyelesaian besar
Khidmat pembersihan rumah..har har har

...
Macam mana?
Khidmat bersih dan bermakna
arenanation.com adalah websitenya
Harganya boleh tahan juga

...
Aih, penat lah nak pikir idea ala2 pantun. OK, semalam saya dan Enche' B panggil khidmat pembersihan. Penat sangat tak larat nak bersihkan rumah. Badan pun lenguh2, lutut pulak cedera sebab bawak beg berat sambil pakai kasut tumit tinggi 2 1/2 inci. Jalan tak betul pastu 'terpeleot' pulak.

Saya dapat tahu pasal arenanation ni bila saya nampak vannya yang cantik tu lalu masa saya hantar baju untuk di'dry clean' kat dobi Nurkleen. Saya teruja lalu kejar van itu (guna keretalah, kejar guna kaki mahu orang ingat apa pulak yer). Nasib saya baik, van tu berhenti. Saya pun meletakkan kereta belakang van itu dan ambil nombornya. Yang seterusnya adalah sejarah (The rest is history?)

Mula2 kami memilih opsyen seorang maid selama 4 jam. Bayarannya ialah RM 50. (Tapi tak termasuk perkakas2 pembersihan..kalau nak jugak kena bayar ekstra RM 15. Nak guna vakum ekstra RM 50). Tapi orang in charge (namanya Mr Ng) call, tanya boleh tak diorg datang pukul 10.30 sampai 12.30 (2 jam) untuk 2 orang maid? Saya setuju aja, bolehlah buat pengkhususan kerja..Seorg buat tingkat atas, seorg buat tingkat bawah.

Mereka datang on time (diorang pulak tunggu kitorg yg still ada kat tempat cuci kereta..tapi nak habis dah, tinggal polish tayar je). Ada 2 org maid..seorang Rita (tingkat bawah), seorang lagi namanya Wati (tingkat atas). Saya pulak monitor tingkat bawah, Enche' B monitor tingkat atas. Saya ada sediakan senarai kerja (cuci tandas, tukar cadar, sapu lantai, mop, dan sebagainya).

Saya rasa kualiti mereka buat kerja tu... OK lah (6/10). Dapat lebih 5 sebab bersih (tapi ada jugak tak kaver..angkat bag nampak habuk). Tapi dapat kurang 7.5 sebab tak dapat buat byk sangat. Yang sempat mereka buat ialah sapu lantai, mop dan cuci tandas. Rita dapat buat lebih sikit sebab dia basuh sikit bahagian belakang rumah. Wati pun dapat lap almari dan meja (kecuali katil dan almari bilik utama).

Mungkin masa terlalu singkat (tapi Mama sangkal penyataan ini. Bagi dia patut orang2 ni boleh buat lagi banyak). Lagi 2 minggu nak panggil lagi mereka nih, tapi kali ni nak cuba 4 jam pulak. Agaknya boleh tak kaver semua dalam list saya?

Saya dan Enche' B rasa idea ni (panggil orang datang bersihkan rumah) bagus sebab kita tak rasa penat dan kuranglah ruang untuk kami bertekak. Yelah, saya penat suruh Enche' B tolong kemas rumah..saya buat sorang manalah larat. Tapi laki biasalah.. dia tak buat atau buat (ala kadar je, tak buat betul2).

Enche' B bercadang nak buat sebulan sekali tapi saya potong ideanya itu. Saya rasa sekurang2nya 2 kali sebulan. Jadi, saya dah berbincang dengan Enche' B yang dia bayar untuk sekali servis, saya bayar sekali servis.

Nanti saya bagi review lagi untuk 2 maid selama 4 jam. Kalau bagus kita akan teruskan. Kalau tak bagus kita akan cuba carik yang lain. Sesiapa ada nak cadangkan, bolehlah komen, bagitau saya yer.

Sekian, terima kasih

19 Januari 2009

Di awang-awangan bersama Yee Mee dan Mentega

Saya bersendirian pada hujung minggu lepas. Enche' B pergi ke Kuala Kangsar, ada kem bina pasukan (team building) untuk anak-anak itik hoki. Saya tidak mahu rasa untuk ber'kem' di hutan. Almaklumlah, saya kalau pergi mana2 mesti saya periksa keadaan tandasnya. (Jatuh cinta pada rumah pun sebab tandas, iye tak?)hahah.. Tidak payahlah saya terangkan lebih lanjut tentang tandas pula.


Jadi sebagai seorang isteri yang penyayang, saya pun masaklah makanan tengah hari Sabtu lepas. (Resolusi tahun baru harus diikuti!) Saya dapat memasak dengan tenang kerana Enche' B pergi ke Shah Alam untuk mengajar.

Apa yang saya masak? Saya ini gemarkan hidangan bersup ala 'Cina'. Maka, saya telah pun memasakkan untuk Enche' B makanan yang sering saya makan waktu rehat ataupun selepas aktiviti ko-kurikulum selepas sekolah. Makanan itu adalah.......

Yee Mee Bersup

Di sini saya sertakan resepi untuk ingatan diri sendiri ataupun rujukan untuk rakan2 di alam siber maya ini. Boleh diperbaiki lagi.. Saya pun bukannya pandai memasak sangat pun. (Tapi terasa bagus kerana Enche' B menganugerahkan 8 bintang (********) untuk masakan kali ini.

Bahan-bahannya (baca dalam gaya Chef Wan..)
Masakan untuk 2 orang
Secubit ikan bilis (susah hendak terangkan, ambil biar muat2 di hujung kelima2 jari anda)
Sebji Bawang Merah (sederhana) - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
2 ulas bawang putih - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
Bahan2 di atas hendaklah direbus. Rebus lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan lebih aroma, rasa dan bau. Apabila air kurang (akibat proses pengewapan akibat direbus) tambahlah air. Letakkan juga lada sulah, secukup rasa.

Saya terpaksa potong halus2 bawang2 itu kerana rumah saya tidak ada pengisar lagi..heheeh

Sambil menunggu air rebusan ikan bilis itu, bolehlah kita sediakan bahan2 untuk menemani yee mee itu di dalam hidangan kita. Apa yang saya pilih ialah:


1) Udang
2) Ketam Ball
3) Fish ball (saya rasa yang telah digoreng tu lebih sedap untuk dimakan bersama sup)
4) Sotong ball
5) Crab Stick
6) Sawi bunga
7) Daun sup + daun bawang dihiris


Jangan lupa bahan utama dalam masakan ini...

Yee Mee yang boleh didapati di kedai2 berdekatan dengan anda


Setelah siap semua bahan2nya, boleh la kita masukkan ke dalam air rebusan kita tadi. Letak garam, gula, ajinomoto dan lada sulah (semua secukup rasa) ke dalam air rebusan kita.


Oops..lupa. Yee Mee tidak payah diletakkan di dalam air rebusan itu. Letak Yee Mee dalam mangkuk sahaja, air rebusan bercampur bahan2 lain hanya dituangkan di dalam mangkuk itu. Biar air rebusan itu sahaja yang akan melembutkan Yee Mee yang rangup itu.


Siap sudah Yee Mee bersup sebagai makanan tengah hari kami hari itu. Maaflah, lupa pula mengambil gambar hidangan. Tak sempat2 hendak dihabiskan untuk mengejar masa.

Selamat mencuba!
********************************************************************************************
Hari Ahad pula, saya dan jiran tetangga (dalam kereta itu penuh juga 5 org kesemuanya, termasuk saya) pergi ke Istana Budaya untuk menonton persembahan akhir Butterfingers pada tahun 2009.

Bagaimana persembahan mereka?
Saya rasa pada hari Ahad itu adalah masa di mana saya berdiri selama 1 jam setengah yang paling berbaloi (Nota : Kalau kena denda semasa sekolah, sila nyanyi dan bayangkan anda di konsert band kegemaran anda. Pasti anda lupa diri/ waktu/ kena denda..hahah)
Lagu2 yang dipersembahkan adalah daripada album2 lama Inggeris mereka. Saya yang memang tak berapa nak hafal lirik boleh menggeleng2/ anggukkan kan kepala sambil mendengar irama yang sangat menghiburkan jiwa. Sungguh! Saya tak tipu. Ditemani alunan gitar petikan saudara Loque dan Kadaque (sangat hawt, ok!), dengan suara merdu dendangan saudara Emmett (sebab dia inilah persembahan di Istana Budaya diadakan - dia akan berpindah ke Kanada. Isterinya menanti di sana) dan pukulan deram saudara Loko.. Saya bahagia bagaikan di syurga...Berbintang2 boleh saya bagi untuk kumpulan kugiran kegemaran saya ini.

Sempat juga bertemu (saya paksa dia tengok saya) saudara Kadaque menyampaikan salam Enche' B. Saja saya buat begitu supaya dia kena boleh ingat saya. Oh, saya sungguh macam groupie..Saya sebenarnya berniat untuk mengambil gambar dengan seluruh anggota Butterfingers tapi mereka sangat dikerumuni peminat. Memang tidak boleh sempat. Ah, saya memang groupie?

Tidak sabar menunggu dvd yang mengandungi keempat2 persembahan Butterfingers di Istana Budaya. Boleh tunggu sahajalah yer... Ke nak suruh Enche' B dapatkan?ekhekhekhe...

Senarai laman web Butterfingers (ditiru dan ditampal dari laman Facebook mereka) :

http://www.butterfingers.com.my/
http://butterfingerstheband.blogspot.com/
http://www.myspace.com/butterlatethannever
http://amp.channelv.com/amp/viewArtist.html;jsessionid=745171A07A1D8C8BE3599DD30C049F55?id=5757
http://youtube.com/butterfingerstheband
http://www.royalbutterfingers.net/

24 Disember 2008

Kami bertekak berhari-hari

Haih..sebab nak pindah rumah baru, macam2 yang kami perkatakan/ perdebatkan/ perkelahikan (ada ke perkataan ini). Sangat sedih tambah bengang kerana baru nak mulakan hidup baru.. tapi ada acara bertekak pulak setiap hari.

Enche' B kata saya suka membebel!!
Saya kata pada Enche' B dia suka risau benda yang remeh temeh!
Jadi, siapa yang bersalah? Mereka atau keluarga mereka??

Sebenarnya, takde salah sesiapa. Biasalah, peringkat ini semua orang nak meng'adjust' diri memasing kepada satu suasana atau keadaan yang baru..yang asing..yang runsing..

Kesian Enche' B hari ini..dia terpaksa mencuci rumah bersama Kak Wagi dan adik. Itulah saya, ambik banyak sangat cuti belajar (study leave) yang ditolak daripada cuti tahunan hinggalah tinggal satu hari lagi (oh yer, saya akan bercuti 26hb ni, yelah..nak siap2 kan rumah baru). Siapa yang tak seronok kan? Saya hanya boleh menolong Enche' B daripada jarak jauh iaitu memberi dia peringatan (takut ada benda tertinggal), menelepon kerap bertanyakan khabar dan status..iyalah, sokongan moral lah! Saya telah pun menelepon kedai lampu untuk memberitahu bahawa kami akan datang mengambil lampu2 yang telah dipilih pada hari Jumaat ini.

Hari ini, acara yang akan diadakan di rumah baru (tanpa kehadiran saya)...
1 - mencuci rumah
2 - pemasangan barang2 elektrik dari Uncle Panasonic SS15
3 - pemasangan kain langsir dari Kak Nora langsir gorjes (Nombor kontak Kak Nora - 019 2325 095)
4- menelepon Cimalight untuk mengatur temu janji mengambil lampu2 (sudah dilakukan)
5 - Enche' B untuk membeli mangga2 kunci rumah baru
6 - sediakan senarai barang2 untuk dibeli dari IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain.
7 - Hari Jadi Saya hari ni...

Esok pula :
1 - Kosongkan almari yang dipakai sekarang untuk baju2 digantung di dalam almari besar rumah baru
2 - pencucian rumah kali kedua (mama kata rumah baru sangat berhabuk, jadi harus untuk dicuci/ dimop berkali2)
3 - pergi ke IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain untuk mendapatkan barang2 yang telah disenaraikan
4 - pernikahan kawan 'kechil' saya di Bukit Jelutong (tidak ada kena mengena dengan penghijrahan ke rumah baru, tapi kena hadir!)

Lusa pula :
1 - masukkan kelengkapan di dalam bilik sekarang ke dalam rumah baru (TV, gerobok, kasut2, baju2 dan banyak lagi)
2- pencucian rumah kali ketiga
3 - pemasangan lampu
4 - perabot rumah sampai
5 - kontraktor datang untuk melihat paip tersumbat di bilik mandi bilik utama
6 - Shafiq kayu jati mengangkat katil, almari jati dari rumah mama ke rumah baru
7 - Ayah dan Enche' B membaca surah Al-Baqarah..sebagai pendinding rumah baru (minta dijauhi daripada benda2 yang tidak elok)

Tulat pula :
1- pencucian rumah kali keempat
2 - (mungkin hari ini kami tidur di rumah baru)
3 - perjumpaan dengan Doktor Rasliza untuk membuat prosedur 'follow up' untuk operasi kecil saya April lalu (kena jumpa..hari ke-8 menstruasi)
4 - resepsi hotel kawan 'kechil' saya di Shah Alam

Hari selepas tulat pula :
1 - Hari ini hari jadi Enche' B pula (yer, kami berkongsi bulan jadi)
2 - Pergi ke rumah Angah untuk mengambil kereta Wira 'Turbo' Enche' B
3- Pergi ke rumah Ibu Mertua untuk mengumpul barang2 hadiah perkahwinan dan juga barang2 Enche' B yang telah pun diasingkan ke tempat lain (kesian barang2 Enche' B kan?)
4 - Kenduri rumah Kak Aida (kena hadir!)\
5 - Acara makan beramai2 di rumah kawan 'tinggi' saya di Keramat.

Wahhh... Banyak sungguh aturcara minggu ini. Mesti penat kan? Tidak mengapalah, bak kata orang-orang tua : "Bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian." Tidak begitu?
Tapi saya harap saya tidak akan memaksa Enche' B untuk melakukan semua yang tercatit di atas (memang buat bersama2, tapi mungkin terlalu sibuk sehingga terpaksa menolak ke tepi perkara-perkara yang kurang penting). Saya tidak mahu menjadi 'pushy'..heheh

Kepada semua, harap faham situasi 'tidak henti-henti' kami minggu ini, ya...
Penghangatan rumah masih dalam perancangan..takut2 mungkin akan dipinda ikut kekosongan tukang masak dan juga kepenatan tuan rumah yer. Tarikh yang telah diberitahu bukan muktakhir..tapi tunggu ya! Saya pasti akan meng'update' tarikh itu seawal yang mungkin!!