19 Januari 2009

Di awang-awangan bersama Yee Mee dan Mentega

Saya bersendirian pada hujung minggu lepas. Enche' B pergi ke Kuala Kangsar, ada kem bina pasukan (team building) untuk anak-anak itik hoki. Saya tidak mahu rasa untuk ber'kem' di hutan. Almaklumlah, saya kalau pergi mana2 mesti saya periksa keadaan tandasnya. (Jatuh cinta pada rumah pun sebab tandas, iye tak?)hahah.. Tidak payahlah saya terangkan lebih lanjut tentang tandas pula.


Jadi sebagai seorang isteri yang penyayang, saya pun masaklah makanan tengah hari Sabtu lepas. (Resolusi tahun baru harus diikuti!) Saya dapat memasak dengan tenang kerana Enche' B pergi ke Shah Alam untuk mengajar.

Apa yang saya masak? Saya ini gemarkan hidangan bersup ala 'Cina'. Maka, saya telah pun memasakkan untuk Enche' B makanan yang sering saya makan waktu rehat ataupun selepas aktiviti ko-kurikulum selepas sekolah. Makanan itu adalah.......

Yee Mee Bersup

Di sini saya sertakan resepi untuk ingatan diri sendiri ataupun rujukan untuk rakan2 di alam siber maya ini. Boleh diperbaiki lagi.. Saya pun bukannya pandai memasak sangat pun. (Tapi terasa bagus kerana Enche' B menganugerahkan 8 bintang (********) untuk masakan kali ini.

Bahan-bahannya (baca dalam gaya Chef Wan..)
Masakan untuk 2 orang
Secubit ikan bilis (susah hendak terangkan, ambil biar muat2 di hujung kelima2 jari anda)
Sebji Bawang Merah (sederhana) - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
2 ulas bawang putih - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
Bahan2 di atas hendaklah direbus. Rebus lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan lebih aroma, rasa dan bau. Apabila air kurang (akibat proses pengewapan akibat direbus) tambahlah air. Letakkan juga lada sulah, secukup rasa.

Saya terpaksa potong halus2 bawang2 itu kerana rumah saya tidak ada pengisar lagi..heheeh

Sambil menunggu air rebusan ikan bilis itu, bolehlah kita sediakan bahan2 untuk menemani yee mee itu di dalam hidangan kita. Apa yang saya pilih ialah:


1) Udang
2) Ketam Ball
3) Fish ball (saya rasa yang telah digoreng tu lebih sedap untuk dimakan bersama sup)
4) Sotong ball
5) Crab Stick
6) Sawi bunga
7) Daun sup + daun bawang dihiris


Jangan lupa bahan utama dalam masakan ini...

Yee Mee yang boleh didapati di kedai2 berdekatan dengan anda


Setelah siap semua bahan2nya, boleh la kita masukkan ke dalam air rebusan kita tadi. Letak garam, gula, ajinomoto dan lada sulah (semua secukup rasa) ke dalam air rebusan kita.


Oops..lupa. Yee Mee tidak payah diletakkan di dalam air rebusan itu. Letak Yee Mee dalam mangkuk sahaja, air rebusan bercampur bahan2 lain hanya dituangkan di dalam mangkuk itu. Biar air rebusan itu sahaja yang akan melembutkan Yee Mee yang rangup itu.


Siap sudah Yee Mee bersup sebagai makanan tengah hari kami hari itu. Maaflah, lupa pula mengambil gambar hidangan. Tak sempat2 hendak dihabiskan untuk mengejar masa.

Selamat mencuba!
********************************************************************************************
Hari Ahad pula, saya dan jiran tetangga (dalam kereta itu penuh juga 5 org kesemuanya, termasuk saya) pergi ke Istana Budaya untuk menonton persembahan akhir Butterfingers pada tahun 2009.

Bagaimana persembahan mereka?
Saya rasa pada hari Ahad itu adalah masa di mana saya berdiri selama 1 jam setengah yang paling berbaloi (Nota : Kalau kena denda semasa sekolah, sila nyanyi dan bayangkan anda di konsert band kegemaran anda. Pasti anda lupa diri/ waktu/ kena denda..hahah)
Lagu2 yang dipersembahkan adalah daripada album2 lama Inggeris mereka. Saya yang memang tak berapa nak hafal lirik boleh menggeleng2/ anggukkan kan kepala sambil mendengar irama yang sangat menghiburkan jiwa. Sungguh! Saya tak tipu. Ditemani alunan gitar petikan saudara Loque dan Kadaque (sangat hawt, ok!), dengan suara merdu dendangan saudara Emmett (sebab dia inilah persembahan di Istana Budaya diadakan - dia akan berpindah ke Kanada. Isterinya menanti di sana) dan pukulan deram saudara Loko.. Saya bahagia bagaikan di syurga...Berbintang2 boleh saya bagi untuk kumpulan kugiran kegemaran saya ini.

Sempat juga bertemu (saya paksa dia tengok saya) saudara Kadaque menyampaikan salam Enche' B. Saja saya buat begitu supaya dia kena boleh ingat saya. Oh, saya sungguh macam groupie..Saya sebenarnya berniat untuk mengambil gambar dengan seluruh anggota Butterfingers tapi mereka sangat dikerumuni peminat. Memang tidak boleh sempat. Ah, saya memang groupie?

Tidak sabar menunggu dvd yang mengandungi keempat2 persembahan Butterfingers di Istana Budaya. Boleh tunggu sahajalah yer... Ke nak suruh Enche' B dapatkan?ekhekhekhe...

Senarai laman web Butterfingers (ditiru dan ditampal dari laman Facebook mereka) :

http://www.butterfingers.com.my/
http://butterfingerstheband.blogspot.com/
http://www.myspace.com/butterlatethannever
http://amp.channelv.com/amp/viewArtist.html;jsessionid=745171A07A1D8C8BE3599DD30C049F55?id=5757
http://youtube.com/butterfingerstheband
http://www.royalbutterfingers.net/

Tiada ulasan: