06 Januari 2009

Azam Tahun Baru


Entri kali ini adalah gabungan beberapa peristiwa yang telah berlaku dari minggu2 terakhir 2008 sehinggalah hari ini. Kejadian2 yang berlaku pada tempoh yang disebutkan membuatkan saya berfikir dan menetapkan perkara2 penting yang perlu saya utamakan untuk 359 hari2 yang akan datang :


(1) Nek Ngah meninggal dunia


Gambar semasa Raya 2008. Sakit tetapi tetap melayan tetamu yang datang. Alfatihah untuk Nek Ngah.


Emak (mertua) menelepon Enche' B pagi tadi untuk memberitahu Nek Ngah meninggal dunia. Agak terkejut kerana ketika itu saya tengah bersiap2 untuk ke ofis (sambil terfikir bagaimanakah keadaan Nek Ngah?). Tiba2 dapat pula berita sedih itu. Malam ini kami akan ke Klang untuk tahlil Nek Ngah. Saya suka Nek Ngah kerana dia(allahyarhamah) mengingatkan saya dengan makcik2/ nenek2 sedara di Singapura. Serupa betul keramahan mereka. Mungkin kerana itu adalah ciri2 biasa seorang makcik2/ nenek2 keturunan Jawa.

Penambahan : Sudah pun pergi ke tahlil Nek Ngah malam semalam (6hb Jan 2009) tapi sampai selepas habis tahlil. (Maaflah, Klang dan Cheras terlalu jauh. Balik pula ke rumah sebentar untuk makan dan mandi, bertukar baju sesuai untuk majlis tahlil.) Tok Ngah sangat sedih ketika Enche' B 'menemuramah' Tok Ngah. Tok Ngah dan Nek Ngah biasa berdua. Menitiskan air mata ketika bercerita keadaannya terpaksa tidur seorang, terbayang2 Nek Ngah. Saya turut menitiskan air mata (pada ketika itu dan ketika menaip penambahan entri ini. Sedih sangat lah!)


AZAM TAHUN BARU :

(a) Saya hendak (mesti) lebih menghormati & menyayangi ibu bapa & (mertua). Bayangkan mereka pergi, tidak sempat pula menunjukkan kasih sayang kita.. Alangkah sayangnya....

(2) Masuk rumah baru

Tak payah lah saya menerangkan tentang perkara ini panjang lebar. (Untuk lebih keterangan lanjut, sila rujuk entri2 sebelum ini)

AZAM TAHUN BARU :

(a) Saya hendak (mesti) menjaga pakai/ minum Enche' B (bukan susah pun.. goreng telur dan ada ayam dah cukup bagus. Enche' B tidak memakan daunan / sayuran hijau...hehehe.) Tetapi setakat ini saya tidaklah sekejam itu. Dia makan apa saya masak. Saya masak untuk saya makan. Bab makanan, saya sangat cerewet. Jadi, patut tahulah yang Enche' B tidak makan telur goreng dan ayam sahaja..

(b) Saya hendak memanfaatkan ruang dapur yang sedia ada di rumah ini. Mungkin masak seminggu sekali (Ini mengecualikan aktiviti memanaskan lauk pauk dan juga menggoreng makanan segera).

3) Penghangatan rumah

Majlis berlangsung dengan agak lancar.. kecuali pada awal tengah hari, hujan lebat di kawasan rumah kami (juga sekitar Lembah Kelang) menyebabkan ramai tetamu datang agak lewat. Kami pada mulanya mengasingkan tetamu (pukul 1- 3 ptg untuk saudara mara dan jiran tetangga; pukul 3-5 ptg untuk rakan taulan, teman sepejabat dan yang seangkatan dengannya). Tetapi disebabkan ramai yang tergolong dalam kategori 1-3 ptg yang datang agak lewat. Jadi ada suatu ketika rumah kami bagaikan tempat 'pesta' (chewah!). Sehinggakan kawan baik dan rapat saya terkejut dengan keramaian orang di rumah kami. (sebab saya beritahu tidak ramai org).

Untuk gambar2, sila rujuk laman Facebook saya. Jika diupdate di blog, tak dapat pula saya 'tag' orang2 yang datang. (tapi ketika ini, belum lagi diuploadkan ke Facebook. Hari ini lupalah untuk membawa kamera..hehe)

Saya dan Enche' B gembira kerana ramai jemputan datang. Tapi ada juga yang tidak, menyebabkan saya tertanya2. Mungkin, bak kata teman sepejabat, saya tidak sms atau menelefon kawan2 untuk datang ke penghangatan rumah. Setakat mengajak melalui aplikasi 'Invite' Facebook. Seperti tidak mengajak bersungguh2.

Saya ingin memohon maaf kepada kawan2 yang mungkin terasa kerana saya seperti 'ajak2 ayam' sahaja. Itulah, komunikasi ini amat penting untuk apa2 jua tujuan kita. Saya rasa skil komunikasi saya agak lemah antara kawan2 sehingga ada yang terasa, marah dan menyampah. Balas sms pun lambat, dengar suara melalui telefon pun susah...Baiklah..azam yang seterusnya -

AZAM TAHUN BARU :

(a) Komunikasi dengan lebih baik dengan kawan2. (Pendek tapi padat dan dalam maksudnya)

Azam2 yang lain yang tidak kurang pentingnya tetapi tidak tahu untuk dikaitkan dengan peristiwa apa :

(a) Menghabiskan sekurang2nya 3 kertas (maksud : Tidak GAGAL) untuk peperiksaan profesional saya. Habis 3 kertas, tinggal lagi 5.

(b) Kuruskan badan? Hahah... (tak tahu nak tambah apa dengan penyataan ini)

(c) Naik pangkat! (Tapi bukan gila kuasa!)

(d) Pergi Java Jazz Festival tahun ini (Hint!Hint!)

(e) Sembahyang tidak tinggal 5 waktu

Itu sahaja yang saya terfikir waktu ini. Semoga Berjaya!!

Tiada ulasan: