16 Jun 2011
Apa khabar mu di sana?
Tak nak give reasons lah kenapa saya dah lama tak berblog. Mungkin saya sudah hilang minat untuk mengetuk papan kekunci (ye ke, keyboard i mean). Tapi disebabkan satu event yang berlaku pada kami laki bini, saya rasa saya perlu mengdokumentasi perjalanan kami supaya adalah catatan yang boleh kami lihat dan gelak pada kemudian hari.
Peristiwa apa yer? Bacalah multiple posts saya yang akan saya post di dalam blog ini. Senang cerita, kami bersyukur pada Yang Maha Esa atas limpahan rezeki yang tak kami sangka-sangka ini.....
22 Mac 2010
From Kluang with Love
Chaaaannnnttteeeekkkkk tak?
04 Mac 2010
Rawatan Kesuburan 1
Wokeh, so naik atas tingkat 4 terus gi Klinik Kesuburan. Rupanya kena register jugak. Ingatkan coz lain frm hospital maka takyah register.
Lepas register, that lady bagitaulah apa benda yang dia nak buat hari ni. Check darah (RM 65) dan 4 fertility tests untuk saya (each harga RM 44.50). Campur admin cost lagik dan lain2, saya punya dah mencecah RM 383. Enche' B pulak RM 65 coz dia buat check darah je. Ingatkan nak buat sperm test tapi the embryologist (betui ka?) on EL. Kami akan ke EsJayEmSee esok untuk menderma sperms (ops, bukan kami tapi Enche' B..hihi)
Masa amik darah tu sudah tentulah saya tak tgk macam mana dia buat coz saya ni takut. Sejuk jugak lah tangan saya masa dicucuk. Tapi tak sakit sangat. Masa turn Enche' B, saya nak menyebok tengok (org lain punya boleh tgk coz bukan saya yang rasa sakit, except scene bedah2 kat tv, itu sumpah takut). Agak kewl jugak cara derang amik darah. Mungkin dengan technology advancement (hence tak sakit) dan sebab hari2 pun amik darah org. Kagum!
Bila nak balik tu, macam confuse sebab derang suruh kitorg datang balik untuk menderma sperma (diulangi bukan saya). Enche' B sangat ke'bz'an, susah jugak nak dtg EsJayEmSee. Then derang pun kasi lah tabung derma bertutup merah (macam bekas yang korang pee masa nak kasi air kencing, cuma kaver dia kaler merah). Tapi, ada syarat... yaitu harus sampai hospital selewat2nya 40 minit selepas 'upacara' menderma. Har har, rasa sangat kelam kabut rasanya esok kitorg akan datang derma kat hospital. Kereta saya bukan kereta Knight Rider.
Hari ni excited nak gi gym. Enche' B dah sound, saya ada lebih kurang 9 bulan lagi untuk menggunakan kemudahan di sana. Kena kurus betullah, rugi bayar bulan2.
Owh, saya gagal dalam peperiksaan. Tapi kali ni nak amik 2 paper pulak. Tengok camne. Kelas saya tiap2 hari Jumaat. Nasib baik tak clash ngan Glee..hihi
12 Januari 2010
Lambaian Kaabah
They asked me whether am I ready? I am feeling 50-50 coz I don't know what is expected there, but a close friend of mine said I should be going there with an open heart. Am I feeling that way? Yes, Definitely.
Tapi lepas tu tanya so engkau dah hafal niat semua bacaan apa2 yang patut untuk tunaikan Umrah? Err, not really. Am planning to aminkan whatever Enche' B doa..boleh tak? But to make me feel good, I told them that I have just started to google through the doa2, bacaan2 semasa Umrah (oh yes, sarcastic remarks were passed - I know them very well so none were taken).
"Engkau kan suka buat last minute"
"Aah, betul. But this is not a last minute thingy coz at least I started. Kalau last minute, maybe midnight ni baru start as my flight leaves around noon tomorrow"
I've told ya, untuk sedapkan hati saya jer..hihi
Since dah upgred phone sumer, so saya akan kopy dan pes di blog ni untuk peringatan pada saya dan rujukan untuk yang lain....
Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah
21 Mei 2009
Antara Buku dan Fulus Mania..

Gambar diambil dari kelas guna telefon bimbit
Saya nak cerita kali ni bukan sebab saya dapat masuk pertunjukan permainan (game show) atau saya nak compare sapa lagi banyak baca buku cerita 'kalau-kau-kurang-baca-kau-tak-pandai-sangatlah' (elleh, ada org tu kalau dah pandai tak baca sangat pun boleh pass exam jer) tapi nak luahkan delima ..opps dilema yang melanda, tergolak jiwa dan perasaan saya sekarang ini.
Saya ni sangat2lah bercita2 tinggi untuk menamatkan pengajian peperiksaan profesional @CC@ saya ni. Tapi banyak sangat repeat sebab saya malas dan perasan pandai. Kali ni, saya rajinkan diri hadir ke kelas, buat nota kecil di kertas A4 dipotong dua dan buku 555, buat latihan - cecece banyak sangatlah tu - saya rasa saya boleh buat sebenarnya. Hanya kena usaha lebih sikit, kurangkan masa berlibur, hadirkan diri ke kelas, buat ...(sila rujuk ayat terdahulu). Lagipun, mama dan ayah nasihatkan kalau tak pass jugak peperiksaan tak payahlah teruskan lagi. Ambik Masters insya Allah boleh pass.
Tapi saya tak setuju nak buat Masters sangat sebab saya ni kan graduan IT, tapi kerja dalam bidang bukan IT, maka apa lagilah yang ada untuk saya pertaruhkan di dalam medan temuduga kalau bukan @CCa ini. Dapat kerja di sini pun sebab boss saya pun ahli @CC@ juga. Ya, saya harus habiskan 8 kertas lagi. Saya nak jugak, tak kira (ok, sebenarnya saya pun dah set kalau saya gagal jugak maknanya saya ni tak berapa pandai nak teruskan. Maka terus ke Plan B).
Bila dah belajar, terasa seronok pulak. Terasa wow, ni dah boleh jawab soalan Single Kompeni, kalau saya ada lebih masa mungkin saya boleh terre dalam Konsolidasi pula. Maka saya ujurkan idea ke Enche' B yang saya ingin belajar sepenuh masa.
Enche' B tak berapa setuju dengan idea saya. Dia cakap saya terpaksa korbankan banyak perbelanjaan 'harus' saya seperti bag tangan dan juga kasut dan juga makan sedap2 (oh ya, awak patut cuba piza di Yellow Cab.Sangat sedap, OK! Saya dah makan dengan Enche' B semalam). Saya cakap saya sanggup. Kemudia Enche' B bagitau yang nanti dia kena bayarkan perbelanjaan/ pembayaran tetap bulanan saya, termasuk juga belanja makan minum minyak saya nanti. Agak banyak juga. Sebab tulah saya cuba carik bantuan tambahan yang boleh menampung perbelanjaan sehari-harian. Antaranya ialah Pinjaman M@R@.
Dalam diskusi lagi untuk tentukan apa yang saya akan buat. Antara opsyennya ialah tukar kerja (mungkin saya terasa kerja tak best sebab tu saya nak belajar sangat) ataupun belajar part time (macam apa yang sedang saya buat sekarang, tapi belajar di Kolej yang lebih unggul dan mahal) ataupun ultimet gol saya sekarang ini iaitu belajar sepenuh masa.
Bayangkan saya dapat habiskan peperiksaan profesional ini, saya dapat apply tempat kerja yang lebih bagus dengan jawatan dan fulus yang lebih masyuk. Kalau nak harapkan apa yang saya ada sekarang, macam tak terrer sangatlah. Masa ni jugaklah saya boleh buktikan pada ibu bapa saya yang saya boleh belajar dengan cemerlang (dulu ibu bapa saya target saya dapat 1st class).
Sekarang ni saya cuba carik2 bila masa yang sesuai untuk masuk intek baru, macam mana nak apply bantuan kewangan untuk pembelajaran, dan apa2 yang relevan untuk belajar sepenuh masa.
Jawapan saya untuk soalan di atas ialah BUKU...
ps: Tetiba terasa semangat nak mem'blog' sebab ada org komen..ekheke.. saya tau sapa anda..
27 Februari 2009
Oh Nakalnya si Pencuri Masa
Mari saya cerita tentang mana saya tinggal sekarang. Saya tinggal di Bdr Baru Uda, lebih kurang 5 minit masa memandu dari rumah ke cawangan ini. Ini rumah makcik saya (belah Enche' B). Sambutan yang saya dapat..sungguh hangat (warm), baik di rumah ataupun di cawangan. Di rumah, saya 'diwajibkan' tambah nasi kalau tidak makcik & pakcik saya paksa sampai saya dah tak berdaya. Jadi, trik saya adalah mengambil nasi yang amat sedikit, pada kali pertama ... dan tambah untuk kali kedua pun sikit juga. Keputusannya.. nasi yang dimakan adalah sama saja dengan pengambilan biasa...(Bangga ke?Budak kecik pun boleh pikir..haiyo...) Cucu mereka pula...saya sangat gemarkan menyakat budak lelaki 2 tahun itu..Mula2 saya takut juga sebab dia mencebik lalu nangis. Tapi bila dilepaskan sudah senyum dan gelak2 (muka macam puas,yeay..sudah berjaya perdayakan makcik garang!!) Sekarang, bila dia buat muka nak nangis saya buat tak reti saja. Saya suka sebab bila budak kecil ini nakal, sebut nama saya dia terus 'behave'.. (Lagi nak bangga ke? Habislah engkau budak kecik dah tak suka dah lepas ni...)
Saya rasa kena cerita pasal anjing belakang rumah mereka. Bilik saya terletak di tingkat atas, di bahagian belakang rumah. Saya sedar, bila budak2 sekolah balik, mesti anjing tu tak reti duduk diam dan menyalak sekuat2 hatinya. Lepas tu saya siasat satu hari, rupanya budak2 sekolah tu suka kacau2 dia.. memang la anjing ni tak suka. Bila tuan punya anjing marah budak2 sekolah, dibalas pula dengan perkataan2 yang tak baik. Macam mana Malaysia hendak hidup muhibah? Saya rasa saya perlu buat sesuatu... Kebetulan saya balik lambat hari tu, budak2 sekolah dah balik dan saya pun letak kereta di belakang rumah (Oh ya, pakcik & makcik ada buat ekstensi di rumah mereka biar ada tempat letak kereta di belakang rumah). Saya tengah kemas barang2 dalam kereta tiba2 anjing itu (Saya panggil dia Snowy lah sebab bulu dia sangat putih dan bersih) menyalak2. Saya tengok dari cermin tepi kereta, dan kedengaran budak2 sekolah mengacau Snowy. Saya dengan muka garang (sambil cekak pinggang, ok!) keluar dan tenung budak2 itu. Terdiam mereka (ingat kau pakai songkok aku tak boleh marah?) lalu beredar dari kawasan kejadian. Harap2 mereka tak calarkan kereta saya lepas ini. Haih...
Enche' B akan turun jumpa saya (kesian dia terpaksa naik bas..takpa..nanti ada habuannya..hahah) ewww.. maaf terlepas pula. tak kaver langsung. Saya pun tengah menghitung hari nak ke Festival Jazz Jawa...lagi seminggu saja lagi...
Tambahan : Lupa pulak nak bagitau komen lapuk..dah tengok Gusti Putri...saya dan Enche' B rasa tak best sangat lah. Mungkin sebab kita dua tak suka tengok org nyanyi (lagi panjang dari berlakon) sangat. Kedua2 akitiviti ini tak boleh dicampurkanlah..saya punya personal pendapat saja...Tapi suka part Sultan Mahmud saja..boleh kan?
02 Disember 2008
Di mana untuk membeli bag tangan secara online?
Enche' B juga sangat setuju, kadangkala menyokong point2 saya ketika saya bercerita dengan penuh emosi kepada mereka kawan2, kenalan dan juga saudara-mara. Enche' B pasti menyokong saya apabila saya berjaya mengurangkan perbelanjaan saya, secara tidak langsung pasti mengurangkan pengeluaran wang dari titik peluhnya...hehe
Saya persembahkan website2 yang anda semua boleh lawat untuk membeli/ mencuci mata/ tenangkan fikiran:
a) http://scentsnsecrets.blogspot.com/ (saya kenal Ana. Banyak juga membeli dari dia)
b) http://afbutik.blogspot.com/ (NekRock yang sangat cool!)
c) http://blog.whoosh2.com/ (Ini pun banyak juga. Bag Coach pertama saya dibeli darinya)
d) http://del14.blogspot.com/ (Kakak senior di sekolah saya. Tak pasti dia kenal saya atau tidak)
e) http://muyasecret.com/ (Pet-sis saya..hehe)
f) http://handbagsandmore.blogspot.com/
g) http://shoppingwithlily.fotopages.com/
h) http://broughtwithlove.blogspot.com/ (Saya banyak geramkan barang2 di sini..)
i) http://nicebargain.blogspot.com/ (Banyak barang2 Baby Phat)
j) http://fleurdelisbags.blogspot.com/
k) http://catsrepublic.blogspot.com/ (Ada kasut gerek2)
l) http://girlslilluxuries.blogspot.com/
m) http://mylilshoppe.blogspot.com/
n) http://bagsoflove.blogspot.com/
o) http://emayusli.blogdrive.com/
p) http://coachnmuchmore.blogspot.com/
q) http://sugarnation.blogspot.com/
r) http://styleexchange.blogspot.com/ (Pilihan dan peluang untuk ternganga dan "gaga" lebih luas)
s) http://theorkid.blogspot.com/
t) http://thecrazycoach.blogspot.com/
u) http://bags-limited.blogspot.com/
Kebanyakan (saya rasa kesemuanya!) ada links untuk membeli bag tangan Coach semestinya. Di bawah ini pula ada menawarkan bag Louis Vuitton... (sambil berangan2, bila agaknya giliran saya...Speedy 30 pun cukuplah) :
a) http://everyonedeservefinerthingsinlife.blogspot.com/
b) http://www.authenticdesignershandbags.blogspot.com/ (Gucci, Fendi & Dior pun ada)
c) http://wiffy-salesblog.blogspot.com/
Tudung2 (Tie Rack antaranya) tidak dilupakan...
a) http://nice2haveit.blogspot.com/
b) http://the-indulge.blogspot.com/
c) http://lovelyaustere.blogspot.com/
Lain2 (mungkin baju, untuk anda, si kecil)
a) http://www.miaandmika.com/blog/
b) http://pinkgincu.blogspot.com/
c) http://www.sara.my/ (Jaminan untuk wang anda. Saya kenal sangat dia ni..hehe)
Selamat melayari kesemua website2 ini.
