Ya..saya (memang nak) terpaksa mencuri masa untuk meng'update' ruangan ini.. Masa saya tak terlalu panjang (saja carik alasan sebab org cawangan ini balik pukul 5, bukan mmg kena buat keje ke?) untuk menaip entri ini. Banyak idea yang saya dapat (terutama semasa saya 'termenung'..haha). Saya macam, wow.. bestnyer..(syok sendiri lagi).
Mari saya cerita tentang mana saya tinggal sekarang. Saya tinggal di Bdr Baru Uda, lebih kurang 5 minit masa memandu dari rumah ke cawangan ini. Ini rumah makcik saya (belah Enche' B). Sambutan yang saya dapat..sungguh hangat (warm), baik di rumah ataupun di cawangan. Di rumah, saya 'diwajibkan' tambah nasi kalau tidak makcik & pakcik saya paksa sampai saya dah tak berdaya. Jadi, trik saya adalah mengambil nasi yang amat sedikit, pada kali pertama ... dan tambah untuk kali kedua pun sikit juga. Keputusannya.. nasi yang dimakan adalah sama saja dengan pengambilan biasa...(Bangga ke?Budak kecik pun boleh pikir..haiyo...) Cucu mereka pula...saya sangat gemarkan menyakat budak lelaki 2 tahun itu..Mula2 saya takut juga sebab dia mencebik lalu nangis. Tapi bila dilepaskan sudah senyum dan gelak2 (muka macam puas,yeay..sudah berjaya perdayakan makcik garang!!) Sekarang, bila dia buat muka nak nangis saya buat tak reti saja. Saya suka sebab bila budak kecil ini nakal, sebut nama saya dia terus 'behave'.. (Lagi nak bangga ke? Habislah engkau budak kecik dah tak suka dah lepas ni...)
Saya rasa kena cerita pasal anjing belakang rumah mereka. Bilik saya terletak di tingkat atas, di bahagian belakang rumah. Saya sedar, bila budak2 sekolah balik, mesti anjing tu tak reti duduk diam dan menyalak sekuat2 hatinya. Lepas tu saya siasat satu hari, rupanya budak2 sekolah tu suka kacau2 dia.. memang la anjing ni tak suka. Bila tuan punya anjing marah budak2 sekolah, dibalas pula dengan perkataan2 yang tak baik. Macam mana Malaysia hendak hidup muhibah? Saya rasa saya perlu buat sesuatu... Kebetulan saya balik lambat hari tu, budak2 sekolah dah balik dan saya pun letak kereta di belakang rumah (Oh ya, pakcik & makcik ada buat ekstensi di rumah mereka biar ada tempat letak kereta di belakang rumah). Saya tengah kemas barang2 dalam kereta tiba2 anjing itu (Saya panggil dia Snowy lah sebab bulu dia sangat putih dan bersih) menyalak2. Saya tengok dari cermin tepi kereta, dan kedengaran budak2 sekolah mengacau Snowy. Saya dengan muka garang (sambil cekak pinggang, ok!) keluar dan tenung budak2 itu. Terdiam mereka (ingat kau pakai songkok aku tak boleh marah?) lalu beredar dari kawasan kejadian. Harap2 mereka tak calarkan kereta saya lepas ini. Haih...
Enche' B akan turun jumpa saya (kesian dia terpaksa naik bas..takpa..nanti ada habuannya..hahah) ewww.. maaf terlepas pula. tak kaver langsung. Saya pun tengah menghitung hari nak ke Festival Jazz Jawa...lagi seminggu saja lagi...
Tambahan : Lupa pulak nak bagitau komen lapuk..dah tengok Gusti Putri...saya dan Enche' B rasa tak best sangat lah. Mungkin sebab kita dua tak suka tengok org nyanyi (lagi panjang dari berlakon) sangat. Kedua2 akitiviti ini tak boleh dicampurkanlah..saya punya personal pendapat saja...Tapi suka part Sultan Mahmud saja..boleh kan?
Why I English
Sebulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan