Sedang saya mengunyah salad taman (garden salad), ditambah dengan coleslaw dan diselang selikan dengan macaroni n cheese (ckp nak diet, kenapa kau makan mac n cheese dak demook??) saya tak dapat makan dengan tenang. (macam mana nak tenang?bukan kau makan sambil menaip ke?) oh gila..saya sudah gila... (ckp seorang diri memang lah kau tempah nama nak masuk list orang kat Tanjung Rambutan..)
Tahukah anda...
Saya baru balik dari audit seorang diri dari JB. (mungkin saya sudah nyatakan di dalam entri sebelum ini). Saya berasa sangat penat. Sekarang di dah sampai tahap Malaslah-aku-nak-buat-report-asyik-tengok-benda-ni-updet-blog-atau-tengok-facebook-lagi-best!! Saya ada berhenti buat kerja sekejap pastu pergi nongkrong dekat Jakarta tengok Java Jazz yang best pastu sambung pergi JB pukul 11 sampai JB pukul 2 pagi. Hebat bukan?Bukan hebat, tapi penat. Tapi nasib baik Enche' B sangat memahami.. Lagilah banyak 'hadiah' saya bagi...hehehe..kan Enche' B? (cukup..semua orang tak nak tau)
Tahukah anda...
Java Jazz tu sangat best! Mungkin sebab ini adalah pengalaman pertama? Atau sebab persembahan mereka kelas dunia? Anda pilihlah tapi saya pilih dua2. Enche' B yang sebelum ini hanya rasa lagu Jazz ni lagu tido sudah berubah fikiran. Dia yang cadangkan kita pergi lagi...5 tahun lagilah (Java Jazz tiap2 tahun ada!) Siap nak bawak anak lagi. Saya setuju dan kena tambah aktiviti buat anak dalam kalendar saya dengan lebih kerap lagi..muahahaha... (cukuplah, orang lain tanak tahu pasal kau cerita lagi budak bertuah!)Antara persembahan yang kami tengok.. Brian McKnight, Quasimode, Jason Mraz, Matt Bianco, New York Voices & Ron King Big Band. Itu jer. tak sempat nak tengok semua sebab kitorang sempat singgah Bandung..
Tahukah anda...
Saya sedih sebab kereta yang berjasa dari saya tingkatan 2 sampai lah bulan lepas telah pun dijual. Ayah tukar kereta baru tapi saya tak berapa gembira (cuba kau dapat naik kereta baru mesti kau seronok kan?) Kereta keluaran Toyota bernama Estima berwarna biru memang besar. Sebelum kereta ini ada, kami empat beradik berebut2 nak dapat tempat duduk paling best dalam Volvo 240. Memanglah kereta Estima tu dah agak tua, nak start enjin kena tekan minyak 2-3 kali baru hidup, tapi sangat jauh perjalanannya membawa ahli keluarga Haji Dolah berjalan2. Balik Terengganu, balik Bandar Singa, cuti2 Malaysia ke Cameron, boleh saya simpulkan satu Semenanjung Malaysia ini kereta ini dah pergi. Masa mama bagitau yang ayah dah trade-in kereta tu dengan kereta baru, saya terkejut. saya tanya mama kenapa jual kereta tu? Mama cakap saya nak beli kreta tu ke sebab takkan mama nak simpan? Saya diam (tapi marah+sedih) sebab saya sudah ada kereta. Marah sebab mama + ayah tak nak simpan kereta tu (boleh bawak pergi pasar apa!), sedih sebab tak dapat amik gambar untuk kali terakhir bersama2 kereta. Jadi,untuk pemilik akan dtg W*V 54*5, jagalah kereta tu dengan baik yer. Kalau tak saya baling cat merah kat rumah awak..
Tahukah anda...
kumpulan Maliq n De Essentials tu best! Saya beli CD mereka tempoh hari di Jakarta. Saya beli CD Afgan, Abdul and the Coffee Theory manakala Enche' B beli 2 CD Peter Pan. (suka sangat Peter Pan, mengorat bini pun pakai lagu Peter Pan. takpe, saya suka). Kenapa lagu2 Indo best jika dibandingkan dengan lagu2 tempatan? Saya jawab soalan Ili guna jawapan mama saya - "Sebab diorang punya tamadun lagi lama dan kompleks dari tamadun kita, dah banyak kemajuan dari segi bahasa, muzik termasuk sekali". Tapi saya nak tambah lagi, dari pengamatan saya sebab orang2 sana memang minat muzik. Saya terkejut sebab dekat Java Jazz senario sekeluarga tengok dan nikmati Jazz enggak asing lagi.. Emak2, Bapak2, anak2, adik, kakak, abang semua ada. Lagi satu, boleh dikatakan semua peringat/ lapisan tak kira keadaan ekonomi keluarga tahu main muzik. Contoh - dekat Bandung ramai orang main alat muzik seperti biola, seruling, gitar memenuhi jalan2 di Bandung, mengharapkan ihsan orang yang lalu lalang, yang terhibur dengan persembahan mereka. Ya.. boleh ambik point saya untuk research anda.
Tahukah anda...
Sekarang dah nak pukul 3, boss saya nak tengok report saya siap Jumaat ini. Kalau tak siap, habislah mata KPI saya tahun ini dipotong..Ampun Pak...bisa saya habiskan sebelum hari minggu, hari libur ini. hehehe
Why I English
Sebulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan