16 Jun 2011

Peristiwa Tiga : We're Going to London Bay-bee!!

Ya, tempat baru, orang baru, cabaran baru. Eksaited kah?

Disebabkan peristiwa inilah, saya decided nak aktif berblog kembali. Alhamdulillah, Enche' B dapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sekolah yang berprestij di sana. Di El-Es-Ee. Tak pernah terfikir pun dapat menjejakkan kaki ke sana (untuk melancong mestilah pernah, tapi tidak untuk bermastautin sementara selama 2 tahun).

Walaupun ini bukan pilihan pertama Enche' B (nampaklah ada sedikit terkilan bila dia tak dapat menyambungkan pelajarannya di Ha-Vad) tapi sekurang2nya ini pilihan kedua, bukan calang2 sekolahnya. Alhamdulillah, sempat saya sujud syukur berterima kasih pada Yang Maha Besar atas rezeki ini. Ya, saya pulak yang terlebih seronok. (Heh, tak tau malu).

Disebabkan terlalu eksaitednya, adalah jugak terganggu konsentrasi sebab masa dapat tahu tentang berita ini, saya sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan. Sorry Enche' B, I can't help it. It was too much to handle (in a good way-lah).

So selepas ini, blog ini akan saya penuhi dengan research saya tentang apa yang perlu dibuat sebelum settling down di sana, contoh urusan visa, medical check-ups, yadda yadda... Hopefully dapat jugaklah jadik guide untuk orang2 di luar sana untuk tahu apa yang perlu disediakan, keadaan di sana, dan banyak lagi.

Rumah kesayangan kami di sini, buat masa ini perancangannya dibiarkan kosong. Sebab takut ditinggalkan lama2, kami telah pasang sistem keselamatan Eh-Dee-Tee, di samping pertolongan pak gad di kawasan ini. InsyaAllah boleh selamat. Parents saya pun tinggal di kawasan yang sama, merekalah yang akan menjaga rumah ini juga.

Oh ye, Enche' B akan pergi ke sana dahulu (bulan September) dan saya akan susuli pada bulan December pula, selepas peperiksaan akhir dan sebelum Boxing Day! Hehe, nak jugak merasa suasana Boxing Day di sana kan? Kalau posting saya lepas ini ada post melepas rindu dendam, layankanlah sahaja yer. Laki akak jauh dek oiii.. =)

p/s : Owh lupa, saya tak bagitau byk orang pun pasal ni. So saya harap awak (the reader) and 6 org yang saya dah bagitau termasuk beautician saya (sebab lepas ni dah tk berfacial lah selama 2 tahun) tak bagitau org lain yer. Hehe, kenapa? Sebab saya rasa tak perlu. (mode : me against the world hehe)

Tiada ulasan: