26 Ogos 2009

KL tidak jerebu lagi!!

Sedarkah anda yang kita sudah boleh nampak KLCC dari jauh? Yang langit kita ni sebenarnya biru (yelah, bila kita replay balik video2/ gmbr langit sebulan lepas, kalernya ialah kelabu asap)..

Sedarkah anda yang saya pun sudah lama tak menulis entri di sini? Yang kita sudah berpuasa 5 hari (insya Allah, hujung hari Rabu ini)?

Semuanya kita kena berterima kasih kepada Maha Pencipta kita yang Agung...Alhamdulillah...

Terima kasih kepada hujan yang telah mencuci semua kotoran dan habuk di kaki langit bumi kita ini.

Terima kasih kepada majikan kerana H1N1 telah pun dikaver di bawah skim kesihatan kompeni.

Terima kasih kerana saya dapat berpuasa dan pergi ke Phil-lip Wa-in pada hari Isnin lepas (OK, dah tak berani sangat dah kerana kaki saya still rasa lenguh2..Agak rigorous work out hari tu). Lepas tu penat sangat, lepas buka, balik dan tidur...ZZzzZZZ

Tiada ulasan: