12 Januari 2010

Doakan aku mati syahid

Salam
Just a short note to let you all know that I'll be away for 2 weeks, from January 13th 2010 until January 26th 2010 to perform my umrah.
I understand that we're all pretty much tied up with our daily lives. So, in case we don't get the chance to meet up before I leave,
I'd like to sincerely apologize for any of my wrongdoings. You guys will be in my thoughts and prayers :o)
xoxo


(dengan copyright permission)

I came across this lady's blog when I googled for Umrah related topics (please refer to previous posting). Please refer to http://niknursabrina.fotopages.com/), thus I will not take any credits from her efforts. Notes in grey are my own notes for my own understanding because I got C6 for Agama..hihi (not proud of it, but just to illustrate the depth of my understanding on this topic). Also, I referred to http://www.hajiumrah.com/files/NotaUmrah.pdf for my notes in grey
UMRAH
Ertinya:
Mengunjungi Baitullah Al- Haram kerana tujuan ibadat, pada sebarang masa , di sepanjang tahun.

Hukumnya :
Wajib fardhu Ain, seumur hidup sekali. Di fardhukan keatas tiap2 muslim lelaki n perempuan.

Masa mengerjakan umrah:
Sepanjang tahun maksudnya ibadat umrah boleh dikerjakan bila2 masa di sepanjang tahun samaada dibulan2 haji ataupun di luar bulan2 haji.


IHRAM
Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat,sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.

Miqat - A point where you berniat for Umrah. There are 2 types of Miqat :
a) Miqat Zamani (time) - meaning you can berniat whenever (tidak mengira masa)
b) Miqat Makani (place) - depends on where you are from.
Untuk penduduk Mekah adalah di Tanah Halal
Untuk penduduk jauh, ialah di:
(i) Qamul Manazil (untuk penduduk yang datang dari timur Mekah (applies to Malaysian)
(ii) Bi'r Ali (Zulhulaifah) - jika datang dari bahagian Utara (Madinah)

Untuk mandi sunat ihram, lafaznya : " Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya sembahyang sunat Ihram. Lafaz niatnya : " Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.

Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.

Meaning you can mandi and solat sunat ihram at home, niat anywhere before you reach the Miqat (usually in the airplane. Your ketua rombongan should announce it in your flight before reaching the Miqat).

Lafaz niat Umrah :




" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "

Barang harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam.

Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.

Bacaan Talbiah :
Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

RUKUN-RUKUN UMRAH
1. Berihram (Berniat melakukan umrah)
2. Tawaf mengelilingi \kaabah
3. Sa'ie diantara Bukit Safa dan Marwah tujuh perjalanan
4. Tahallul ( Bercukur atau Bergunting )
5. Tertib

WAJIB UMRAH
1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan.
2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram.

SUNAT-SUNAT UMRAH
1. Mandi sunat untuk Ihram
2. Sembahyang sunat Ihram
3. Sembahyang sunat Tawaf
4. Mengucup Hajarul Aswad
5. Bertalbiyah.

Lafaznya: Niat dalam hati: Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.

LARANGAN SEMASA IHRAM
PAKAIAN
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum. - Lelaki
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya. - Lelaki
3. Menutup muka. - Wanita
4. Memakai sarung tangan. - Lelaki/Wanita

BERWANGI-WANGIAN
5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya (inhaled) ke dalam hidung. - Lelaki/Wanita
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi. - Lelaki/Wanita

KECANTIKAN
7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan. - Lelaki/Wanita
8. Mengerat atau memotong kuku. - Lelaki/Wanita

ALAM SEKITAR
9. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram. - Lelaki/Wanita
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal. - Lelaki/Wanita

HUBUNGAN JANTINA
11. Melakukan pendahuluan persetubuhan. - Lelaki/Wanita
12. Bersetubuh/berjimak. - Lelaki/Wanita
13. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin. - Lelaki/Wanita

TAWAF ( RUKUN )
Pengertian Tawaf :
Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
















Syarat2 Tawaf
1 - Suci dari hadas besar dan hadas kecil
2 - Suci badab, pakaian dan tempat
3 - Menutup aurat seperti dalam solat
4 - Mula tawaf dari sudut Hajar Aswad
5 - Kaabah sentiasa di sebelah kiri
6 - Berniat tawaf
7 - Cukup 7 pusingan (yakin)
8 - Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah

Sunat2 Tawaf
1 - Berjalan kaki (kecuali jika uzur)
2 - Berittibak (bahu kanan terbuka)
3 - Berlari2 anak bagi pusingan 1,2 & 3
4 - Istilam (mengucup atau mengusap) Hajar Aswad & Rukun Yamani
5 - Membaca zikir dan doa
6 - Berturut2 7 pusingan
7 - Tawadhuk dan khusyuk
8 - Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim
9 - Berdoa di Multazam
10 - Minum air zam zam sambil berdoa

Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :
" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "
(NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. )

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :
" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad. Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa.

Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan.
Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

SAI'E
Syarat2 Sai'e :
1 - Dilakukan selepas tawaf umrah
2 - Mula di Bukit Safa
3 - Cukup 7 perjalanan dengan yakin
4 - Sai'e hingga sampai ke hujung
5 - Sai'e di Batnul Wadi (landasan)
6 - Bertujuan Sai'e

Sunat2 Sai'e:
1 - Ke tempat Sai'e melalui pintu Safa
2 - Naik Bukit hingga sampai Batu
3 - Di bukit, menghadap kiblat, bertakbir sambil mengangkat kedua2 belah tangan
4 - Berlari2 anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa




5 - Berturut2 7 perjalanan
6 - Berwudhuk
7 - Berjalan kaki
8 - Berdoa


TAHALLUL (GUNTING/ CUKUR RAMBUT)
Syarat2 :
1 - Dilakukan selepas Sai'e Umrah
2 - Menggugurkan rambut kepala sekurang2nya 3 helai

Sunat :
1 - Bercukur bagi lelaki
2 - Berdoa ketika bergunting
3 - Melalukan mata pisau atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut

After Tahallul, this is where your ihram ends and all the pantang larang is no longer wajib upon you.

Tiada ulasan: