26 Ogos 2009

Babab kang

Tetiba nak buat komen pasal sebat menyebat.

Sekarang dah hot gile pasal cerita perempuan melayu islam yang minum benda haram di khayalak ramai kan?

Well, saya rasa perempuan itu cukup bagus kerana terima seadanya hukumannya. Moga dapat memanfaatkan pengajarannya.

Tapi, ada pulak orang yang bising...lagi riuh dari penerima sebatan yang hukuman itu tak patut diteruskan sebab akan membawa bad image negara kita di mata seantaro dunia. Tahu tak dia tu mempertikaikan hukum Allah?

Banyak orang takut dengan hukum Pencipta kita kerana hukumannya berat. Saya tak nafikan yang ianya memang berat. Tapi berat pun ada tujuannya. Tujuan ultimetnya adalah untuk mencegah orang membuatnya...Prevention is better than cure. When org2 dah tau hukuman berat akan dikenakan jika membuat satu kesalahan, automatically orang tak nak buat benda tu. Contoh lah - kalau mencuri kena potong tangan. Korang ingat pencuri2 yang bermaharajalela sekarang ni nak mencuri ke? Dah kena potong tangan, sah2 tak boleh mencuri in the future. Potong tangan tu pun sakit, kena paper cut sikit pun dah komplen satu hari kan?Kompare pulak ngan hukuman sekarang ni, mencuri masuk jail (ni hukuman umum lah..saya tak tahu exact punishment.) Masuk jail, dapat tempat tido, makan free..haih..Makin ramai la org dalam jail tu

Nak dikenakan hukuman tu pulak, bukan sesuka hati boleh hukum org. Kena la disupport dengan evidence2 dan seangkatan dengannya yang dapat membuktikan - sahih - yang orang tu memang buat salah. Kalau tak betul, maka tak kenalah hukumannya.

DAN...hukuman ini hanya untuk orang Muslim. Penganut agama lain tak terlibat pun.

Saya cakap macam ni, bukan lah sebab saya rasa saya ni baik sangat. Saya mengaku yang saya pun banyak buat perkara mendatangkan dosa. Saya rasa saya terima hukum ini, respek apa yang cuba dilakukan/ disampaikan, dan yang lebih baik lagi, cuba sebaik mungkin mempraktikkan apa yang diajari.

Ini adalah pandangan dua sen saya. Tak suka tak pe.

KL tidak jerebu lagi!!

Sedarkah anda yang kita sudah boleh nampak KLCC dari jauh? Yang langit kita ni sebenarnya biru (yelah, bila kita replay balik video2/ gmbr langit sebulan lepas, kalernya ialah kelabu asap)..

Sedarkah anda yang saya pun sudah lama tak menulis entri di sini? Yang kita sudah berpuasa 5 hari (insya Allah, hujung hari Rabu ini)?

Semuanya kita kena berterima kasih kepada Maha Pencipta kita yang Agung...Alhamdulillah...

Terima kasih kepada hujan yang telah mencuci semua kotoran dan habuk di kaki langit bumi kita ini.

Terima kasih kepada majikan kerana H1N1 telah pun dikaver di bawah skim kesihatan kompeni.

Terima kasih kerana saya dapat berpuasa dan pergi ke Phil-lip Wa-in pada hari Isnin lepas (OK, dah tak berani sangat dah kerana kaki saya still rasa lenguh2..Agak rigorous work out hari tu). Lepas tu penat sangat, lepas buka, balik dan tidur...ZZzzZZZ

04 Ogos 2009

Sekarang dunia ni makin tak sihat

Orang2 keliling saya pun sakit. Colleague kat cubicle tepi sakit tekak dah nak masuk sebulan dah... Bilangan org mati kat M'sia ni disebabkan H1N1 pun dah 8 org. Keadaan sekeliling di KL ni pun sangat berjerebu...

Anak sedara saya yang gebu, comel lote, pipi gantung pun tgh sakit. Admitted into hospital since semalam. Kesian dia, kan!! Bayangkan muka comel macam ni sakit. Aunty Merr hopes you will recover soon! Jangan nangis2 makan ubat..and dont tarik2 the 'tube-stuck-around-your-wrist' aku-tak-ingat-nama-apakebenda tu yer


Lihatlah pipi gantung saya ini. Comel bukan?



Haha..saya kecil2 tak suka bersuara. Bila besar suka joget goyang2 butt with pampers on!

Tadi ada jugak discuss ngan the mother. Pernah dengar tak let's say baby tu selalu sakit, sometimes the name doesnt suit the baby? Maybe nama tu too strong for them ke, tak elok ke..dan banyak lagi reason lain.

Saya bagitau the mother, coz this thing happened to my ayah. Dulu ayah nyer nama Adnan, selalu sakit. Then tok ki dan tok saya decided to change his name to A*******, alhamdullillah sihat waalfiat. Mungkin nama baby comel, gebu, pipi gantung ni patut ditukar juga? FYI semua, saya la tukang kasi nama kat dia. Siapa yang bersalah? Mereka dan keluarga mereka? (ingat tak lepas Ringgit Kasorga keluar, semua org nak sebut phrase/ statement ni..heheh)

Satu lagi berita kesihatan... Hari Sabtu lepas, siapa yang masuk ke KL mesti jadi tak sihat otak sebab tension sgt kan? Macam saya, semangat sangat nak buat kerja. Saya bertolak from rumah pukul 11, lepas tu stuck in traffic sebab road block kat Besraya. And then after skolah t-u-n-g 5h1n, jam gila2 kat junction yang kiri pergi towards estana neghara, stret pergi jalan tun razak. Tengok2 belah kiri tu, polisi buat road block jugak di mana hanya satu lane saja yang dibenarkan masuk ke jalan tu. Masya Allah..geram mak sangat!! Ini semua org yang buat demonstrasi punya pasal. Menyusahkan org lain!! Haih, nampak sangat undi saya untuk pilihanraya lepas ini untuk siapa... Oh yer, saya pun U-turn dekat depan sikit, jalan stret tu..lalu tiba di rumah pukul 12.45. Anda yang pandai Matematik kiralah berapa lama saya dalam kereta? Sangat lama bukan? Lenguh kaki saya, nasib baik auto bukan manual


Semasa tgh bersenang lenang dalam kereta disebabkan semua kereta tak bergerak, saya pun decide nak telefon hospital kesayangan sebab nak bagitau saya 1st day period. Panggilan telefon saya dijawab oleh misi pengganti kerana misi tetap bercuti. Sila rujuk dialog di bawah yang telah dilakonkan semula :

Saya : Hello, boleh cakap dengan Doktor R@5l1z4?
Misi Ganti : Hello, siapa yang bercakap ni?
Saya : Che' Merr (of kos la ckp nama betul)
Misi Ganti : Kenapa?
Saya : Saya nak tanya doktor, nak arrange appointment sebab hari ni 1st day period saya. Doktor nak injek saya dengan Gonal-f, tapi esok kan Ahad, so saya tak pasti nak buat macam mana. Doktor dah suruh saya pergi hospital hari2 nak injek. (sila sedari yang saya dah explain banyak dah kat misi ni)
Misi Ganti : Boleh call kejap lagi tak? Doktor tengah buat dressing
Saya : Pukul berapa agaknya boleh saya call?
Misi Ganti : Boleh call kejap lagi tak? Doktor tengah buat dressing (Engkau ni memang mengundang carutan satu himalaya. Dah la tengah jam gila, kalau tak tahu pape...jgn la tanya "kenapa?" Silap laaa....Sila rujuk line berikutnya)
Saya : (wtf)... H1N1!!! (of kos bukan H1N1..tapi sebutan yang lebih senang untuk sebutan sehari2)...Nota : Call belum pun di'diskonnekted lagi.

Lepas tu dah sampai rumah, segan la jugak sebab dah terlepas macam tu..tapi sebab nak arrange jugak appointment, saya pun call balik. tapi buat2 suara lain...hahah. Misi ganti yang sama angkat phone, suruh saya call operator mintak hp number dokter sebab dokter tengah rounding. (Mmg hampeh la misi tu, tak boleh pakai!!!) Saya call operator,mintak number dokter. dia tak kasi..OK, fine. Dia cuba sambungkan number dokter, tapi tak berangkat! So, operator tu baik hati tanya ada pape pesanan nak ditinggalkan, siap phone number saya lagi (OK, yang ni baik sikit. Sejuk hati wa!)

Tunggu punya tunggu punya tunggu..tak kunjung tiba. So, saya at the moment dah declare nak pergi dokter yang lebih pakar, lebih mujarab dan lebih in demand di ES-Jay-eM-Ci. Rasanya banyak org tau dokter apa. Cousin Enche' B yang ada masalah lebih kurang pun dah pregnant 3 bulan. So, sayonara KayPeeJay Kjg, here I come ES-Jay-eM-Ci!!!!

Lupe nak infom, disebabkan kejadian kegeraman tidak dapat dibendung, maka saya pun startlah sesi bersenam saya. Lepas penat bersenam, sebab lapa sangat, maka makanlah burger ayam daging special with cheese!!hahaah, hilanglah kalori yang dibakar tadi. Tak berbaloi bukan?Hahah hihihi huhuhu