16 Jun 2009

Masalah Pertama

Ke hadapan Che’ Merr dengan selamatnya. Apa khabar Che’ Merr sekarang? Lama tidak updet blog yer. Che’ Merr mungkin sangat sibuk. Macam mana peperiksaan tempoh hari?

Saya ada satu kemusykilan yang ingin saya tujukan buat tatapan dan perhatian Che’ Merr. Bulan lepas, jiran saya, Aunty Rabiah meninggal dunia. Innalillah. Saya dapat tahu pun dari ibu saya, masa tu belum meninggalkan katil pun. Mama saya hubungi telefon bimbit suami saya kerana telefon bimbit saya kong tidak di-charge malam itu.

Keluarga Aunty Rabiah sangat baik dengan keluarga saya. Aunty Rabiah selalu memberikan pisang lebih yang datang dari pokok pisang yang ditanam sendiri kepada keluarga kami. Keluarga allahyarhamah baik dengan keluarga saya kerana kami geng 5ing4pur4. Kami tak bangga dengan 5ing4pur4 kerana mereka tak tahu yang Petronas tu kompeni Malaysia, rasa Malaysia ketinggalan kerana tak cakap English dengan adik beradik , doktor di Malaysia tak sebagus doktor di 5ing4pur4 dan macam2 lagi (Maaf, lari topik pula. Terasa nak luahkan perasaan).

Oh ya, masalah yang bermain di benak saya ialah seperti berikut:
Saya dapat turut serta bersembahyang jenazah. Suami saya bilang, kalau kita nak tau org tu kawan kita atau tidak, kita tengok dia datang tak masa pengkebumian kita. (Pengajaran : Kita takkan tahu siapa kawan kita, Cuma yang hadiri pengkebumian kita tahu yang org datang tu adalah kawan kita). Saya rasa saya kawan kepada Aunty Rabiah jadi saya datang.

Semasa mengambil air sembahyang, saya terserempak dengan anak2 allahyarhamah. Tipulah kalau saya cakap yang diorang tak menangis. Saya jumpa mereka berdua dan peluk..tanpa berkata apa2. saya memang tak tahu apa yang kita perlu kata, buat untuk orang2 yang kehilangan ahli keluarga mereka ini. Wani, anak perempuan kedua memeluk saya sambil berkata, “Kak Lin, mummy dah takde” sambil menangis. Nak tahu apa saya balas? “Wani janganlah nangis nanti Kak Lin nangis jugak”

Oh Em Gee!! Apa yang saya luahkan ni? Saya fikir balik, kalau saya kehilangan, apa yang saya nak orang katakan pada saya? Payahlah sebab saya tak pernah melalui keadaan sedemikian. Kalau saya kata , “Sabarlah” atau “Moga2 rohnya dicucuri rahmat” atau “Jaga adik beradik awak elok2”…Saya rasa semua terlalu cliché . Jahat lah saya ni, tak berhati perut.

Itulah saya Che’ Merr, tak pandai nak jaga hati orang. Saya tak reti nak buat “White Lie” kerana saya rasa “A lie is still a lie”. Saya tak nak orang lain hipokrit dengan saya, depan cakap lain, belakang cakap lain. Sebab tu saya tak buat benda ini semua.

Dari,
Saya yang selurus-lurusnya.

Tiada ulasan: