Kasut yang dibeli online. Gambar dikopi dari http://yuniqueparadise.blogspot.com/
Tinggallah saya dan Cik JKL makan kat Dome, makanan dan minuman atas ihsan Cik JKL (dia yang dah janji nak belanja). Kami pun memulakan 'bitching' session sambil mengupdate apa2 yang patut sambil mencuci mata..hehe. Satu point yang saya nak highlight ialah Cik JKL telah mengesyorkan saya menggunakan l***i**nt..hahah, ada2 saja lah saya ni. Tak boleh stret forward sangat takut2 ada yang tk boleh terima. (Sorrylah, saya kena catat kat sini supaya saya boleh ingat bila saya mula gunakan 'bahan ajaib' ini).
OK, selepas membeli 'bahan ajaib' tu di Guardian (ya, saya pun tak tahu di farmasi pun ada), lalu saya mintak Cik JKL hantarkan saya ke Pelita. Tak larat dowh nak jalan sambil mengenjit kaki (efek sama pakai kasut tinggi). Dalam kereta saya tanggalkan kasut sebab dah tak tahan dah.. Rupa2nya Cik JKL pun penat / lenguh pakai kasut tinggi di Pavillion tadi. Dia pun pakai selipar chumil jer..Masa ni lah saya teringatkan selipar Havaianas yang sangat selesa itu....
Sampai di Pelita saya sarungkan balik kasut ini dan berjalan kontrol..Yelah, kan ramai org kat Pelita tu terutama sekali time malam libur (esok Sabtu tak kerja). Sempat saya berjumpa teman lama, Mr. A'aa tapi dia ignore saya jer. Macam tak suka jer nampak saya..Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin dia malu sebab saya jerit nama dia macam org jakun kat Pelita. Kawan dia pun pandang saya sebelah mata jer.. At least saya ni peramah bukan macam kau tu.. =p
Tetiba nak emo pulak, OK..hentikan. Mana tadi saya berhenti? Oh ya, saya pun join lah meja rakan2 Enche' B..ramai yang ada..not bad turn-ups for a last minute thingy. Masa duduk kan, so kaki tak de pape lah yang terjadi..Selesa jer walaupun sengal2 jalan2 kat KLCC tak hilang sangat.
Tiba masa nak balik..Saya tanya Enche' B macam mana kita nak balik ke KLCC (sebab kitorg park kereta kat situ). Menapak la, apa lagi. Saya buat2 muka kesian sambil tayang kasut, penatlah sayang. Mr JJ sarankan saya naik teksi. Gila apa, mau kena charge RM 20. Jarak tak sampai 1 km. Jadi saya, Enche' B, Mr Ruff & Mr Gaban pun menapak balik ke KLCC. Saya pesan jangan jalan2 laju2..takut saya ketinggalan. Derang tak kisah..Saya pun berjalan sambil meng'aduh2' (cakap aduh2 sepanjang perjalanan).
Depan bangunan Maxis, saya konfirm tengok jalan agak 'bersih', saya pun umumkan nak bukak kasut. Enche' B tak kisah. Mr Ruff dan Mr Gaban dok bantai gelak, tanya buat apa pakai kasut tinggi dah tau sakit. Sebab nak nampak cantik dan tau tak laki yang invent kasut tumit tinggi - itu jawapan saya. Betapa leganya kaki puas tak terkata. Dah tak segan dah jalan pegang kasut. Nasib la org nak cakap apa. (Saya boleh updet perkara gila saya buat - jalan tak pakai kasut kat KLCC..muahahaha). Berkaki ayamlah saya sampai tempat parking (tak aah, sebelum keluar lif saya pakai kasut balik..). Itulah pengalaman saya berjalan tayang kasut tapi tak berkasut.
Punyalah panjang cerita..Sebenarnya nak cerita saya berkaki ayam. Tu jer. Penat baca tak? Sapa suruh..hehe (elelelee...bacalah..Saya suka awak baca).. =)
2 ulasan:
Encik B tak ban ke kasut tumit tinggi?? muahahaha
-ex enemy Azlan UKM-
Tidak..Kadang kala dia galakkan juga. Konon terrer ngorat org tinggi..hehehe
Catat Ulasan