Ingat tak saya bercerita tentang Kak Nora, pembuat langsir handal? Kami telah pun bertemu di rumah mama pada hari Sabtu lepas. Kak Nora banyak juga membawa sampel2 kain langsir, yang bercorak dan juga yang kosong untuk membuatkan saya pening, tak tahu hendak memilih yang mana satu. Tetapi disebabkan saya tidak mahu pening lama2, saya mengajak Enche' B pergi ke kedai baru Kak Nora yang terletak di Selayang. Kami mengekori kereta Kak Nora dari belakang. Kak Nora telah berpesan, dia memandu agak laju sebelum kami meninggalkan rumah. Memang betullah Kak Nora memandu bak 'wah bergaya mencelah celah'. Nasib baik kami tak sesat. Ada beberapa gambar diambil sekitar masa kami berada di kedai Kak Nora. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah ambil nombor kontak Kak Nora yang ada di papan tanda lama kedainya (Ya, Kak Nora bercadang mahu menukar papan tanda yang sedia ada.)
Perasaan : Sangat gembira. Mestilah suka kerana sudah memilih langsir yang berkenan di mata.
Benda yang buat saya seronok jugak pada minggu lepas adalah... 80% dapur saya sudah siap!! Untuk tatapan semua ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan