Haih..sebab nak pindah rumah baru, macam2 yang kami perkatakan/ perdebatkan/ perkelahikan (ada ke perkataan ini). Sangat sedih tambah bengang kerana baru nak mulakan hidup baru.. tapi ada acara bertekak pulak setiap hari.
Enche' B kata saya suka membebel!!
Saya kata pada Enche' B dia suka risau benda yang remeh temeh!
Jadi, siapa yang bersalah? Mereka atau keluarga mereka??
Sebenarnya, takde salah sesiapa. Biasalah, peringkat ini semua orang nak meng'adjust' diri memasing kepada satu suasana atau keadaan yang baru..yang asing..yang runsing..
Kesian Enche' B hari ini..dia terpaksa mencuci rumah bersama Kak Wagi dan adik. Itulah saya, ambik banyak sangat cuti belajar (study leave) yang ditolak daripada cuti tahunan hinggalah tinggal satu hari lagi (oh yer, saya akan bercuti 26hb ni, yelah..nak siap2 kan rumah baru). Siapa yang tak seronok kan? Saya hanya boleh menolong Enche' B daripada jarak jauh iaitu memberi dia peringatan (takut ada benda tertinggal), menelepon kerap bertanyakan khabar dan status..iyalah, sokongan moral lah! Saya telah pun menelepon kedai lampu untuk memberitahu bahawa kami akan datang mengambil lampu2 yang telah dipilih pada hari Jumaat ini.
Hari ini, acara yang akan diadakan di rumah baru (tanpa kehadiran saya)...
1 - mencuci rumah
2 - pemasangan barang2 elektrik dari Uncle Panasonic SS15
3 - pemasangan kain langsir dari Kak Nora langsir gorjes (Nombor kontak Kak Nora - 019 2325 095)
4- menelepon Cimalight untuk mengatur temu janji mengambil lampu2 (sudah dilakukan)
5 - Enche' B untuk membeli mangga2 kunci rumah baru
6 - sediakan senarai barang2 untuk dibeli dari IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain.
7 - Hari Jadi Saya hari ni...
Esok pula :
1 - Kosongkan almari yang dipakai sekarang untuk baju2 digantung di dalam almari besar rumah baru
2 - pencucian rumah kali kedua (mama kata rumah baru sangat berhabuk, jadi harus untuk dicuci/ dimop berkali2)
3 - pergi ke IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain untuk mendapatkan barang2 yang telah disenaraikan
4 - pernikahan kawan 'kechil' saya di Bukit Jelutong (tidak ada kena mengena dengan penghijrahan ke rumah baru, tapi kena hadir!)
Lusa pula :
1 - masukkan kelengkapan di dalam bilik sekarang ke dalam rumah baru (TV, gerobok, kasut2, baju2 dan banyak lagi)
2- pencucian rumah kali ketiga
3 - pemasangan lampu
4 - perabot rumah sampai
5 - kontraktor datang untuk melihat paip tersumbat di bilik mandi bilik utama
6 - Shafiq kayu jati mengangkat katil, almari jati dari rumah mama ke rumah baru
7 - Ayah dan Enche' B membaca surah Al-Baqarah..sebagai pendinding rumah baru (minta dijauhi daripada benda2 yang tidak elok)
Tulat pula :
1- pencucian rumah kali keempat
2 - (mungkin hari ini kami tidur di rumah baru)
3 - perjumpaan dengan Doktor Rasliza untuk membuat prosedur 'follow up' untuk operasi kecil saya April lalu (kena jumpa..hari ke-8 menstruasi)
4 - resepsi hotel kawan 'kechil' saya di Shah Alam
Hari selepas tulat pula :
1 - Hari ini hari jadi Enche' B pula (yer, kami berkongsi bulan jadi)
2 - Pergi ke rumah Angah untuk mengambil kereta Wira 'Turbo' Enche' B
3- Pergi ke rumah Ibu Mertua untuk mengumpul barang2 hadiah perkahwinan dan juga barang2 Enche' B yang telah pun diasingkan ke tempat lain (kesian barang2 Enche' B kan?)
4 - Kenduri rumah Kak Aida (kena hadir!)\
5 - Acara makan beramai2 di rumah kawan 'tinggi' saya di Keramat.
Wahhh... Banyak sungguh aturcara minggu ini. Mesti penat kan? Tidak mengapalah, bak kata orang-orang tua : "Bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian." Tidak begitu?
Tapi saya harap saya tidak akan memaksa Enche' B untuk melakukan semua yang tercatit di atas (memang buat bersama2, tapi mungkin terlalu sibuk sehingga terpaksa menolak ke tepi perkara-perkara yang kurang penting). Saya tidak mahu menjadi 'pushy'..heheh
Kepada semua, harap faham situasi 'tidak henti-henti' kami minggu ini, ya...
Penghangatan rumah masih dalam perancangan..takut2 mungkin akan dipinda ikut kekosongan tukang masak dan juga kepenatan tuan rumah yer. Tarikh yang telah diberitahu bukan muktakhir..tapi tunggu ya! Saya pasti akan meng'update' tarikh itu seawal yang mungkin!!