25 Mac 2010

Trainees memang kena belajar fotostat!

Yer, kepada trainees yang di luar sana yang komplen hanya diberi kerja fotostat sahaja, sebenarnya bercakap tak tau apa..

Tau tak fotostat tu dlm proses pembelajaran jugak
Bila awak fotostat, awak belajar pasal dokumen yang awak fotostat tu..(lain lah engkau hanya masukkan sambil bawak fon nak sms / borak masa fotostat). Bila awak belajar pasal dokumen, awak akan tau pasal kegunaan dokumen tu. Bila, Kenapa, Siapa, Bagaimana, Apa nama dokumen tu.

Bila dah terrer pasal dokumen tu, awak akan belajar filing pulak.
Masa filing tu, awak akan belajar macam nak buat filing dengan betul dan teratur. Bila filing awak betul dan teratur, senanglah org lain nak carik dokumen. Bila bos awak dapat carik dokumen dengan senang, bos akan suka hati. Tapi bila bos carik dokumen yang awak failkan tu tak jumpa, dah check from cover to cover...haa..habislah awak bos awak mencarut tak henti2.

Ada kebaikan jugak filing awak hebat bila dengan auditor. Bila auditor dapat carik dokumen dengan senang, auditor akan suka audit awak. Findings pun mungkin tak signifikan.
Tapi bila auditor sumpah seranah nak carik dokumen awak...haaaa
HABISLAH SEMUA BENDA AUDITOR CARIK PASAL SEBAB BENGANG!!

haa, saya tengah bengang sebab sebab auditee saya buat filing macam budak tadika

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.