24 Mac 2010

Pergi Tak Kembali

Pagi semalam saya belek2 Harian Metro, terbaca anak pengarang besar meninggal dunia. Baca lebih detail tengok2 dia dari sekolah Enche' B. Baca lagi, baru habis SPM? Macam tau je bdk2 from his batch. Baca lagi, macam familiar pulak nama pengarang besar (ayah Allahyarham). Innalillah, kenal (opps, bukan ...pernah nampak, berdiri pada jarak kurang 5 kaki) rupanya saya dengan Allahyarham. Kebetulan bukak TV tgh siar berita kematian Allahyarham. Terus telefon Enche' B untuk validate... Betullah, dia salah seorg daripada budak2 hoki Enche' B.

Datang office terus buka blog batch Enche' B, nampak lagi berita mengenai Allahyarham, beserta link blog Allahyarham. Hiba pulak baca semua org sedekahkan Al-Fatihah, doakan keluarganya tabah menghadapi dugaan, kawan2 yang meluahkan kerinduan.. Sebak.

Malam tadi, mimpi pulak Enche' B tiada di sisi. Saya nampak diri sendiri tak keruan, tapi roh Enche' B sentiasa ikut, konon2 ada kerja tak selesai di dunia (ini saya blame TV sebab before tidur semalam tengok cerita Pembisik Hantu). Sedih.

Ini rasanya post-3 bercerita pasal kematian. Saya nak kongsi email yang kawan saya forwardkan kepada saya.. Hidup ini hanya sementara, ingatilah kematian kerana kita tidak tahu perjalanan kita di sini sampai bila.

____________________________________________________________________
Pesan Roh Pada Manusia

Sabda Nabi saw : “Wahai Aisyhah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika org yg memandikannya masuk ke rumahnya utk memandikannya”

Di ketika itu roh melihat akan keadaan tubuhnya yg telanjang dgn suara yg seluruh makhluk mendengarnya kecuali manusia dan jin.Roh berkata : “Wahai org yg memandikan, ku minta kpdmu kerana Allah,utk menanggalkan pakaianku dgn perlahan- lahan. Sebab di saat ini aku sedang berehat dr seretan Malaikat Maut”

Mayat berkata : “Wahai org yg memandikan roh Allah jgnlah engkau menuangkan airmu dlm keadaan panas dan jgn pula terlalu sejuk. Sebab tubuhku terbakar akibat terlepasnya roh”

Roh berkata : “Demi Allah wahai org yg memandikanku, jgnlah engkau menggosok aku dgn kuat. Sebab tubuhku luka-luka kerana terkeluarnya roh”

Bila diletakkan pd kain kafan serta kedua tapak kakinya sudah diikat, maka mayat memanggil-manggil : “Wahai org yg memandikan, jgnlah kuat-kuat dlm mengafani kepalaku. Biarlah aku dpt melihat wajahku, anak-anakku dan kerabatku. Sebab ini merupakan penglihatanku yg terakhir kpd mereka. Pd hari ini aku berpisah dgn mereka dan aku tidak akan melihat mereka sampai hari kiamat”.

Bila mayat dikeluarkan dr rumahnya maka ia pun menyeru : “”Demi Allah wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka jgnlah kamu menyakitinya. Anak-anak telah menjadi yatim, jgnlah kamu menyakiti mereka. Sesungguhnya aku pd hari ini dikeluarkan dr rumahku dan aku tidak akan kembali kpd mereka selama-lamanya”.

Pd ketika mayat diletakkan di dlm sangkar peti, maka memanggillah ia : “Demi Allah wahai jemaahku, jgnlah kamu semua mempercepatkan aku dikeluarkan dr rumahku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kerabatku. Sesungguhnya aku pd hari ini berpisah dgn mereka sehinggalah hari kiamat”.Ketika mayat itu diusung dlm sangkar peti tersebut dan mereka melangkahkan kaki dgn 3 kali langkahan, roh pun menyeru dgn suara yg segala sesuatu mendengarnya kecuali jin dan manusia : “Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai anak-anakku, jgnlah kamu diperdayakan oleh dunia sebgmn ia memperdayakan aku. Jgnlah kamu dipermainkan sebgmn ia mempermainkan aku. Hendaklah kamu mengambil aku sbg contoh. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yg telah aku kumpulkan utk ahli warisku dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia Allah menghisab aku, tetapi kamu semua merasa senang dgn keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.Pd ketika mereka menyembahyangkan jenazah di mana sebhgn ahli-ahli dan temannya telah pulang dr tempat solat, maka mayat berkata : “Demi Allah wahai saudaraku bahawa sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawasanya mayat itu lupa di dlm hidup. Tetapi jgnlah kamu melupakan aku sehinggalah kamu menanam aku dan melihat tempatku. Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawa wajah mayat lebih dingin drpd air yg dingin dlm hati yg hidup. Jgnlah kamu pulang dgn cepatnya”.

Bila mereka meletakkan mayat di tepi kuburnya, maka berkatalah mayat : “Demi Allah wahai jemaahku, wahai saudaraku. Aku mendoakan kamu tetapi kamu tidak mendoakan aku”.

Apabila mereka meletakkannya di liang kubur,maka mayat berkata : “Demi Allah wahai para ahli warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yg banyak di dunia hanya utk ditinggalkan utk kamu? Maka hendaklah kamu mengingatiku dgn memperbanyakkan kebaikkanmu. Aku telah mengajar kamu Al-Quran dan adab sopan. Maka jgnlah kamu melupakan aku dalam doa mu.

Tiada ulasan: