17 Jun 2011

London, not Londang

Hihi, teringat attempt we locals nak rasa best dengan menamakan tempat2 kat Malaysia dengan nama tempat di tanah seberang..
1) London aka Londang
2) Greece aka Grik
3) Toronto aka Toronto
4) UK (United Kingdom) aka Ulu Klang
5) Newcastle aka Kota Bharu
... the list goes on and on and on ...

So, the time is 12.10 am and I still can't sleep. Maybe because dah banyak tido dah sangat. Enche' B dah sound asleep dah. Tadi mintak credit card terus bagi tak banyak tanya. Nasib baik I ni baik. Nak book tiket wayang nak buat marathon Sabtu ni coz dah lama tak tengok wayang sama2. Nak diikutkan mau saja beli Proenza Scholer purse.. hehe (walaupun I ni student minat lama tidak lah dilupakan)..

Having problems when I wanted to book the tickets online, so nak buat research lah on accomodations kat sana nanti. Apparently there are a lot of websites yang offer online viewing on the accomodations (at least boleh la pilih nak tengok rumah mana kan?) So here are the websites that I have used, so far lah, untuk mencarik rumah.

1) http://www.foxtons.co.uk
2) http://www.rightmove.co.uk
3) http://www.nestoria.co.uk

(List above will be updated from time to time, if I find it useful and user-friendly, I will list it here)

TAPIII... Sebelum tu, sebelum tu, dah set ke kat area mana, rumah apa, yang nak dipilih? Budget?

Saya rasa nak pilih kat tempat yang dekat ngan tube, senang takyah lah bawak kereta kat sana. Owh, tahukah anda driving license Malaysia ni boleh dipakai setahun je dari tarikh kita sampai di sana? Saya pun tak tau, ini ada orang yang bagitau. Kawan Enche' B di sana.

Pilihan pada waktu ni nak carik 2 bedroom flat/ apartment. Senanglah awak2 semua singgah rumah saya bila ke London nanti. Budget paling tinggi kami boleh ialah 1000 pounds per month.

Kalau boleh juga, nak lah tempat yang senang carik makanan halal kat sana. (OK, sedar tak makanan jadi priority utama kami, haha). Tapi Enche' B dah bagi friendly reminder yang dia nak suruh saya masak. Saya tak kisah - cuma jangan paksa saya, kalau paksa saya tak suka.. (bukan Lu Langsi, Lu Mati). haha, lawak selitan. But what is Langsi anyway?

Ok dah tersasar jauh, setakat tu je lah criteria kami. Tapi saya rasa saya kenalah kenali Londang ni dahulu. Tak kenal maka tak cinta, ye tak? Fun fact nombor 2 - tahukah anda London di pun sangat besar - ia terbahagi kepada :
a) Central London
b) East London
c) North London
d) North West London
e) South East London
f) South West London
g)West London
Nah.. 7 kawasan semuanya. Mari buat research untuk setiap satu area!

Esei mengenai setiap kawasan akan saya bahagikan kepada 8 topik utama:
1) Background
2) Jarak dari El-Es-Ee
3) Populasi dan luas kawasan
4) Senarai perkhidmatan awam (eg tube, high roads)
5) Dimana hendak mencari makanan halal di sini?
6) Tarikan pelancong (eh, saya kan pelancong.. sambil menyelam minum air lah)
7) Kebaikan dan keburukan tempat ini
8) Other Matters

Wow, buat list dah rasa mengantuk pulak. So saya akan start buat research itu esok k! Esok pagi ada appointment pukul 830 pagi.

Tiada ulasan: