13 Mei 2009

Sempat jugak saya merepek kat sini

Kepada Jernel-Onlineku, Apa khabar Jernel di sana? Diharap sihat2 belaka. Saya di sini baru baik dari selsema (asyik selsema je kan? terakhir sekali ialah bulan februari lepas.) Tapi saya batuk2 annoying, gatal2, tak nak berenti gatal macam nak garu jer. Penat batuk macam ni. Saya meminta maap sebab lama tak updet, takde celoteh dan bebelan. Saya asyik sibuk keje jer. Saya takde benda nak updet sangat, cuma...

a) Enche' B baru balik dari Cebu Island
Tak lama, cuma 4 hari. Tapi saya macam hilang arah (alaa...so schhwweeettt).. rasa lain bila laki takde di sisi. Bila rindu saya suruh dia beli barang..haha.. Seperti biasa Enche' B belikan saya jewelery box (wajib bila dia pergi mana2). Bukan saya suruh tapi dia nak buat konon2 tredmak dia lah tu. Sebab dulu masa kapel2 saya ada cakap kat dia, sapa belikan saya musik boks saya gerenti kawin ngan laki tu. Saya ada bagitau benda ni kat semua laki yang saya sangat suka (eks lama2)..cuma Enche' B jer yang bagi saya musik boks. So saya kawin lah ngan dia. Even saya yang ajak dia kawin..Kalau org putih kata.. Propose lah kan. Haa...hebat bukan? (Tak tau malu, nasib baik dia nak kawin ngan kau! Kalau tak tadek punya kau nak mention bukan, setan!!)Satu lagi brg yang saya pesan ialah selipar havaianas. Comel! Walaupun bukan spesifik model yang saya mintak, tapi bersyukur Enche' B belikan juga..Nanti boleh ganti gambar selipar kat atas tu kan.. Erm, macam ubah imej blog ni pun bagus jugak.

b) IUI
Sumpah saya tak tahu apa dia stands for, tapi itulah prosedur yang tak jadi saya jalankan bulan ni. Macam mana prosedur ni? Doktor injek ubat kat perut saya biar ada telur untuk disenyawakan lebih dari satu..Lepas tu bila telur dah besar lebih kurang 1.6 - 1.8 cm, barulah doktor akan menyalurkan 'tentera' Enche' B yang hebat2. Enche' B perlulah mendermakan 'tentera' untuk diproses. Tentera lemah rejek, tentera kuat akan dipilih untuk berjuang.

Tapi tak jadi nak buat bulan ini sebab saya punya telur tak besar seperti spesifikasi yang wajib. Dalam erti kata yang lain, saya gagal menyediakan medan perjuangan dan bahan latihan untuk tentera Enche' B. Dalam 2 hari sekali, saya pergi jumpa doktor untuk di-injek. Saya ni dah lah sangat 'suka'kan jarum, bila nak injek mesti mintak misi pegang tangan saya. Mana Enche' B? Kan saya dah cakap dia pergi Cebu Island. Tak best wooo pergi gynae sorang2, takde Enche' B temankan. Yerlah, semua rakan menunggu semua bawa hubby sama2 bersama perut2 yang membesar dengan indah sekali. Adakah saya sedih? Saya pun tak tau.

Bulan depan bila 1st day datang period, saya kena call doctor nak set appointment cucuk2 perut tiap2 hari pulak. Habislah saya mencapai kuota MC saya tahun ni. Nak buat camne kan? (Elleh, kau pun suka boleh lepak kat rumah kan? Boleh kemas2 rumah, boleh cuci baju sambil bau softlan). Harap2 telur dapat besar bagai johan. Mungkin kalau injek ngan Milo boleh besar? Gilo ape perempuan ni.

Oklah jernel. Saya nak solat Maghrib. Nak amik Enche' B pulak sebab dia nak gi main hoki kat Stadium Pantai. babai!!

2 ulasan:

abu_harraz berkata...

Encik B kenalah rekrut betul2...

-ex enemy Azlan UKM-

Che' Merr berkata...

Rasanya bagus. =p
Tak caya tanya doktor