21 Mei 2009

Antara Buku dan Fulus Mania..

Buku - bahan yang anda baca. Selalunya mempunyai kulit depan supaya org lain dapat mengenal tajuk bahan dan penulis bahan.

Fulus Mania - game show yang saya tak pernah tengok, ada ditayangkan di TV. Tak pasti sama ada siaran 1, 2, 3 atau 104. Yang pasti bukan 701.. heheh..Juga tak pasti sama ada masih disiarkan di kaca TV atau tidak.

Sekarang ni saya tengah demam peperiksaan. Semalam sahaja saya ada kelas ulangkaji dari pukul 10 pagi hingga 7.30 malam (Ada masa berhenti untuk makan, solat, kencing dan sebagainya). Kalau azan pasti dengar daripada Masjid Jamek KL.


Gambar diambil dari kelas guna telefon bimbit

Saya nak cerita kali ni bukan sebab saya dapat masuk pertunjukan permainan (game show) atau saya nak compare sapa lagi banyak baca buku cerita 'kalau-kau-kurang-baca-kau-tak-pandai-sangatlah' (elleh, ada org tu kalau dah pandai tak baca sangat pun boleh pass exam jer) tapi nak luahkan delima ..opps dilema yang melanda, tergolak jiwa dan perasaan saya sekarang ini.

Saya ni sangat2lah bercita2 tinggi untuk menamatkan pengajian peperiksaan profesional @CC@ saya ni. Tapi banyak sangat repeat sebab saya malas dan perasan pandai. Kali ni, saya rajinkan diri hadir ke kelas, buat nota kecil di kertas A4 dipotong dua dan buku 555, buat latihan - cecece banyak sangatlah tu - saya rasa saya boleh buat sebenarnya. Hanya kena usaha lebih sikit, kurangkan masa berlibur, hadirkan diri ke kelas, buat ...(sila rujuk ayat terdahulu). Lagipun, mama dan ayah nasihatkan kalau tak pass jugak peperiksaan tak payahlah teruskan lagi. Ambik Masters insya Allah boleh pass.

Tapi saya tak setuju nak buat Masters sangat sebab saya ni kan graduan IT, tapi kerja dalam bidang bukan IT, maka apa lagilah yang ada untuk saya pertaruhkan di dalam medan temuduga kalau bukan @CCa ini. Dapat kerja di sini pun sebab boss saya pun ahli @CC@ juga. Ya, saya harus habiskan 8 kertas lagi. Saya nak jugak, tak kira (ok, sebenarnya saya pun dah set kalau saya gagal jugak maknanya saya ni tak berapa pandai nak teruskan. Maka terus ke Plan B).

Bila dah belajar, terasa seronok pulak. Terasa wow, ni dah boleh jawab soalan Single Kompeni, kalau saya ada lebih masa mungkin saya boleh terre dalam Konsolidasi pula. Maka saya ujurkan idea ke Enche' B yang saya ingin belajar sepenuh masa.

Enche' B tak berapa setuju dengan idea saya. Dia cakap saya terpaksa korbankan banyak perbelanjaan 'harus' saya seperti bag tangan dan juga kasut dan juga makan sedap2 (oh ya, awak patut cuba piza di Yellow Cab.Sangat sedap, OK! Saya dah makan dengan Enche' B semalam). Saya cakap saya sanggup. Kemudia Enche' B bagitau yang nanti dia kena bayarkan perbelanjaan/ pembayaran tetap bulanan saya, termasuk juga belanja makan minum minyak saya nanti. Agak banyak juga. Sebab tulah saya cuba carik bantuan tambahan yang boleh menampung perbelanjaan sehari-harian. Antaranya ialah Pinjaman M@R@.

Dalam diskusi lagi untuk tentukan apa yang saya akan buat. Antara opsyennya ialah tukar kerja (mungkin saya terasa kerja tak best sebab tu saya nak belajar sangat) ataupun belajar part time (macam apa yang sedang saya buat sekarang, tapi belajar di Kolej yang lebih unggul dan mahal) ataupun ultimet gol saya sekarang ini iaitu belajar sepenuh masa.

Bayangkan saya dapat habiskan peperiksaan profesional ini, saya dapat apply tempat kerja yang lebih bagus dengan jawatan dan fulus yang lebih masyuk. Kalau nak harapkan apa yang saya ada sekarang, macam tak terrer sangatlah. Masa ni jugaklah saya boleh buktikan pada ibu bapa saya yang saya boleh belajar dengan cemerlang (dulu ibu bapa saya target saya dapat 1st class).

Sekarang ni saya cuba carik2 bila masa yang sesuai untuk masuk intek baru, macam mana nak apply bantuan kewangan untuk pembelajaran, dan apa2 yang relevan untuk belajar sepenuh masa.

Jawapan saya untuk soalan di atas ialah BUKU...

ps: Tetiba terasa semangat nak mem'blog' sebab ada org komen..ekheke.. saya tau sapa anda..

2 ulasan:

abu_harraz berkata...

saya pun tahu sapa anda.

woit, enable kan lah anonymous comment..baru neh!

- k -

Che' Merr berkata...

ish..tak reti lah saya..nnt bila saya reti saya buat lah