Tetiba nak buat komen pasal sebat menyebat.
Sekarang dah hot gile pasal cerita perempuan melayu islam yang minum benda haram di khayalak ramai kan?
Well, saya rasa perempuan itu cukup bagus kerana terima seadanya hukumannya. Moga dapat memanfaatkan pengajarannya.
Tapi, ada pulak orang yang bising...lagi riuh dari penerima sebatan yang hukuman itu tak patut diteruskan sebab akan membawa bad image negara kita di mata seantaro dunia. Tahu tak dia tu mempertikaikan hukum Allah?
Banyak orang takut dengan hukum Pencipta kita kerana hukumannya berat. Saya tak nafikan yang ianya memang berat. Tapi berat pun ada tujuannya. Tujuan ultimetnya adalah untuk mencegah orang membuatnya...Prevention is better than cure. When org2 dah tau hukuman berat akan dikenakan jika membuat satu kesalahan, automatically orang tak nak buat benda tu. Contoh lah - kalau mencuri kena potong tangan. Korang ingat pencuri2 yang bermaharajalela sekarang ni nak mencuri ke? Dah kena potong tangan, sah2 tak boleh mencuri in the future. Potong tangan tu pun sakit, kena paper cut sikit pun dah komplen satu hari kan?Kompare pulak ngan hukuman sekarang ni, mencuri masuk jail (ni hukuman umum lah..saya tak tahu exact punishment.) Masuk jail, dapat tempat tido, makan free..haih..Makin ramai la org dalam jail tu
Nak dikenakan hukuman tu pulak, bukan sesuka hati boleh hukum org. Kena la disupport dengan evidence2 dan seangkatan dengannya yang dapat membuktikan - sahih - yang orang tu memang buat salah. Kalau tak betul, maka tak kenalah hukumannya.
DAN...hukuman ini hanya untuk orang Muslim. Penganut agama lain tak terlibat pun.
Saya cakap macam ni, bukan lah sebab saya rasa saya ni baik sangat. Saya mengaku yang saya pun banyak buat perkara mendatangkan dosa. Saya rasa saya terima hukum ini, respek apa yang cuba dilakukan/ disampaikan, dan yang lebih baik lagi, cuba sebaik mungkin mempraktikkan apa yang diajari.
Ini adalah pandangan dua sen saya. Tak suka tak pe.
Why I English
2 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan