Hari Sabtu lepas, Enche' B telah dijemput ke rumah Presiden Malaysia Advisory Council Malaysia @CC@ untuk meraikan kejayaan beliau baru2 ini. Kerana spouse dijemput sama, maka saya pun tag along walaupun pada mulanya saya agak reluctant untuk pergi kerana segan/ takut tak ada modal untuk berbual.
Ramai penembak besar (big shot) yang hadir ke makan malam apresiasi walaupun hujan renyai2. Nyanyian En. Salihin, the singing accountant juga turut melebatkan lagi hujan di malam itu.. (hehe, sorry yer Che' In..chop, dia baca ke blog saya ni? tak rasanya.tapi mintak maaf jugalah).
Untuk 'relate'kan cerita saya pada malam itu dan tajuk di atas, teruskanlah membaca:
Kami pilih meja yang agak strategik, biar boleh gelakkan Che' In membuat persembahan. Tiada orang lain di meja itu, kecuali kami. Tak lama kemudian, datanglah sepasang suami isteri, memenuhi ruangan kosong meja itu.
Enche' B dan si suami berbual..tanya kerja mana semua. Si Suami kata dia kerja di EnY, sebuah firma audit tersohor. Enche' B terus mengeluarkan statement yang saya pun pernah bekerja di PiDoubleYouSee. Terus dia berminat, berbual dengan saya pula. Dia tanya sekarang saya bekerja di mana, saya pun beritahu di Syarikat Pembentungan Nasional.
Dia tanya saya lagi..kenapa saya berhenti? Dia tak paham kenapa ramai bakal akauntan bertauliah dari bangsa yang ter'ramai' di negara ni berhenti..
Saya tak maulah cerita 'straight-to-the-point' kenapa saya berhenti sebab keadaan sangat bising dan tak biasalah nak cerita, saya pun baru je kenal dia. Tapi, saya rasa nak cerita kat sini, mana tau dia google dan bolehlah dia tau kenapa saya berhenti (dan juga untuk guidance yang lain yang senasib dengan saya). Saya nak justify reason saya berhenti sebab malam tu saya bagi alasan yg koman2 aje.. tak tahanlah, sebab dah kawinlah.. kalau saya jadi partner macam dia tu, saya pun akan rasa alasan tu hanyalah sebagai escapism untuk tabiat malas yang sangat berleluasa dalam kaum kami...
Bukan saya tak suka PiDoubleYouSee tu, suka sangat sebab kawan2 sekerja yang best. Saya siap mimpi pasal PiDoubleYouSee for the first 3 months saya berhenti dari sana. Haa, boleh carik org yang termimpi2 bekerja di sana walaupun dah berhenti?kalau ada contact saya..
Sebab Satu
Macam saya dah explain kat dia, saya ni bukan accounting grad. Maka buat kerja taklah reti sangat. Masa mula2 tu mmg saya sangat blur..Materiality pun tak tau apa. Saya rasa saya bolehlah dikatakan bijak (chewah, maksud saya takdelah bebal..saya dah pass Konversion Kourse, dipilih pula masuk ke dalam PiDoubleYouSee..ok la tu), saya boleh terima apa yang diajar tapi makan masa sikit. Yelah, accounting grad belajar benda yang saya buat di sana lebih kurang 3 tahun lebih, saya kena belajar dalam masa sebulan? Mahu tak gila saya dibuatnya. Saya admit saya sangat struggle pada 2 tahun pertama di sana. Saya ada luahkan masalah saya, tapi diorg kata saya di'expected' untuk perform macam org lain. Uish, tapi saya selalu cakap kat diri sendiri..takpe, sebab saya dah pilih jalan ni. Bukan senang nak jadi senang..tu ayah saya selalu bagitau saya.
Penyelesaian Satu
Untuk masuk bekerja ke firma audit, jika anda takde degree dalam accounting, saya rasa jalan terbaik adalah untuk habiskan pelajaran sekurang2nya sampai tahap professional (untuk peperiksaan @CC@. Kalau tak, pasti anda susah nak cope buat kerja lagi2 jika anda dari degree IT, IS. Masa saya start kerja di PiDoubleYouSee tu saya baru nak start paper foundation, from scratch ok! Untuk bekas penaja saya, juga boleh take note yer!
Sebab Dua
Mula2, sebelum saya start assignment baru, saya selalu bagitau yang saya ni accounting grad. Bukan apa, saya ingatkan bolehlah manager atau senior bantu saya..tunjuk ajar apa yang perlu. Tapi plan saya backfired pulak. Saya diberi tugasan yang senang2 aja, lebih kepada 'admin' side. Bila compare dgn rakan2 sebatch, nampak sangat saya ketinggalan. Saya cuba jadi lebih proaktif, kalau saya free, saya jumpa akak yang uruskan booking for jobs, mana tau ada manager yang perlukan pertolongan ekstra.. Boleh tahan jugak lah, saya dapat juga bekerja untuk assignment yang lebih, tapi saya tak bagitau yang saya ni bukan accounting grad. Betul, saya dapat exposure buat area yang lebih susah..tapi, agak slow la saya buat sebab saya kena banyak tanya org dan untuk pahamkan. Kalau dapat senior & manager yang best, dapatlah saya belajar dengan byk..kalau yang kerek tu, nak tanya pun tanak layan..semua kena buat sendiri, dan try carik resources lain dengan tanya kawan2 yang lebih experienced..dekat sinilah saya selalu datang kerja on weekends sebab boleh spend lebih masa untuk buat kerja (tak charge to timesheet), kat sinilah saya bekerja masa Hari Buruh (walaupun masa tu lah yang org tak payah kerja), kat sini jugaklah saya bekerja dari pukul 7 pagi hingga 7 pagi keesokan harinya..Itu semua sebab nak reach expectation dan cara bekerja di PiDoubleYouSee..
Penyelesaian Dua
Kalau bekerja di firma audit, janganlah terkejut dengan working hoursnya kerana ini sangat biasa. Kalau anda charge byk masa untuk job itu, memang sure next round anda tak akan diambil lagi untuk bekerja dengan manager itu. teruk kan? Saya rasa baiklah kita berterus terang yang kita ni bukan accounting grad, tetapi haruslah equipped with the resources, knowledge and efficiency (ini saya quote dari sorang mamat yang kerja di UK tapi mungkin ada intention untuk balik M'sia dan kerja di EnY sebab dia join meja kitorg tak lama lepas itu. Yerlah, partner EnY ada kat situ beb!) Masa dia buat statement ni, saya terasa adakah aku tidak? Cakap senanglah, cuba letak diri anda dalam kasut saya (put yourself in my shoes - kasut I saiz 8, u muat ke?)Manager2 haruslah faham situasi kami ini. Kami perlukan banyak bimbingan.. fikirlah ini sebagai personal CSR (Corp. Social Responsibility) anda. Macam mana anda nak bimbing kompeni lain dalam area ini kalau anda sendiri tak praktikkan? Yer tak?
Why I English
2 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan