12 Februari 2009

Status Terkini pada 12 haribulan Februari 2009

Hidung saya tersumbat. Selsema dari hari Isnin lagi.
Badan saya penat, sebab mengembara tanpa henti (chewah!) dari cuti tahun baru cina tempoh hari hinggalah hari Ahad baru ini. Antara tempat2 yang dilawati ialah PD, Melaka, Buluh Kasap, Terengganu dan Kuala Kangsar.
Minggu depan saya akan berada di Johor Bahru selama 3 minggu...Lamanya.
Selepas itu pula, akan terus ke Jakarta...
Baju untuk ke Johor belum kemas lagi..
Baju ke Jakarta, apatah lagi..

Selepas itu, saya berjanji kepada diri sendiri untuk menumpukan perhatian ke pembelajaran saya yang tertangguh..Banyak tu yang tertinggal.

Vicks Inhaler ini tak membantulah! Walaupun telah saya sumbat ke lubang hidung (ewwwww...)

Malam ini kena gembira kerana saya akan menonton Puteri Gunung Ledang (hebat sangat ke? Kita tentukan malam ini..)

Nak buang hidung boleh tak?

Tiada ulasan: