19 Januari 2009

Di awang-awangan bersama Yee Mee dan Mentega

Saya bersendirian pada hujung minggu lepas. Enche' B pergi ke Kuala Kangsar, ada kem bina pasukan (team building) untuk anak-anak itik hoki. Saya tidak mahu rasa untuk ber'kem' di hutan. Almaklumlah, saya kalau pergi mana2 mesti saya periksa keadaan tandasnya. (Jatuh cinta pada rumah pun sebab tandas, iye tak?)hahah.. Tidak payahlah saya terangkan lebih lanjut tentang tandas pula.


Jadi sebagai seorang isteri yang penyayang, saya pun masaklah makanan tengah hari Sabtu lepas. (Resolusi tahun baru harus diikuti!) Saya dapat memasak dengan tenang kerana Enche' B pergi ke Shah Alam untuk mengajar.

Apa yang saya masak? Saya ini gemarkan hidangan bersup ala 'Cina'. Maka, saya telah pun memasakkan untuk Enche' B makanan yang sering saya makan waktu rehat ataupun selepas aktiviti ko-kurikulum selepas sekolah. Makanan itu adalah.......

Yee Mee Bersup

Di sini saya sertakan resepi untuk ingatan diri sendiri ataupun rujukan untuk rakan2 di alam siber maya ini. Boleh diperbaiki lagi.. Saya pun bukannya pandai memasak sangat pun. (Tapi terasa bagus kerana Enche' B menganugerahkan 8 bintang (********) untuk masakan kali ini.

Bahan-bahannya (baca dalam gaya Chef Wan..)
Masakan untuk 2 orang
Secubit ikan bilis (susah hendak terangkan, ambil biar muat2 di hujung kelima2 jari anda)
Sebji Bawang Merah (sederhana) - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
2 ulas bawang putih - dikisar/ ditumbuk/ dipotong halus2 (suka hati anda)
Bahan2 di atas hendaklah direbus. Rebus lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan lebih aroma, rasa dan bau. Apabila air kurang (akibat proses pengewapan akibat direbus) tambahlah air. Letakkan juga lada sulah, secukup rasa.

Saya terpaksa potong halus2 bawang2 itu kerana rumah saya tidak ada pengisar lagi..heheeh

Sambil menunggu air rebusan ikan bilis itu, bolehlah kita sediakan bahan2 untuk menemani yee mee itu di dalam hidangan kita. Apa yang saya pilih ialah:


1) Udang
2) Ketam Ball
3) Fish ball (saya rasa yang telah digoreng tu lebih sedap untuk dimakan bersama sup)
4) Sotong ball
5) Crab Stick
6) Sawi bunga
7) Daun sup + daun bawang dihiris


Jangan lupa bahan utama dalam masakan ini...

Yee Mee yang boleh didapati di kedai2 berdekatan dengan anda


Setelah siap semua bahan2nya, boleh la kita masukkan ke dalam air rebusan kita tadi. Letak garam, gula, ajinomoto dan lada sulah (semua secukup rasa) ke dalam air rebusan kita.


Oops..lupa. Yee Mee tidak payah diletakkan di dalam air rebusan itu. Letak Yee Mee dalam mangkuk sahaja, air rebusan bercampur bahan2 lain hanya dituangkan di dalam mangkuk itu. Biar air rebusan itu sahaja yang akan melembutkan Yee Mee yang rangup itu.


Siap sudah Yee Mee bersup sebagai makanan tengah hari kami hari itu. Maaflah, lupa pula mengambil gambar hidangan. Tak sempat2 hendak dihabiskan untuk mengejar masa.

Selamat mencuba!
********************************************************************************************
Hari Ahad pula, saya dan jiran tetangga (dalam kereta itu penuh juga 5 org kesemuanya, termasuk saya) pergi ke Istana Budaya untuk menonton persembahan akhir Butterfingers pada tahun 2009.

Bagaimana persembahan mereka?
Saya rasa pada hari Ahad itu adalah masa di mana saya berdiri selama 1 jam setengah yang paling berbaloi (Nota : Kalau kena denda semasa sekolah, sila nyanyi dan bayangkan anda di konsert band kegemaran anda. Pasti anda lupa diri/ waktu/ kena denda..hahah)
Lagu2 yang dipersembahkan adalah daripada album2 lama Inggeris mereka. Saya yang memang tak berapa nak hafal lirik boleh menggeleng2/ anggukkan kan kepala sambil mendengar irama yang sangat menghiburkan jiwa. Sungguh! Saya tak tipu. Ditemani alunan gitar petikan saudara Loque dan Kadaque (sangat hawt, ok!), dengan suara merdu dendangan saudara Emmett (sebab dia inilah persembahan di Istana Budaya diadakan - dia akan berpindah ke Kanada. Isterinya menanti di sana) dan pukulan deram saudara Loko.. Saya bahagia bagaikan di syurga...Berbintang2 boleh saya bagi untuk kumpulan kugiran kegemaran saya ini.

Sempat juga bertemu (saya paksa dia tengok saya) saudara Kadaque menyampaikan salam Enche' B. Saja saya buat begitu supaya dia kena boleh ingat saya. Oh, saya sungguh macam groupie..Saya sebenarnya berniat untuk mengambil gambar dengan seluruh anggota Butterfingers tapi mereka sangat dikerumuni peminat. Memang tidak boleh sempat. Ah, saya memang groupie?

Tidak sabar menunggu dvd yang mengandungi keempat2 persembahan Butterfingers di Istana Budaya. Boleh tunggu sahajalah yer... Ke nak suruh Enche' B dapatkan?ekhekhekhe...

Senarai laman web Butterfingers (ditiru dan ditampal dari laman Facebook mereka) :

http://www.butterfingers.com.my/
http://butterfingerstheband.blogspot.com/
http://www.myspace.com/butterlatethannever
http://amp.channelv.com/amp/viewArtist.html;jsessionid=745171A07A1D8C8BE3599DD30C049F55?id=5757
http://youtube.com/butterfingerstheband
http://www.royalbutterfingers.net/

Hari Istimewa


Mari kita alu-alukan kedatangan Puan Karapoleh (blognya adalah http://karapoleh-sp.blogspot.com/). Saya dengan ini menobatkan (chewah) anda sebagai pengikut blog saya yang pertama! Terima kasih atas sokongan anda...

'Print screen' ruangan blog Puan Karapoleh

15 Januari 2009

Mimpi Yang Indah

Malam tadi saya mimpi bag ini...
Cantheeekkk kan? Haih, saya hanya boleh bermimpi sahaja sebab saya tidak boleh membeli bag tangan lagi. Sangat bengangsedih. Tetapi, mengenangkan perbelanjaan lain yang lebih penting (beli meja ruang tamu) dan perbelanjaan2 lain yang telah pun dihabiskan semasa hendak berpindah rumah, saya akur.

Tambahan lagi, saya ada trip yang ditunggu2 pada tahun ini. Kami akan cuba untuk pergi melancong 'besar' paling kurang sekali setahun. Trip kali ini, akan kami pergi dengan rakan baik (kenal dari Tingkatan 1, ok!) Trip kali ini akan menjadikan salah satu 'cita2' kecil saya menjadi impian. Terima kasih Enche' B!

Trip yang saya maksudkan adalah trip ke negara jiran, ahli ASEAN, dan merupakan satu negara yang besar. Nenek moyang saya berasal dari tanah seberang ini...

(dalam slang Indonesia seperti imaginasi penulis)
Mahu gi mana ya?
Gwe mahu pergi JAKARTA!!


(gambar diambil dari www.fintastique.com )


Ngapain mahu pergi ke sana?
Gwe mahu nonton Java Jazz Festival..waduhh..enaakk!!

(Untuk pengetahuan lebih lanjut, sila layari http://javajazzfestival.com/ )

Ada satu peristiwa yang berlaku semasa saya dan rakan baik cuba untuk membeli tiket festival online. Persembahan Brian McKnight dan Swing Out Sister adalah pada hari yang sama...tapi kami tidak pasti .. adakah waktunya juga sama? Kalau sama, tidak payahlah kami beli kedua2 tiket untuk menonton kedua2 persembahan itu. Badan kami bukannya boleh dikerat dua (walaupun sebenarnya badan saya jika dikerat dua pasti serupa dengan imej saya waktu 'muda2' dahulu.)

Lantas, saya mengambil langkah yang cepat dengan menghubungi mereka di Indonesia.

Org Sana 1 :Kring Kring... Halo?
Che' Merr : Yes, hello. I am calling to ask you on the times for shows of Brian McKnight and Swing Out Sister which is scheduled on Sunday (blablabla..terre nye saya ber'speaking')...so, will these two artists be performing on the same time?

Org Sana 1 : Yaaa.....
Che' Merr : What? On the same day?

Org Sana 1 : .... (terdengar kekecohan seketika di bahagian sana)..

Org Sana 2 : Halo..
Che' Merr : Yes, hello..I would like .. (terdiam seketika) Saya Che' Merr dari Malaysia (cuba meniru longhat Indonesia yang ditonton di sinetron)..

Org Sana 2 : Oh Ya!! (agak gembira mendengarnya, mungkin gembira kerana sambutan JJF2009 sangat hebat!)
Che' Merr : Saya mahu tanya, show untuk Brian McKnight & Swing Out Sister, pada 8hb Mac ini, adakah masanya sama?

Org Sana 2 : Boleh lihat pada websitenya.. selalu diupdate!
Che Merr : Ya, saya sudah lihat.. tapi hanya ada list artis untuk setiap hari..tetapi tidak ada masa show.

Org Sana 2 : Ya..masanya akan diupdate bulan depan. Sila lihat website selalu ya!
Che Merr : Tapi saya mahu beli tiket online, lebih murah bukan? Hari ini kan hari terakhir untuk promotion harga paling murah.

Org Sana 2 : Oh Iya.. jadi mahu beli, sila lihat website..selalu diupdate!
Che Merr : (oh..susahnya hendak menerangkan dalam bahasa Indonesia). Ya, saya selalu lihat website..tapi...blabla (cuba menerangkan soalan sebenar yang ingin saya tahu jawapannya.)....

(dalam seminit dua)

Org Sana 2 : Mahu tanya jamnya atau harinya?
Che' Merr : Jamnyaa!! (lega kerana mungkin akan dapat jawapan)

Org Sana 2 : Beda! Jamnya beda! Pasti berbeda!
Che' Merr : (dengan nafas lega) Beda?..ya bagus! Boleh saya beli tiket onlinenya.. Makasih ya!

Org Sana 2 : Makasih....
(talian diputuskan saya, takut mahal pula menelepon Jakarta)

Saya bukannya mahu menjelaskan bahawa pihak penaja tidak melayang saya berbahasa Inggeris (saya pun bukan pandai ber'speaking') tetapi ingin ketawa kerana perbualan tadi seperti perbualan ayam dan itik. Bagaimana, kita dari rumpun yang sama, tetapi bahasa kita berlainan? Itu saya kena tanya pakar bahasa pula.

Tetapi ia adalah satu pengalaman yang berharga untuk saya kerana saya berkomunikasi dengan orang Indonesia (di Indonesia). Orang Indonesia di sini sudah fasih berbahasa Melayu. Tidak ada masalah. Saya rasa saya perlu melengkapkan diri untuk berbahasa Indonesia. Nanti tidak susah untuk berkomunikasi. Nasib baik bahasa Indonesia dan Malaysia ada banyak persamaan. Tidaklah saya terkapai2 belajar. Saya rasa saya akan belajar dengan menonton sinetron2 Indonesia dengan lebih banyak (ini juga tidak susah, saya hanya perlu menonton bersama2 mama) dan juga praktis bersama Kak Wagi..heheh

06 Januari 2009

Azam Tahun Baru


Entri kali ini adalah gabungan beberapa peristiwa yang telah berlaku dari minggu2 terakhir 2008 sehinggalah hari ini. Kejadian2 yang berlaku pada tempoh yang disebutkan membuatkan saya berfikir dan menetapkan perkara2 penting yang perlu saya utamakan untuk 359 hari2 yang akan datang :


(1) Nek Ngah meninggal dunia


Gambar semasa Raya 2008. Sakit tetapi tetap melayan tetamu yang datang. Alfatihah untuk Nek Ngah.


Emak (mertua) menelepon Enche' B pagi tadi untuk memberitahu Nek Ngah meninggal dunia. Agak terkejut kerana ketika itu saya tengah bersiap2 untuk ke ofis (sambil terfikir bagaimanakah keadaan Nek Ngah?). Tiba2 dapat pula berita sedih itu. Malam ini kami akan ke Klang untuk tahlil Nek Ngah. Saya suka Nek Ngah kerana dia(allahyarhamah) mengingatkan saya dengan makcik2/ nenek2 sedara di Singapura. Serupa betul keramahan mereka. Mungkin kerana itu adalah ciri2 biasa seorang makcik2/ nenek2 keturunan Jawa.

Penambahan : Sudah pun pergi ke tahlil Nek Ngah malam semalam (6hb Jan 2009) tapi sampai selepas habis tahlil. (Maaflah, Klang dan Cheras terlalu jauh. Balik pula ke rumah sebentar untuk makan dan mandi, bertukar baju sesuai untuk majlis tahlil.) Tok Ngah sangat sedih ketika Enche' B 'menemuramah' Tok Ngah. Tok Ngah dan Nek Ngah biasa berdua. Menitiskan air mata ketika bercerita keadaannya terpaksa tidur seorang, terbayang2 Nek Ngah. Saya turut menitiskan air mata (pada ketika itu dan ketika menaip penambahan entri ini. Sedih sangat lah!)


AZAM TAHUN BARU :

(a) Saya hendak (mesti) lebih menghormati & menyayangi ibu bapa & (mertua). Bayangkan mereka pergi, tidak sempat pula menunjukkan kasih sayang kita.. Alangkah sayangnya....

(2) Masuk rumah baru

Tak payah lah saya menerangkan tentang perkara ini panjang lebar. (Untuk lebih keterangan lanjut, sila rujuk entri2 sebelum ini)

AZAM TAHUN BARU :

(a) Saya hendak (mesti) menjaga pakai/ minum Enche' B (bukan susah pun.. goreng telur dan ada ayam dah cukup bagus. Enche' B tidak memakan daunan / sayuran hijau...hehehe.) Tetapi setakat ini saya tidaklah sekejam itu. Dia makan apa saya masak. Saya masak untuk saya makan. Bab makanan, saya sangat cerewet. Jadi, patut tahulah yang Enche' B tidak makan telur goreng dan ayam sahaja..

(b) Saya hendak memanfaatkan ruang dapur yang sedia ada di rumah ini. Mungkin masak seminggu sekali (Ini mengecualikan aktiviti memanaskan lauk pauk dan juga menggoreng makanan segera).

3) Penghangatan rumah

Majlis berlangsung dengan agak lancar.. kecuali pada awal tengah hari, hujan lebat di kawasan rumah kami (juga sekitar Lembah Kelang) menyebabkan ramai tetamu datang agak lewat. Kami pada mulanya mengasingkan tetamu (pukul 1- 3 ptg untuk saudara mara dan jiran tetangga; pukul 3-5 ptg untuk rakan taulan, teman sepejabat dan yang seangkatan dengannya). Tetapi disebabkan ramai yang tergolong dalam kategori 1-3 ptg yang datang agak lewat. Jadi ada suatu ketika rumah kami bagaikan tempat 'pesta' (chewah!). Sehinggakan kawan baik dan rapat saya terkejut dengan keramaian orang di rumah kami. (sebab saya beritahu tidak ramai org).

Untuk gambar2, sila rujuk laman Facebook saya. Jika diupdate di blog, tak dapat pula saya 'tag' orang2 yang datang. (tapi ketika ini, belum lagi diuploadkan ke Facebook. Hari ini lupalah untuk membawa kamera..hehe)

Saya dan Enche' B gembira kerana ramai jemputan datang. Tapi ada juga yang tidak, menyebabkan saya tertanya2. Mungkin, bak kata teman sepejabat, saya tidak sms atau menelefon kawan2 untuk datang ke penghangatan rumah. Setakat mengajak melalui aplikasi 'Invite' Facebook. Seperti tidak mengajak bersungguh2.

Saya ingin memohon maaf kepada kawan2 yang mungkin terasa kerana saya seperti 'ajak2 ayam' sahaja. Itulah, komunikasi ini amat penting untuk apa2 jua tujuan kita. Saya rasa skil komunikasi saya agak lemah antara kawan2 sehingga ada yang terasa, marah dan menyampah. Balas sms pun lambat, dengar suara melalui telefon pun susah...Baiklah..azam yang seterusnya -

AZAM TAHUN BARU :

(a) Komunikasi dengan lebih baik dengan kawan2. (Pendek tapi padat dan dalam maksudnya)

Azam2 yang lain yang tidak kurang pentingnya tetapi tidak tahu untuk dikaitkan dengan peristiwa apa :

(a) Menghabiskan sekurang2nya 3 kertas (maksud : Tidak GAGAL) untuk peperiksaan profesional saya. Habis 3 kertas, tinggal lagi 5.

(b) Kuruskan badan? Hahah... (tak tahu nak tambah apa dengan penyataan ini)

(c) Naik pangkat! (Tapi bukan gila kuasa!)

(d) Pergi Java Jazz Festival tahun ini (Hint!Hint!)

(e) Sembahyang tidak tinggal 5 waktu

Itu sahaja yang saya terfikir waktu ini. Semoga Berjaya!!