31 Disember 2008

Peta lukisan tangan ke rumah kami

Masih sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga kami. Terlalu banyak benda yang ingin saya luahkan di sini, tetapi masa terlalu singkat dan perasaan untuk berceloteh panjang tentang kejadian2 semasa berpindah rumah belum ada. Bak kata pengarah drama "Mesti ada feel.."


Peta ini disertakan dengan entri ini kerana saya tidak tahu (pasti) bagaimana hendak menghantar gambar yang sangat jelas melalui telefon bimbit.



Kalau sesat, telefon kami ya!! (Anda ada nombor kami!)





(maaf, image saya delete yer)


Tambahan : Maaf kualiti kurang memuaskan. Kalau kabur, boleh hubungi kami.

24 Disember 2008

Kami bertekak berhari-hari

Haih..sebab nak pindah rumah baru, macam2 yang kami perkatakan/ perdebatkan/ perkelahikan (ada ke perkataan ini). Sangat sedih tambah bengang kerana baru nak mulakan hidup baru.. tapi ada acara bertekak pulak setiap hari.

Enche' B kata saya suka membebel!!
Saya kata pada Enche' B dia suka risau benda yang remeh temeh!
Jadi, siapa yang bersalah? Mereka atau keluarga mereka??

Sebenarnya, takde salah sesiapa. Biasalah, peringkat ini semua orang nak meng'adjust' diri memasing kepada satu suasana atau keadaan yang baru..yang asing..yang runsing..

Kesian Enche' B hari ini..dia terpaksa mencuci rumah bersama Kak Wagi dan adik. Itulah saya, ambik banyak sangat cuti belajar (study leave) yang ditolak daripada cuti tahunan hinggalah tinggal satu hari lagi (oh yer, saya akan bercuti 26hb ni, yelah..nak siap2 kan rumah baru). Siapa yang tak seronok kan? Saya hanya boleh menolong Enche' B daripada jarak jauh iaitu memberi dia peringatan (takut ada benda tertinggal), menelepon kerap bertanyakan khabar dan status..iyalah, sokongan moral lah! Saya telah pun menelepon kedai lampu untuk memberitahu bahawa kami akan datang mengambil lampu2 yang telah dipilih pada hari Jumaat ini.

Hari ini, acara yang akan diadakan di rumah baru (tanpa kehadiran saya)...
1 - mencuci rumah
2 - pemasangan barang2 elektrik dari Uncle Panasonic SS15
3 - pemasangan kain langsir dari Kak Nora langsir gorjes (Nombor kontak Kak Nora - 019 2325 095)
4- menelepon Cimalight untuk mengatur temu janji mengambil lampu2 (sudah dilakukan)
5 - Enche' B untuk membeli mangga2 kunci rumah baru
6 - sediakan senarai barang2 untuk dibeli dari IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain.
7 - Hari Jadi Saya hari ni...

Esok pula :
1 - Kosongkan almari yang dipakai sekarang untuk baju2 digantung di dalam almari besar rumah baru
2 - pencucian rumah kali kedua (mama kata rumah baru sangat berhabuk, jadi harus untuk dicuci/ dimop berkali2)
3 - pergi ke IKEA/ kedai perabot lain/ kedai kelengkapan rumah lain untuk mendapatkan barang2 yang telah disenaraikan
4 - pernikahan kawan 'kechil' saya di Bukit Jelutong (tidak ada kena mengena dengan penghijrahan ke rumah baru, tapi kena hadir!)

Lusa pula :
1 - masukkan kelengkapan di dalam bilik sekarang ke dalam rumah baru (TV, gerobok, kasut2, baju2 dan banyak lagi)
2- pencucian rumah kali ketiga
3 - pemasangan lampu
4 - perabot rumah sampai
5 - kontraktor datang untuk melihat paip tersumbat di bilik mandi bilik utama
6 - Shafiq kayu jati mengangkat katil, almari jati dari rumah mama ke rumah baru
7 - Ayah dan Enche' B membaca surah Al-Baqarah..sebagai pendinding rumah baru (minta dijauhi daripada benda2 yang tidak elok)

Tulat pula :
1- pencucian rumah kali keempat
2 - (mungkin hari ini kami tidur di rumah baru)
3 - perjumpaan dengan Doktor Rasliza untuk membuat prosedur 'follow up' untuk operasi kecil saya April lalu (kena jumpa..hari ke-8 menstruasi)
4 - resepsi hotel kawan 'kechil' saya di Shah Alam

Hari selepas tulat pula :
1 - Hari ini hari jadi Enche' B pula (yer, kami berkongsi bulan jadi)
2 - Pergi ke rumah Angah untuk mengambil kereta Wira 'Turbo' Enche' B
3- Pergi ke rumah Ibu Mertua untuk mengumpul barang2 hadiah perkahwinan dan juga barang2 Enche' B yang telah pun diasingkan ke tempat lain (kesian barang2 Enche' B kan?)
4 - Kenduri rumah Kak Aida (kena hadir!)\
5 - Acara makan beramai2 di rumah kawan 'tinggi' saya di Keramat.

Wahhh... Banyak sungguh aturcara minggu ini. Mesti penat kan? Tidak mengapalah, bak kata orang-orang tua : "Bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian." Tidak begitu?
Tapi saya harap saya tidak akan memaksa Enche' B untuk melakukan semua yang tercatit di atas (memang buat bersama2, tapi mungkin terlalu sibuk sehingga terpaksa menolak ke tepi perkara-perkara yang kurang penting). Saya tidak mahu menjadi 'pushy'..heheh

Kepada semua, harap faham situasi 'tidak henti-henti' kami minggu ini, ya...
Penghangatan rumah masih dalam perancangan..takut2 mungkin akan dipinda ikut kekosongan tukang masak dan juga kepenatan tuan rumah yer. Tarikh yang telah diberitahu bukan muktakhir..tapi tunggu ya! Saya pasti akan meng'update' tarikh itu seawal yang mungkin!!

18 Disember 2008

Bilakah akan pindah rumah baru? Penghangatan rumah (housewarming) juga?

Secara rasmi akan berpindah ke rumah baru..tak tahu lagi (aih, teruk betul kami ni. Kurang perancangan agaknya!) Tapi mungkin akan adakan penghangatan rumah pada 3 haribulan Januari tahun 2009. Sila kosongkan kalendar anda pada hari itu ya!

Gambar barang2 dimasukkan ke dalam rumah baru akan diletak pada minggu terakhir Disember. tak sabarnya saya!!!

11 Disember 2008

Apakah dia perasaan ini?

Erm..saya baru sahaja menduduki peperiksaan profesional pada hari Selasa lepas. Susah sungguh kertas itu. Adakah saya seorang sahaja yang merasakan sedemikian rupa (kerana tidak belajar bersungguh2, hanya melakukan 'spotting') atau ada pihak yang lain merasakan apa yang saya rasa? Pada hari itu, saya berasa sangat sedih..nasib baik Enche' B bercuti (owh, sungguh manis sekali, ambil cuti untuk hantarkan saya ke lokasi peperiksaan..)haha. Disebabkan saya bermuram durja selepas tamat peperiksaan, terus saya mengajak Enche' B pergi ke restoran makanan segera berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan makanan selesa?(comfort food). Tika itu, saya gembira..seiring dengan 'kenyang perut suka hati'...

Ingat tak saya bercerita tentang Kak Nora, pembuat langsir handal? Kami telah pun bertemu di rumah mama pada hari Sabtu lepas. Kak Nora banyak juga membawa sampel2 kain langsir, yang bercorak dan juga yang kosong untuk membuatkan saya pening, tak tahu hendak memilih yang mana satu. Tetapi disebabkan saya tidak mahu pening lama2, saya mengajak Enche' B pergi ke kedai baru Kak Nora yang terletak di Selayang. Kami mengekori kereta Kak Nora dari belakang. Kak Nora telah berpesan, dia memandu agak laju sebelum kami meninggalkan rumah. Memang betullah Kak Nora memandu bak 'wah bergaya mencelah celah'. Nasib baik kami tak sesat. Ada beberapa gambar diambil sekitar masa kami berada di kedai Kak Nora. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah ambil nombor kontak Kak Nora yang ada di papan tanda lama kedainya (Ya, Kak Nora bercadang mahu menukar papan tanda yang sedia ada.)











Perasaan : Sangat gembira. Mestilah suka kerana sudah memilih langsir yang berkenan di mata.


Benda yang buat saya seronok jugak pada minggu lepas adalah... 80% dapur saya sudah siap!! Untuk tatapan semua ...


02 Disember 2008

Di mana untuk membeli bag tangan secara online?

Adik ipar saya sudah lama meminta listing untuk website2 yang selalu saya kunjungi sama ada untuk membeli/ mencuci mata/ tenangkan fikiran? bagi bag tangan khususnya. Saya agak percaya untuk membeli barang2 secara 'maya' ini, (saya bukan berlagak, minta2 dijauhkan dari kegiatan penipuan scam yang berleluasa pada ketika ini.) Saya juga lebih suka membeli secara 'maya' kerana kita boleh mendapatkan bag lebih murah daripada apa yang ditawarkan di butik2 kelas atasan yang berada di kompleks membeli belah yang tumbuh melata bak cendawan terutamanya di Kuala Lumpur ini.

Enche' B juga sangat setuju, kadangkala menyokong point2 saya ketika saya bercerita dengan penuh emosi kepada mereka kawan2, kenalan dan juga saudara-mara. Enche' B pasti menyokong saya apabila saya berjaya mengurangkan perbelanjaan saya, secara tidak langsung pasti mengurangkan pengeluaran wang dari titik peluhnya...hehe

Saya persembahkan website2 yang anda semua boleh lawat untuk membeli/ mencuci mata/ tenangkan fikiran:
a) http://scentsnsecrets.blogspot.com/ (saya kenal Ana. Banyak juga membeli dari dia)
b) http://afbutik.blogspot.com/ (NekRock yang sangat cool!)
c) http://blog.whoosh2.com/ (Ini pun banyak juga. Bag Coach pertama saya dibeli darinya)
d) http://del14.blogspot.com/ (Kakak senior di sekolah saya. Tak pasti dia kenal saya atau tidak)
e) http://muyasecret.com/ (Pet-sis saya..hehe)
f) http://handbagsandmore.blogspot.com/
g) http://shoppingwithlily.fotopages.com/
h) http://broughtwithlove.blogspot.com/ (Saya banyak geramkan barang2 di sini..)
i) http://nicebargain.blogspot.com/ (Banyak barang2 Baby Phat)
j) http://fleurdelisbags.blogspot.com/
k) http://catsrepublic.blogspot.com/ (Ada kasut gerek2)
l) http://girlslilluxuries.blogspot.com/
m) http://mylilshoppe.blogspot.com/
n) http://bagsoflove.blogspot.com/
o) http://emayusli.blogdrive.com/
p) http://coachnmuchmore.blogspot.com/
q) http://sugarnation.blogspot.com/
r) http://styleexchange.blogspot.com/ (Pilihan dan peluang untuk ternganga dan "gaga" lebih luas)
s) http://theorkid.blogspot.com/
t) http://thecrazycoach.blogspot.com/
u) http://bags-limited.blogspot.com/

Kebanyakan (saya rasa kesemuanya!) ada links untuk membeli bag tangan Coach semestinya. Di bawah ini pula ada menawarkan bag Louis Vuitton... (sambil berangan2, bila agaknya giliran saya...Speedy 30 pun cukuplah) :
a) http://everyonedeservefinerthingsinlife.blogspot.com/
b) http://www.authenticdesignershandbags.blogspot.com/ (Gucci, Fendi & Dior pun ada)
c) http://wiffy-salesblog.blogspot.com/

Tudung2 (Tie Rack antaranya) tidak dilupakan...
a) http://nice2haveit.blogspot.com/
b) http://the-indulge.blogspot.com/
c) http://lovelyaustere.blogspot.com/

Lain2 (mungkin baju, untuk anda, si kecil)
a) http://www.miaandmika.com/blog/
b) http://pinkgincu.blogspot.com/
c) http://www.sara.my/ (Jaminan untuk wang anda. Saya kenal sangat dia ni..hehe)

Selamat melayari kesemua website2 ini.

24 November 2008

Bila masa sesswai nak panggil org buat langsir?

Banyak benda yang kena beli untuk rumah baru. Nantilah saya ambik gambar dan letak kat blog ni. Tapi sekarang tgh konsentret nak pilih langsir. Mama dah sound dah, Kak Nora tgh tunggu call. Nanti boleh pilih langsir. Tapi, boleh ke pilih langsir kalau sofa kerusi meja makan semua belum ada (letak kat ruang tamu.. semua dah ada tapi kitorg letak kat kedai. Pakcik kedai Panasonic SS15 pun dah tanya bila mau pindah rumah?) Tengah tunggu Abg Ya siapkan semua yang kitorg dah diskas dgn dia.

Sekarang ni tengah tunggu Enche B datang amik kat ofis. Tadi Enche B telepon, bagitau hari ni boss baru masuk department, dia panggil miting pukul 5.20 pm tadi. Ape la punya boss. Saya bagitau Enche B lain kali bagitau boss "Saya ni nak ambik isteri saya balik rumah. Dia ada exam lagi lapan hari (tarikh : 1 Disember 2008). Saya yang kena ajar dia!" Enche B gelak jer. Saya tau dia takkan cakap macam tu sebab dia nak jadi Menteri Kewangan. Saya suruh dia jadi Gabenor je sebab banyak menteri suka carik bini lebih dari satu. Saya tak suka kongsi walaupun saya tau "Sharing is Caring" tapi tidak sesekali perkara ini.

Nanti, nak pilih langsir macam mana yer? Saya tak nak lah pilih bunga2, sebab tak sesswai dengan tema rumah saya. Saya nak konon2 very simple. Yelah, rumah pertama kan. Mungkin kalau dah ada rumah ke-3, mungkin saya pilih bunga2. Lagipun bunga2 ni kan mahal. Takpelah, saya percaya Kak Nora boleh pilih yang best2 sebab saya percaya taste dia. Tak caya boleh tengok rumah mama saya. Channnteeekkk!

Esok kena ingatkan diri nak call Kak Nora. Sebab mama tak nak call kan untuk behalf saya. Saya rasa mesti mama konon2 nak suruh saya jadik independent. Yelah, ni kan rumah saya, bukan rumah dia (6.5% Loan Share tidak akan auto-lantik mama menjadi pemilik rumah - saya yang kena kendalikan hal nak masuk rumah baru. )

Enche B dah call. Dia bagitau dia dah on way. Saya kena solat Maghrib dulu. Kalau tak, nanti dia marah sebab dia tak suka tunggu dan tak suka orang lambat. (Saya selalu buat Enche B tunggu dan saya selalu mandi sangat lama..lambat tu). Oklah.