Wow, lama sungguh dan bersawang blog ni. Macam rumah ai bersawang tak dibersihkan (bagi alasan aku periksa weiihh) pulak tu. Sekarang ni kelam kabut nak bersihkan sebab ada saudara mara nak datang dan tinggal di rumahku syurgaku. Adik lelaki nak kahwin hari Jumaat ini. (Oh yer, hari Jumaat ni birthday saya...sila wish yer..haha)
So....ermmm....tak tau nak start dari mana.
Oklah, sekarang ni saya tengah menaip dari komputer riba yang lain. Bukan komputer riba milik Syarikat Pembentungan Negara tapi dari kompeni S (nama kompeni diberi sempena nama arwah isteri pengasas kompeni.) Dah nak 3 bulan dah kerja di sini, tapi tak berapa happy. Kenapa? Sebab bahagian saya ada 2 orang sahaja. Saya dan boss. Sahaja. Boring gila. Tapi ada jugaklah pengetahuan baru sebab kompeni ini adalah salah satu kompeni yang tersenarai di BSKL. Hebat bukan? Tak berapa hebatlah, sebab kompeni saya ni subsi yang tak banyak untung, bukan subsi yang kaya raya tu. Hari tu ada jugak apply kat sana tapi tak dapat. Nasib baik tak dapat jugak sebab boss dia H-O-T! hahah, jangan marah yer Enche' B, saya sangat sayang sama kamu. Kalau kerja bawah boss H tu mesti lagi tak boleh buat kerja.
Tapi, saya dah nak berhenti kerja dah.. sebab saya dapat tawaran belajar sepenuh masa!! Yeay!! Yabbadabbadoooo!!! Tercapai juga cita2 ai. Haih, puas hati. Maka itulah juga penyebab aku malas nak buat kerja, habiskan first assignment yang tak habis2... ishh
Bila dah belajar full time ni, tak boleh belanja macam orang bekerja (kata Enche' B). Iyolah pakcik, sebab tu saya telah membeli barang2 yang dihajati sebelum berhenti kerja,heheh.
Ditambah pula BeeEnEm baru dapat durian runtuh, ai pun tumpang bahagia..
Apa lagi yer nak diupdet? Oh yer, boss lama dapat tau ai bekerja di kompeni S. Lepas ni kena buat damage control sebab saya tak nak dia ingat saya tipu sebab berhenti kerja. Saya cakap saya nak sambung belajar tapi tengok2 keje tempat lain pulak. Saya pun dah lama tak pergi gym.... itulah updet terkini
Why I English
2 bulan yang lalu