25 Jun 2009

Sabbath Blood Sabbath

Lagu sempena hari Khamis, malam Jumaat.
Maaf, sekarang ni saya suka sangat lagu ni sebab saya rasa teringin sangat untuk nyanyikan kepada orang2 yang saya tak suka dan saya sendiri. Adakah ini bermakna saya tak sukakan saya?

Lagu nyanyian kugiran The Cardigans. Ini lagu lama. Saya suka lagu2 lama, kurang lagu2 baru. Saya orang lama...

You've seen life through distorted eyes
You know you had to learn
The execution of your mind
You really had to turn

The race is run the book is read
The end begins to show
The truth is out, the lies are old
But you don't want to know

Nobody will ever let you know
When you ask the reasons why
They just tell you that you're on your own
Fill your head all full of lies

The people who have crippled you
You want to see them burn
The gates of life have closed on you
And now there's just no return

Nobody will ever let you know
When you ask the reasons why
They just tell you that you're on your own
Fill your head all full of lies

16 Jun 2009

Masalah Ketiga

Hellooo Che’ Merr…

Howwa u? I suke lah ekceli baca blog u ni. You ni cutelah bila menulis..gedixx ok!!

I dari tadikan, Che’ Merr.. tak boleh buat kerja. Ada one thing in my mind bothers me too much, ok!! Sebab tak boleh buat kerja and after blog hopping so many blogspots, suddenly I remembered your blog and decided to tulis2 kat you.

Dengar lah ni, Che’ Merr. Tadi kan, masa I pergi lunch. I order kuetiow goreng..my favourite you know, ok!!! Oklah makan tadi, portion agak banyak sebab I agak kenyang masa habiskan kuetiow goreng tu.. Makanan jangan dibazirkan..owww!!!

Hari ni I pakai white shirt, dengan vest hitam plus pants hitam.. I tak boleh jalan dekat2 dengan hotel nanti orang ingat I kerja hotel pulakk.. tak kuasa, ok!! Tengah I makan, (sedap tau, u patut makan kat kedai ni..near to Ambank kat PBD ni. I tak hafal nama kedai tu tapi ada waiter tu muka hensem plus cakap English jer kat I . I rasa dia orang Siam) ..tiba2 jumpa la kawan kerja lama I kat PeeDoubleYouSee tu.. dia tegur I.. part ni yang buat I tak keruan ni..dia cakap “Asal aku tengok kau ni makin sihat jer?”

Makin sihat?? Excuse me!! Paha I, lengan I sumer dah kecik sikit. Tapi I rasa I pakai putih that’s why nampak besar. Terus I tak selera sangat. Kesian colleague I offer makan orange I tolak sebab takde mood. Tapi kuetiow goreng I tu habis lah. Before she left, I don’t know why lah tetiba I made this statement “Saja nak justify, aku actually dah kurus sikit. Dulu lagi gemuk. Kau ni pulak apasal kurus sangat??”

Che Mer..betul ke apa yang I dah buat ni? Dah pukul 5 ni tapi kerja I still tak gerak2. Dah la gigi I sakit. Wisdom tooth I nak keluar tapi tak cukup space. Semalam I MC check gigi. Friday ni I kena operate gigi. I kasi kat u gambar x-ray gigi I, tapi yang tak jadi punyalah sebab yang jadi doktor dah simpan...ihihi (gelak gedixx)



Nampak tak belah hujung tu, that tooth tolak gigi kat depan dia. Sebab tu gambar dia bertindih..And then, since the akar of my gigi geraham dok push tulang jaw I, sebab tu sakit. I dapat ubat pain killer kaler kuning and antibiotic kaler pink. Comel, ok!!

Lepas kerja hari ni, I nak pergi gym..i nak rosakkan alatan gym kat BeeAndEm tu!!!

Persoalannya, I ni nak kena makan buah and kurma je ke untuk kuruskan badan I? Risaulah I Che’ Merr…

xoxo,
Ngadangada

Masalah Kedua

Che’ Merr,

Doh lamo ambo teringing nok mengutus seutas surat/ email / komeng kepada Che’ Merr. Tapi kerana ambo ado sambutang hari jadi yang perlu dihadiri, asyik dok dang eh Che’ Merr oiii..

Hari tu, saya gi rumah Aimi, anok dia birthday. Baru setahung budok tu. Chumil sangat. Ambo suko nengok anok orang laing, ambo dok ado anok lagi. Nok tigo tahung kawing, bak kato orang KL..takde rezeki lagi.

Ambo lapo sebab baru balik hantor jenazoh kak kubur, Aunty Rabiah ninggal. Ado lah jumpe kawang2 jirang2 dekak, ado jugok jumpe kawang2 Aimi nih. Ado spaghetti, sate, minung air sirap. Makanang ambo ingak, namo kawang2 Aimi dok ingak sangat..

Tengah makang, kawang Aimi ni se, tanyo asal banyok org kak rumah sano? Rumah Aimi ngan rumah Aunty Rabiah dekak.. Ami khabor kat kawang cakak ada org ninggal. Pastu kawang Aimi yang nate ni gelok2, cakak mati sakik jantung ke.. tu lah makang banyok, …buak lawok pule nate ni. Doh le Aunty Rabiah ninggal kena sakik jantung. Nate ni nok kena takek leher ni. Kurang ajo betul!!

Mu mati nanti, kawang Aimi, ambo tak mboh gi lawat mu. Jahak sangat mulutmu tu.

Che’ Merr, boleh dok ambo tak mboh gi masa dio mati nanti?

Ambo dok reti sangat,
Ghannu celuk (celup)

Masalah Pertama

Ke hadapan Che’ Merr dengan selamatnya. Apa khabar Che’ Merr sekarang? Lama tidak updet blog yer. Che’ Merr mungkin sangat sibuk. Macam mana peperiksaan tempoh hari?

Saya ada satu kemusykilan yang ingin saya tujukan buat tatapan dan perhatian Che’ Merr. Bulan lepas, jiran saya, Aunty Rabiah meninggal dunia. Innalillah. Saya dapat tahu pun dari ibu saya, masa tu belum meninggalkan katil pun. Mama saya hubungi telefon bimbit suami saya kerana telefon bimbit saya kong tidak di-charge malam itu.

Keluarga Aunty Rabiah sangat baik dengan keluarga saya. Aunty Rabiah selalu memberikan pisang lebih yang datang dari pokok pisang yang ditanam sendiri kepada keluarga kami. Keluarga allahyarhamah baik dengan keluarga saya kerana kami geng 5ing4pur4. Kami tak bangga dengan 5ing4pur4 kerana mereka tak tahu yang Petronas tu kompeni Malaysia, rasa Malaysia ketinggalan kerana tak cakap English dengan adik beradik , doktor di Malaysia tak sebagus doktor di 5ing4pur4 dan macam2 lagi (Maaf, lari topik pula. Terasa nak luahkan perasaan).

Oh ya, masalah yang bermain di benak saya ialah seperti berikut:
Saya dapat turut serta bersembahyang jenazah. Suami saya bilang, kalau kita nak tau org tu kawan kita atau tidak, kita tengok dia datang tak masa pengkebumian kita. (Pengajaran : Kita takkan tahu siapa kawan kita, Cuma yang hadiri pengkebumian kita tahu yang org datang tu adalah kawan kita). Saya rasa saya kawan kepada Aunty Rabiah jadi saya datang.

Semasa mengambil air sembahyang, saya terserempak dengan anak2 allahyarhamah. Tipulah kalau saya cakap yang diorang tak menangis. Saya jumpa mereka berdua dan peluk..tanpa berkata apa2. saya memang tak tahu apa yang kita perlu kata, buat untuk orang2 yang kehilangan ahli keluarga mereka ini. Wani, anak perempuan kedua memeluk saya sambil berkata, “Kak Lin, mummy dah takde” sambil menangis. Nak tahu apa saya balas? “Wani janganlah nangis nanti Kak Lin nangis jugak”

Oh Em Gee!! Apa yang saya luahkan ni? Saya fikir balik, kalau saya kehilangan, apa yang saya nak orang katakan pada saya? Payahlah sebab saya tak pernah melalui keadaan sedemikian. Kalau saya kata , “Sabarlah” atau “Moga2 rohnya dicucuri rahmat” atau “Jaga adik beradik awak elok2”…Saya rasa semua terlalu cliché . Jahat lah saya ni, tak berhati perut.

Itulah saya Che’ Merr, tak pandai nak jaga hati orang. Saya tak reti nak buat “White Lie” kerana saya rasa “A lie is still a lie”. Saya tak nak orang lain hipokrit dengan saya, depan cakap lain, belakang cakap lain. Sebab tu saya tak buat benda ini semua.

Dari,
Saya yang selurus-lurusnya.