Banyak benda yang kena beli untuk rumah baru. Nantilah saya ambik gambar dan letak kat blog ni. Tapi sekarang tgh konsentret nak pilih langsir. Mama dah sound dah, Kak Nora tgh tunggu call. Nanti boleh pilih langsir. Tapi, boleh ke pilih langsir kalau sofa kerusi meja makan semua belum ada (letak kat ruang tamu.. semua dah ada tapi kitorg letak kat kedai. Pakcik kedai Panasonic SS15 pun dah tanya bila mau pindah rumah?) Tengah tunggu Abg Ya siapkan semua yang kitorg dah diskas dgn dia.
Sekarang ni tengah tunggu Enche B datang amik kat ofis. Tadi Enche B telepon, bagitau hari ni boss baru masuk department, dia panggil miting pukul 5.20 pm tadi. Ape la punya boss. Saya bagitau Enche B lain kali bagitau boss "Saya ni nak ambik isteri saya balik rumah. Dia ada exam lagi lapan hari (tarikh : 1 Disember 2008). Saya yang kena ajar dia!" Enche B gelak jer. Saya tau dia takkan cakap macam tu sebab dia nak jadi Menteri Kewangan. Saya suruh dia jadi Gabenor je sebab banyak menteri suka carik bini lebih dari satu. Saya tak suka kongsi walaupun saya tau "Sharing is Caring" tapi tidak sesekali perkara ini.
Nanti, nak pilih langsir macam mana yer? Saya tak nak lah pilih bunga2, sebab tak sesswai dengan tema rumah saya. Saya nak konon2 very simple. Yelah, rumah pertama kan. Mungkin kalau dah ada rumah ke-3, mungkin saya pilih bunga2. Lagipun bunga2 ni kan mahal. Takpelah, saya percaya Kak Nora boleh pilih yang best2 sebab saya percaya taste dia. Tak caya boleh tengok rumah mama saya. Channnteeekkk!
Esok kena ingatkan diri nak call Kak Nora. Sebab mama tak nak call kan untuk behalf saya. Saya rasa mesti mama konon2 nak suruh saya jadik independent. Yelah, ni kan rumah saya, bukan rumah dia (6.5% Loan Share tidak akan auto-lantik mama menjadi pemilik rumah - saya yang kena kendalikan hal nak masuk rumah baru. )
Enche B dah call. Dia bagitau dia dah on way. Saya kena solat Maghrib dulu. Kalau tak, nanti dia marah sebab dia tak suka tunggu dan tak suka orang lambat. (Saya selalu buat Enche B tunggu dan saya selalu mandi sangat lama..lambat tu). Oklah.
Why I English
2 bulan yang lalu