25 Mei 2009

Entri pendek sebab Enche' B nak balik cepat hari ni

Antara highlights entri terbaru saya nnt (belum buat pun):

Chik Rabiah meninggal dunia
Pergi birthday party Aresha

Tak boleh tulis panjang2 sebab Enche' B dah on tha way dah...

Selamat Hari Isnin

21 Mei 2009

Antara Buku dan Fulus Mania..

Buku - bahan yang anda baca. Selalunya mempunyai kulit depan supaya org lain dapat mengenal tajuk bahan dan penulis bahan.

Fulus Mania - game show yang saya tak pernah tengok, ada ditayangkan di TV. Tak pasti sama ada siaran 1, 2, 3 atau 104. Yang pasti bukan 701.. heheh..Juga tak pasti sama ada masih disiarkan di kaca TV atau tidak.

Sekarang ni saya tengah demam peperiksaan. Semalam sahaja saya ada kelas ulangkaji dari pukul 10 pagi hingga 7.30 malam (Ada masa berhenti untuk makan, solat, kencing dan sebagainya). Kalau azan pasti dengar daripada Masjid Jamek KL.


Gambar diambil dari kelas guna telefon bimbit

Saya nak cerita kali ni bukan sebab saya dapat masuk pertunjukan permainan (game show) atau saya nak compare sapa lagi banyak baca buku cerita 'kalau-kau-kurang-baca-kau-tak-pandai-sangatlah' (elleh, ada org tu kalau dah pandai tak baca sangat pun boleh pass exam jer) tapi nak luahkan delima ..opps dilema yang melanda, tergolak jiwa dan perasaan saya sekarang ini.

Saya ni sangat2lah bercita2 tinggi untuk menamatkan pengajian peperiksaan profesional @CC@ saya ni. Tapi banyak sangat repeat sebab saya malas dan perasan pandai. Kali ni, saya rajinkan diri hadir ke kelas, buat nota kecil di kertas A4 dipotong dua dan buku 555, buat latihan - cecece banyak sangatlah tu - saya rasa saya boleh buat sebenarnya. Hanya kena usaha lebih sikit, kurangkan masa berlibur, hadirkan diri ke kelas, buat ...(sila rujuk ayat terdahulu). Lagipun, mama dan ayah nasihatkan kalau tak pass jugak peperiksaan tak payahlah teruskan lagi. Ambik Masters insya Allah boleh pass.

Tapi saya tak setuju nak buat Masters sangat sebab saya ni kan graduan IT, tapi kerja dalam bidang bukan IT, maka apa lagilah yang ada untuk saya pertaruhkan di dalam medan temuduga kalau bukan @CCa ini. Dapat kerja di sini pun sebab boss saya pun ahli @CC@ juga. Ya, saya harus habiskan 8 kertas lagi. Saya nak jugak, tak kira (ok, sebenarnya saya pun dah set kalau saya gagal jugak maknanya saya ni tak berapa pandai nak teruskan. Maka terus ke Plan B).

Bila dah belajar, terasa seronok pulak. Terasa wow, ni dah boleh jawab soalan Single Kompeni, kalau saya ada lebih masa mungkin saya boleh terre dalam Konsolidasi pula. Maka saya ujurkan idea ke Enche' B yang saya ingin belajar sepenuh masa.

Enche' B tak berapa setuju dengan idea saya. Dia cakap saya terpaksa korbankan banyak perbelanjaan 'harus' saya seperti bag tangan dan juga kasut dan juga makan sedap2 (oh ya, awak patut cuba piza di Yellow Cab.Sangat sedap, OK! Saya dah makan dengan Enche' B semalam). Saya cakap saya sanggup. Kemudia Enche' B bagitau yang nanti dia kena bayarkan perbelanjaan/ pembayaran tetap bulanan saya, termasuk juga belanja makan minum minyak saya nanti. Agak banyak juga. Sebab tulah saya cuba carik bantuan tambahan yang boleh menampung perbelanjaan sehari-harian. Antaranya ialah Pinjaman M@R@.

Dalam diskusi lagi untuk tentukan apa yang saya akan buat. Antara opsyennya ialah tukar kerja (mungkin saya terasa kerja tak best sebab tu saya nak belajar sangat) ataupun belajar part time (macam apa yang sedang saya buat sekarang, tapi belajar di Kolej yang lebih unggul dan mahal) ataupun ultimet gol saya sekarang ini iaitu belajar sepenuh masa.

Bayangkan saya dapat habiskan peperiksaan profesional ini, saya dapat apply tempat kerja yang lebih bagus dengan jawatan dan fulus yang lebih masyuk. Kalau nak harapkan apa yang saya ada sekarang, macam tak terrer sangatlah. Masa ni jugaklah saya boleh buktikan pada ibu bapa saya yang saya boleh belajar dengan cemerlang (dulu ibu bapa saya target saya dapat 1st class).

Sekarang ni saya cuba carik2 bila masa yang sesuai untuk masuk intek baru, macam mana nak apply bantuan kewangan untuk pembelajaran, dan apa2 yang relevan untuk belajar sepenuh masa.

Jawapan saya untuk soalan di atas ialah BUKU...

ps: Tetiba terasa semangat nak mem'blog' sebab ada org komen..ekheke.. saya tau sapa anda..

19 Mei 2009

Kasut Tinggi Hitam Bertapak Merah (bukan Louboutin) 4 inci

Hari Jumaat lepas, selepas beberapa kali tunda dan tukar temu janji untuk berjumpa dengan teman2 Bukit Bintang akhirnya dapat juga kami berjumpa. Mula2 hendak bertemu, berborak2 dan berkutuk2kan di Pavillion tetapi Puan STUV cadangkan kami jumpa di KLCC. Saya tak kisah sebab Enche' B pun ada temujanji hendak berjumpa rakan2nya di Pelita KLCC. Cik JKL pun tak kisah tapi terlepaslah peluang nak berjumpa dengan Puan SRQP sebab dia ada hal malam tu. Kalau tak senang jer jumpa kejap dengan dia sebab dia kerja di Pavillion.

Cik JKL sempat jumpa Puan SQRP sebab dia pergi check out Satay Bar di Pavillion, kedai kawan Shah Alamnya. Saya pula dah tiba di KLCC bila Cik JKL baru nak bertolak dari Pavillion. Puan STUV pulak tiba2 kenselkan temujanji sebab anak2 buahnya belum siap kerja. Kena tunggu sebab nak submit drawings malam tu jugak.

Anyway, saya ingatkan nak tayang kasut hitam saya kat derang sebab tu saya pakai kasut tinggi 4 inci tu. Kasut ni kalau pakai dalam 15 minit tu OK jer, kalau duduk pakai berjam2 pun takpe. Tapi kalau berjalan2, berdiri tegak lebih 5 minit tu..Tuhan saja yang tau. Sakit amat sangat. Part mana yang sakit, tak berapa pasti..tapi bahagian depan kaki. Kasut ni pulak jenis bertutup. Tapi rasanya semua kasut tinggi memang sakit pun kalau pakai lama2 kan...

Kasut yang dibeli online. Gambar dikopi dari http://yuniqueparadise.blogspot.com/

Tinggallah saya dan Cik JKL makan kat Dome, makanan dan minuman atas ihsan Cik JKL (dia yang dah janji nak belanja). Kami pun memulakan 'bitching' session sambil mengupdate apa2 yang patut sambil mencuci mata..hehe. Satu point yang saya nak highlight ialah Cik JKL telah mengesyorkan saya menggunakan l***i**nt..hahah, ada2 saja lah saya ni. Tak boleh stret forward sangat takut2 ada yang tk boleh terima. (Sorrylah, saya kena catat kat sini supaya saya boleh ingat bila saya mula gunakan 'bahan ajaib' ini).

OK, selepas membeli 'bahan ajaib' tu di Guardian (ya, saya pun tak tahu di farmasi pun ada), lalu saya mintak Cik JKL hantarkan saya ke Pelita. Tak larat dowh nak jalan sambil mengenjit kaki (efek sama pakai kasut tinggi). Dalam kereta saya tanggalkan kasut sebab dah tak tahan dah.. Rupa2nya Cik JKL pun penat / lenguh pakai kasut tinggi di Pavillion tadi. Dia pun pakai selipar chumil jer..Masa ni lah saya teringatkan selipar Havaianas yang sangat selesa itu....

Sampai di Pelita saya sarungkan balik kasut ini dan berjalan kontrol..Yelah, kan ramai org kat Pelita tu terutama sekali time malam libur (esok Sabtu tak kerja). Sempat saya berjumpa teman lama, Mr. A'aa tapi dia ignore saya jer. Macam tak suka jer nampak saya..Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin dia malu sebab saya jerit nama dia macam org jakun kat Pelita. Kawan dia pun pandang saya sebelah mata jer.. At least saya ni peramah bukan macam kau tu.. =p

Tetiba nak emo pulak, OK..hentikan. Mana tadi saya berhenti? Oh ya, saya pun join lah meja rakan2 Enche' B..ramai yang ada..not bad turn-ups for a last minute thingy. Masa duduk kan, so kaki tak de pape lah yang terjadi..Selesa jer walaupun sengal2 jalan2 kat KLCC tak hilang sangat.

Tiba masa nak balik..Saya tanya Enche' B macam mana kita nak balik ke KLCC (sebab kitorg park kereta kat situ). Menapak la, apa lagi. Saya buat2 muka kesian sambil tayang kasut, penatlah sayang. Mr JJ sarankan saya naik teksi. Gila apa, mau kena charge RM 20. Jarak tak sampai 1 km. Jadi saya, Enche' B, Mr Ruff & Mr Gaban pun menapak balik ke KLCC. Saya pesan jangan jalan2 laju2..takut saya ketinggalan. Derang tak kisah..Saya pun berjalan sambil meng'aduh2' (cakap aduh2 sepanjang perjalanan).

Depan bangunan Maxis, saya konfirm tengok jalan agak 'bersih', saya pun umumkan nak bukak kasut. Enche' B tak kisah. Mr Ruff dan Mr Gaban dok bantai gelak, tanya buat apa pakai kasut tinggi dah tau sakit. Sebab nak nampak cantik dan tau tak laki yang invent kasut tumit tinggi - itu jawapan saya. Betapa leganya kaki puas tak terkata. Dah tak segan dah jalan pegang kasut. Nasib la org nak cakap apa. (Saya boleh updet perkara gila saya buat - jalan tak pakai kasut kat KLCC..muahahaha). Berkaki ayamlah saya sampai tempat parking (tak aah, sebelum keluar lif saya pakai kasut balik..). Itulah pengalaman saya berjalan tayang kasut tapi tak berkasut.

Punyalah panjang cerita..Sebenarnya nak cerita saya berkaki ayam. Tu jer. Penat baca tak? Sapa suruh..hehe (elelelee...bacalah..Saya suka awak baca).. =)

13 Mei 2009

Sempat jugak saya merepek kat sini

Kepada Jernel-Onlineku, Apa khabar Jernel di sana? Diharap sihat2 belaka. Saya di sini baru baik dari selsema (asyik selsema je kan? terakhir sekali ialah bulan februari lepas.) Tapi saya batuk2 annoying, gatal2, tak nak berenti gatal macam nak garu jer. Penat batuk macam ni. Saya meminta maap sebab lama tak updet, takde celoteh dan bebelan. Saya asyik sibuk keje jer. Saya takde benda nak updet sangat, cuma...

a) Enche' B baru balik dari Cebu Island
Tak lama, cuma 4 hari. Tapi saya macam hilang arah (alaa...so schhwweeettt).. rasa lain bila laki takde di sisi. Bila rindu saya suruh dia beli barang..haha.. Seperti biasa Enche' B belikan saya jewelery box (wajib bila dia pergi mana2). Bukan saya suruh tapi dia nak buat konon2 tredmak dia lah tu. Sebab dulu masa kapel2 saya ada cakap kat dia, sapa belikan saya musik boks saya gerenti kawin ngan laki tu. Saya ada bagitau benda ni kat semua laki yang saya sangat suka (eks lama2)..cuma Enche' B jer yang bagi saya musik boks. So saya kawin lah ngan dia. Even saya yang ajak dia kawin..Kalau org putih kata.. Propose lah kan. Haa...hebat bukan? (Tak tau malu, nasib baik dia nak kawin ngan kau! Kalau tak tadek punya kau nak mention bukan, setan!!)Satu lagi brg yang saya pesan ialah selipar havaianas. Comel! Walaupun bukan spesifik model yang saya mintak, tapi bersyukur Enche' B belikan juga..Nanti boleh ganti gambar selipar kat atas tu kan.. Erm, macam ubah imej blog ni pun bagus jugak.

b) IUI
Sumpah saya tak tahu apa dia stands for, tapi itulah prosedur yang tak jadi saya jalankan bulan ni. Macam mana prosedur ni? Doktor injek ubat kat perut saya biar ada telur untuk disenyawakan lebih dari satu..Lepas tu bila telur dah besar lebih kurang 1.6 - 1.8 cm, barulah doktor akan menyalurkan 'tentera' Enche' B yang hebat2. Enche' B perlulah mendermakan 'tentera' untuk diproses. Tentera lemah rejek, tentera kuat akan dipilih untuk berjuang.

Tapi tak jadi nak buat bulan ini sebab saya punya telur tak besar seperti spesifikasi yang wajib. Dalam erti kata yang lain, saya gagal menyediakan medan perjuangan dan bahan latihan untuk tentera Enche' B. Dalam 2 hari sekali, saya pergi jumpa doktor untuk di-injek. Saya ni dah lah sangat 'suka'kan jarum, bila nak injek mesti mintak misi pegang tangan saya. Mana Enche' B? Kan saya dah cakap dia pergi Cebu Island. Tak best wooo pergi gynae sorang2, takde Enche' B temankan. Yerlah, semua rakan menunggu semua bawa hubby sama2 bersama perut2 yang membesar dengan indah sekali. Adakah saya sedih? Saya pun tak tau.

Bulan depan bila 1st day datang period, saya kena call doctor nak set appointment cucuk2 perut tiap2 hari pulak. Habislah saya mencapai kuota MC saya tahun ni. Nak buat camne kan? (Elleh, kau pun suka boleh lepak kat rumah kan? Boleh kemas2 rumah, boleh cuci baju sambil bau softlan). Harap2 telur dapat besar bagai johan. Mungkin kalau injek ngan Milo boleh besar? Gilo ape perempuan ni.

Oklah jernel. Saya nak solat Maghrib. Nak amik Enche' B pulak sebab dia nak gi main hoki kat Stadium Pantai. babai!!